day 5 (melbourne) 31 May 2011


Naik free tram pegi Victoria Market. Kat sini mmg semua free. Utk attract tourists kata dia. Tapi ramai gak Australians yg guna kemudahan free ni. Aku beli t-shirt utk famili dan key-chains utk kwn2 ofis, nyesal tak beli masa kat paddy's market (sydney). Kat sana lagi murah, beza lah 2-3 dollar. Lps soping segala, naik free tram lg utk pegi Muzeum. lady kata ada show psl Tutankhamun (anak cucu Firaun). Tiket mmg mahal, pastu show ntah laaa, bosannn




Pergi outlet kat Harbour Town Shopping Centre. Barang mahall ooo, mampu tgk jer. Jalan2 kat Waterfront, pastu balik.

Keseluruhannya, kat Melbourne aku lansung tak spent duit utk transport. Naik yg free jer, dan semua tpt mmg dekat2, area CBD, nak gerak pun senang.



tram free...minah tu tgh potong kuku...hehehehe

seni ker?

Makanan halal pun senang dpt. Lunch kat Zam Zam Restaurant (indian dishes), tekak laju jer telan, nasi kan. Heaven rasa bila dpt mkn nasik after 5 days tak sentuh nasi. Camner nak dtg sini? sori aku takleh nak explain sbb aku ikut jer bontot lady. Aku mmg fail tgk map, so 100% kepercayaan aku bg kat lady. Jauh gak berjalan, aku rasa lady pun berhenti kat stop yg salah, heheheh tp takper kenangan tu. Sempat singgah kat lorong yg ada lukis2 tu, snap snap snap, jalan lagi, lady berhenti nak pos poskad (well, bagus gak idea lady, dia akan hantar poskad utk diri sendiri, kenangan kata dia sbb akan ada stamp dan cop gedegang pej.pos kat stamp tu, aku rasa blh implement utk next trip aku), berhenti kat kedai2, dan last sekali baru sampai zam zam restaurant. Dah penat, tibai jer nasi beriani sepinggan. Sedap? boleh laaaa

zam zam restaurant

 
Previous
Next Post »
0 Komentar