Friday, May 27, 2011

day 7 (melbourne) 2 June 2011

Hari ni last day kat bumi kangaroo, dari hostel ke epot guna return ticket yg beli masa dtg, ticket kena simpan elok2, kena called dulu dan ckp flight kul brp, then diorang akan arrange pick-up van dari hostel ke epot. So easy, tp kena buat beforehand laaa. Bus kul 7am dah ada. Pergi epot, check in, breakfast, dan boarding. Dlm flight tido jerrrr

Inilah hasil tangkapan berbayar aku masa kat sana...




Ini trip kali kedua aku pegi overseas dgn kawan2. Tiket flight, hostel dan tour semua tempah online dan arrange pick-up van dan bus tour guna phone. Jadual dan tpt yg nak pegi semua susun sendiri, guna khidmat pakcik Google. Mencabar tp interesting. Tidak terikat dgn apa2 program, free style gitu. Lucky me because my travel partner sgt2 membantu. Aku ni agak blur sikit bila part baca map, if she's not with me, aku rasa mmg boleh sesat. 

Untuk memudahkan perjalanan. aku guna beg jenis backpack, senang nak bergerak dari point A ke point B. Cth: [Sydney] dari airport - hostel - airport (guna subway). 
[Melbourne] airport - bus station (shuttle bus) - hostel (van). 

Takder sapa yg jemput, segala beg kena angkut sendiri. If train station tu jauh dari hostel, kena menapak, mcm kat sydney. Hampir 15 minit jalan kaki, dan tangga sgtlah byk. Tapi kat Melbourne, van hantar sampai dpn hostel. Yahuuu

Aku happy sgt dgn trip kali ni, enjoy gilaaa,  wpun agak marah dgn keadaan bilik masa kat Melbourne. Tak semua yg kita atur akan bg good result kan???

One thing for sure, oz people mostly sgt jujur. Pernah masa soping, aku agak kelam kabut mcm mana nak kira dollar diorang, aku letak jer duit, diorang ambik sendiri, dan bila aku kira semula, yes mmg betul. Even yg sen2 pun diorang pulangkan balik. So no wonder aku bwk balik syiling almost aud20. Rugi2 sbb kat sini takleh tukar duit syiling. Nak beli nasi lemak dlm flight pun tak terima syiling. Hampehhhh. Next time, kena abiskan syiling sblm naik flight.

Diorang jugak sgt tepati masa. Pernah aku kena marah sbb berlengah2 naik van masa ikut tour Blue Mountains. Masa tu tinggal aku ngan lady serta dua singaporeans jer yg belum naik. Malu sehhhh, semua org pandang.  Bas / Tram / Subway semua reliable dari segi masa. Interval time pun tak lama. Public transport mmg mabeles.

Cuma barang2 kat sana mahal, halal food lg mahal. Kebab pun dah 10 dollar bersamaan dgn rm30. Tapi abg aku pernah ckp, kalo nak travel, jgn letak currency kita dlm kepala tp letak duit diorang, kalo tak nanti semua brg akan nampak mahal. Utk trip ni aku tukar hampir rm3300 utk dptkan 1000 dollar. Itu jer cash yg aku bawak, Alhamdulillah mencukupi. Sempat lagi beli nasi lemak pak nasir dlm flight.

And aku looking forward utk next trip iaitu Korea vs Japan. Which one ni??? Tgk poket dulu wokkk

0 Comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com