day 4 (melbourne) 30 May 2011

Flight ke Melbourne jam 9pagi. Ambik train dari Circular Quay ke Domestic Airport (aud15), Lps check-in, breakfast kat McD, kali ni aku ambik waffle. Flight delay, kul 12 baru boarding. Adoiiii abis masa kat airport tuuu.



Sampai jer epot, ambik sky bus ke Melbourne. Harganya aud26 (return trip). Keluar jer arriving hall, akan ada satu booth utk beli tiket. Beratur dan bayar, lps tu tunggu sky bus ni kat bus stop. Bus ni akan bawa kita sampai ke Southern Cross Station, kuar dan pegi kaunter tiket dan ckp nama hostel kita. Kena duduk sekejap, tak lama pun pastu nanti diorang akan jerit nama hostel dan ckp van mana yang kena naik.  Sampai hostel, terus check in. Kami booking bilik (dorm) kat Greenhouse Backpacker. Sedikit info psl guest house ni:

  • Lokasi - sgt best. hostel lain tak leh beat. jalan kaki jer nak ke flinders street station. 
  • Staff - okay lah, takder lah sombong gila
  • Cleanliness - aku bagi 3/10 utk dapur. 1/10 utk bilik, ya...bilik aku sgt lah teruk.
  • Bathroom - okay, bersih. Cubicle utk shower dan toilet, tp dlm toilet mmg takder air...eeeee
  • Bilik - again aku ingatkan, 1/10 okay. Kami pilih dorm dan dpt 5 beds dorm, tinggal katil atas jer belum berpenghuni. Keadaan bilik sgt kotor, roomates yg dah duk sebulan kat bilik tu, dgn baju dia bersepah dan beg besar melintang area dpn katil. chessss aku nak jln pun susah. Sepatutnya hostel tak leh letak kami yg short stay ni dgn yg long stay, aku ada komen kat tripadvisor, manager dia reply kata, we have a variety of rooms available, not only dorms. ehhhhh!!!???? nak kata what you pay what you get la tuuu....issshhhhhh
  • Breakfast - free every morning, bread, toast, jam, coffee and tea.
  • Hall - sgt besar dan semua org lepak dan sembang kosong. Ada free pc with wifi, ada pool, tv, mega size map of Melbourne dan all the info pasal Melbourne dan Australia. Kat sini sempat sembang ngan satu mamat dari Msia, dtg semata2 nak menjejaki girlfriend. Layan lah citer frust dia, sian jugak kat mat ni. Hensem tp sengal...
  • Lift - ada 2 tp satu jer leh guna. Satu lg out of service kata dia.
  • Access card - utk masuk ke every level dan jugak bilik. Bilik kitorang kat level 2 (which is mixed floor) tp bilik kitorang ladies only. Bukan mixed. Tapi terperanjat gak sambil lenggang2 jln ke bilik air, ayoo terserempak la pulak ngan mat salleh kuar bilik.

Greenhouse Backpackers, Melbourne

Lps check-in kitorang ambik free tram utk ke garden. Nama lupa, sbb aku bkn lah begitu tertarik dgn garden2 ni, just ikut jer la rentak lady.






Stop kat Victoria Parliament, ambik gambar. Pusing balik (free tram) ke flinders street station.. Beli Lord of The Fries harga aud3.95, lepak2 dpn tu sambil mkn dan jlan sampai ke Yarra River. Melbourne tak lah se-busy Sydney, dan ramai chinese, a lot.









Malam pertama kat Melbourne, aku tak leh tido sbb katil aku asik berbunyi bila aku pusingkan badan. Siap bergoyang lagi. Klasik betul bunk bed ni. Bilik takder window means ko agak2 jer lah nak bangun bila. Rasa cam dah lama tido tu, ko bangun. Hah sekali dah kul 8 pagi.
Previous
Next Post »
0 Komentar