EUROPE TRIP DAY 3 (LONDON)

30-08-2013

Mode of transport : underground
Price : 7.30 pound for one day pass
Places : London Eye (18 pound), Buckingham Palace, Trafalgar Square, Harrods, Arsenal Stadium Souvenirs Shop (second time...sigh)


Awal pagi bangun dan beli air panas kat sblh hotel, breakfast roti dan sambal ikan bilis. Terus bersiap utk memulakan hari terakhir di london. Atucara ialah London Eye dan membuat lawatan ke Harrods serta ke Buckingham Palace.

Londonpass dah tak blh guna, maka kami beli one day ticket. Harga 7.30 pound

Tpt pertama kami ialah London Eye. Kawan aku dah beli siap2 tiket masuk secara online sehari sebelum dan kami pilih fast track. Jimat masa. Sampai jer tetap kena beratur tapi line agak pendek kalau nak dibandingkan dengan line biasa. Dari atas tu boleh la nampak bandar London dari paras mata burung..

dari dlm london eye


Dari London eye, kami gerak ke Buckingham Palace. Naik tube (Westminster ke St.james park) dan jalan kaki ke tgh2 bulatan depan Buckingham Palace.




Masa kami dtg, buckingham palace ni dibuka utk umum, tp tiketnya sgt mahal dan q pun gila panjang. Nak masuk tak nak? Kami buat keputusan tak masuk...huhuhu tak silap aku harga tiket hampir 50 pound. Fuhhhh..

Dari istana queen elizabeth ni, kami jalan menuju ke trafalgar square. Stop kejap kat satu church. Ada garage sale kot, tak pun car boot sale...hahahaha. Ni mcm charity la utk gereja tu. Lawa2 jugak brg diorang jual, tp kami tak beli apa2 pun.

Sampai je trafalgar square, panas ya amat. Tak mampu kami nak bersidai kat tengah2 square tu. Usha tpt yg redup sikit, kami panjat tembok batu dpn trafalgar square untuk enjoy pasta yg kami beli kat satu kedai india. Buruk tau rupa dgn duduk atas tembok mcm tu tp kan ni london....sapa nak peduli lagipun tembok ni bawah pokok redup.

green park

berjalan menuju trafalgar square
trafalgar square
Lps makan dan sembang2 kosong, nampak ada satu cafe dpn tu, niat utama nak tumpang toilet free, tp hampeh toilet xder...tp takper lah blh guna wifi free...hemm.... Lps dah puas berfacebooking dan tgk email2 dari pejabat, kami ke underground terdekat.

Dari picadilly circus kami ke harrods. Aku sempat beli coffee dlm bekas tin harrods utk abg ipar. Org lain tak suka coffee kecuali dia. Dan beli egg tart utk aku. Dari harrods kami berpecah...member aku nak pegi tpt lain tp aku nak ke Arsenal Stadium sekali lg utk beli t shirt. Beli tshirt 2 helai £25. Huhuhu....

Balik bilik packing bag sbb esok pagi nak gerak ke Paris. Sempat singgah kedai sebelah utk beli air panas dan panaskan nasi goreng segera. Beli souvenirs dan poskad utk diri sendiri sbg tanda terima kasih kat pemilik kedai yg dah tolong kami selama 3 hari kat london.



Underground menyambut 150 tahun...daebakkk
Total expenses utk 3 malam 3 hari kat London
1) caj letak beg tune hotel gbp2.5
2) london eye gbp18
3) train one day gbp7.3
4) poskad & stem gbp2.45
5) t-shirt arsenal (2) gbp25
6) KC arsenal gbp4
7) wristband arsenal gbp4
8) KC (4) gbp10
9) FM (4) gbp10
10) spoon souvenir gbp4.95
11) royal coin gbp1.1
12) ashtray & keychain gbp6.99
13) coffee harrods gbp10.95
14) makan dan minum utk 3hari gbp17.89

TOTAL GBP125.13 (cash)

1) Tune Hotel 3mlm (pp) RM278.55 = gbp56.49
2) London Pass RM390.75 = gbp79.43

TOTAL RM669.30 (credit card)

>>> Paris Day1
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Syieda...sori...msg syieda terdelete....huhuhu tp sempat baca...

Insya Allah..nnti mesti syieda bkh sampai

Balas
avatar

Hehehe..its ok. Kita pun selalu terdelete. Tapi x sempat baca. Hehehe

Balas
avatar

London eye & buckingham palace tu cover x dgn london pass if kata laaa time tu liza amik 3 days pass?

Balas
avatar

London Eye tak termasuk dlm London's pass. Buckingham palace pun sama. Ada event tertentu shj baru di buka utk org luar masuk dan berbayar. Selalu org pergi nak tgk changing guard ceremony. Yg tu tgk free shj.

Balas