EUROPE TRIP DAY 5 (PARIS)

Dengan berbekalkan maklumat dari staff hotel, kami berjalan mencari The Basilica of the Sacred Heart of Paris, commonly known as Sacré-Cœur Basilica (info dari pakcik google). Pusing punya pusing, kami jumpa cafe yg jual breakfast croissant+hot chocolate dgn harga €2. Waaa ini sudah cukup murah...terus beli dan minum kat bus stand. Sadis kan?.. 

Misi mencari church ini diteruskan...

Pertengahan jalan, belum sampai lg basilica tu, jumpa pulak satu kedai. Pompuan kan...biasalah...masuk beli tshirt (€19 utk 2 helai) dan FM (€10 utk 6 kpg) seterusnya jalan lagi hingga lah sampai. Plan nya aku nak beli bag, percaya tak baru masuk hari ke-5, aku dah kena beli beg...hahahaha...ada sbb lain sbnr nya

Dah sampai gate nak masuk ke basilica...Ah sudah...jumpa pulak mat itam duk jual2...kali ni jual gelang tali pulak...ramai betul lah kaum diorang kat sini...seram nyerrrr

Tapi sblm tuu sempat lg masuk kedai2 jual souvenirs berderet tepi tu, ada yg blh berbahasa melayu pun, mat bangla biasalaaaa. Sempat lah soping FM...€10 utk 4 pieces...beli poskad jugak stem.



Dan skrg aku pun melepak la kat bangku bawah basilica ni...tak kuasa aku nak memanjat tangga naik atas, kwn aku naik lah, aku kat bwh asik duk perhatikan gelagat org ramai. Ada yg posing kat tangga, lepak kat kwsn berumput dan mcm2 lg lah...seronok perhatikan gelagat org...


Bentuk kubah ni mirip binaan masjid, kalau takder salib kat atas tu mmg sah mcm masjid.

Lps hampir 1 jam kami kat sini, kami melangkah ke metro yg berdekatan. Beli tiket one day €6.60 (blh guna utk metro dan bas jugak), kami menuju ke Museum Le Lourve, tpt di mana potret monalisa diabadikan.

Kami tak tahu mcm mana kami blh sampai kat entrance museum, kami ikut org dan juga signage dan terus nampak org ramai beratur. Kami ikut beratur dan walla sampai dlm museum. Kwn aku siap naik eskalator pegi tkt atas nak check pyramid kristal tu. Confirm betul. Rupanya bila check semula, kami sampai melalui Rue de Rivoli (entrance dari dlm mall). Kejap jer beratur wpun ari tu masuk free. So aku suggest sapa2 nak cepat, better ambik entrance dari sini sbb kalo yg masuk dari piramid, mak aihhhh gila panjang q. Tapi tak tau lah kot kami yg bernasib baik.




Q dari luar...sgt panjang okay


Museum ini sgt besar, ada beberapa section yg menempatkan karya dari kesenian islam, egypt, greek, roman dll. Kebetulan hari kami pergi adalah hari ahad, maka tiada bayaran masuk dikenakan. Free on sunday org kata. Dengan itu, umat manusia cukuplah ramai, berhimpit2 utk cuba mengambil gambar potret monalisa dgn lbh jelas.

Ini jer yg aku mampu ambik...



Kami keluar dari piramid tu dan lepak2 kat dataran kejap sambil makan roti. Tak perasan pulak aku lupa nak ambik gambar berlatar belakang piramid ni. Ishh ishhh ishhh





Kemudian kami meneruskan perjalanan ke street yg jual brg2 berjenama iaitu Champs-Elysee. Mula2 kami jalan kaki, lps tu rasa mcm membazir pulak beli one day pass, terus kami naik metro kat Concorde dan turun slps dua station. Pastu sambung jln kaki. Byk cafe2, cinema dan butik2 jenama terkenal sepanjang jln ni.  Siap duit jer yer...

Kami lunch di sebuah kedai halal, harga bila dine-in kat sini berbeza dgn take away. Satu pinggan kebab dan fries serta roti dan coke, terbang €17.50. Huhuhuh mewah nyer aku mkn....

Lps dah kenyang, sambung lg perjalanan. Berjalan sampai ke hujung, nanti akan jumpa Arc De Triomphe tu. Dari sini kami naik bas no.30 utk balik ke hotel. Sgt senang...bas agak selesa dan aku cukup suka naik bas. Dengan tak sengaja kita blh lihat bandar paris. Kami balik awal ke hotel sbb nak berkemas, esok dan nak masuk Belgium...

Tiket hari ni : eur6.60 (one day pass). 

Cover : 1 trip metro ke museum louvre + 1 trip metro dari concorde ke tgh2 champs-elysee + 1 trip bus balik hotel.


sapa tak kenal???


Lps abis packing, kami ke Gare Du Nord, saja nak tahu platform mana kami kena naik train utk esok. Pusing pegi mini mart ujung station, dan masa berjalan balik, ramai nya mat itam duk bersidai dpn station. Seram...pada aku tpt ni tak selamat jika jln sorang2 waktu mlm...suasana nya mcm kat petaling street atau chow kit....

Sekali lg dinner dgn maggi dan milo panas....


dpn tu jer bus stop....dekat sgt2


hotel cambrai (double room with bathroom)

Total expenses di Paris (2mlm 3hari)

1) Hotel Cambrai 2mlm (pp) eur65
2) one day pass eur6.6
3) bus to eiffel tower eur2
4) bus to hotel eur2
5) poskad & stem eur1.15
6) bagpack eur25
7) FM (4) eur10
8) t-shirt (2) + FM (6) eur20
9) KC (11) eur10
10) mkn dan minum eur26

TOTAL : eur167.75 (cash)

1) Train London - Paris RM215.24 (credit card)

>>> Brussels
Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

Wah..dah nak masuk belgium dah..bestnya..

Balas
avatar

Dah nak masuk Belgous..baru nak tgk Liza bergambar di Eifel Tower tu :-)

Balas
avatar

Banyak btl tmpt yg dicover in a day...gmabr di basilica tu sngat cantik, harmoni aja...cuaca pon nmpk very fine...:)

Balas
avatar

Yup..esoknya kami naik train Thalys ke Brussels..

Balas
avatar

Hahahha....segan nak letak gambar sendiri....tgk eiffe tower jer la ek...

Balas
avatar

2 hari 2 mlm jer kat Paris..ala2 touch n go jer setiap tpt..

Balas