Friday, September 27, 2013

EUROPE TRIP DAY 7 (AMSTERDAM)

Mode of transport : tram, train
Hostel : Shelter City (eur25.65 per person per bed per night)
24hrs GVB ticket (tram and bus) : eur7.50 - dalam bandar amsterdam shj
Train : train return to Kook Zaandijk (eur6.30)
Places : Red Light District, Zaanse Schans, Hard Rock Cafe, Museumplein,

Unlimited GVB Travel Tickets - These are valid for a set period of time and allow you unlimited travel on the GVB network in Amsterdam day and night (GVB buses, metro and trams). There are a number of different periods available for purchase depending on how long you visit the city. The longer the ticket, the better value it becomes. There is also a cheap 24 hour ticket for kids as well. 2015 prices are:
Children's 24 hour ticket (age 4-11) €2.50 *
24 hours (1 day) €7.50
48 hours (2 days) €12
72 hours (3 days) €16.50
96 hours (4 days) €21
120 hours (5 days) €26
144 hours (6 days) €29.50
168 hours (7 days) €32

Perjalanan ke Amsterdam lebih kurang 4 jam setengah dari Brussels. Bas akan berhenti di Amstel, bukan Central. So dari Amstel perlu ambik train ke Central. Tambang eur2.60 sehala. Sebaik aja sampai Central kami terus cari tpt simpan brg. Keluarkan baju utk pakai mlm ni dan esok shj dan yg lain2 simpan dlm locker. Serius....tak larat weyy bwk beg yg berat nya hampir 25kg.

Seterusnya kami beli tiket 24h cadang utk start guna esok. Jln kaki ke Shelter City dan check-in.

Urusan check-in sgt senang, bayar dan terus dpt kunci bilik. Shelter City merupakan sebuah hostel bercirikan kristian, dan masa check-in, staf maklumkan pada kami ada satu sesi ceramah agama pada pukul sekian sekian sekian. Kami angguk sahaja. Dan breakfast disediakan percuma dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Bilik kami di tingkat satu. Dalam bilik ada 2 double decker dan shower/toilet ensuite. Bilik was okay. Bilik air comel jer....kecik dan ngam2 jer...huhuhu...







Lps rehat seketika, kami keluar untuk cari roti utk makan malam. Masa mencari2 hostel ni tadi, aku ada perasan satu mini mart tak jauh dari hostel. Beli croissant (again) dan air. 

Aktiviti seterusnya....jeng jeng jeng....kami nak mengendap 'Red Lght District'. Tak sah kalau dtg Amsterdam tak dtg sini. Jgn salah faham...bukan nak menerima perkhidmatan mahupun menawarkan perkhidmatan, kami cuma ingin melihat sendiri perkhidmatan tersebut...hahahaha.

Untuk makluman, Shelter City berada di kawasan 'merah' ini. Malah selang sebuah jer yer...huhuhu...Ya Allah...jauhkan la bala Mu, aku cuma semalam jer kat sini...doa dlm hati.

Mmg betul seperti org kata, berderet2 kedai di kawasan ini menawarkan perkhidmatan tak senonoh ini. Kami siap di-offer oleh seorang bouncer utk masuk ke sebuah kelab 'homo'. Weyyyy lu apahal...mentang2 aku jln dgn pompuan, abis ko cop aku homo?? hahahhaha siap ckp melayu dgn kitorang. So paham2 sendiri lah....ada kot melayu/indonesian yg pernah masuk kat sini...

Kami sempat pusing sampai hujung dan patah balik ke hostel. macam2 yg dapat dilihat. Pompuan2 dlm aquarium tu nak kata cantik, tak la jugak. Besar bagak badan...

Dah balik hostel, kami mintak air panas, buat sup dan cicah ngan roti. Emmmmm sedapppp. Masa perjalanan balik ke hostel, aku perasan sblh hostel ada menawarkan massage. Aku apa lg, pantang dengar massage...terus la ke sana. Sekali ketuk, keluarlah sorang pompuan pakai bikini...wakakakaka. Dia pandang aku, aku pandang dia. Saling berpandangan lah kami. Aku dgn selamba tanya, foot massage? Dia terus geleng....hahahahaha....percaya tak itu sbnr nya rumah 'urut'. Aku ingatkan dah keluar dari daerah 'merah', maka kedai2 lain semua bersopan lah. Sangkaan aku salah... Tapi nasib baik dia geleng, kalau dia angguk dan aku pun masuk kedai tu...hahahahahah tidakkkkkkkk

Mkn malam kat amsterdam...
Terus balik bilik, mandi, solat, dan zzzzzz. Roomate kami dua org warga usa, aku syak black dari slang diorang. Tapi diorang takder black sgt kulit.  Dua2 badan besar dan tinggi. Aku dah wat special request masa booking minta katil bawah, maka diorang terpaksa tido katil atas. Wow...diorang guna kerusi jer utk lompat naik katil...bayangkan tinggi mana diorang...huhuhu

hujung jln tu lah red light district...tp siang lengang jer

---pagi esoknya

Bangun dan sarapan kat cafe dlm Shelter City. Free breakfast. Ada toast dan juga pancakes, coffee, tea dan juice. Pancakes dia takder lah sedap mana pun, tp kenyang laaa.



Lps breakfast kami terus ambik train ke Central dan beli tiket ke Zaanse Schans. Di sini aku copy paste maklumat dari wikipedia...Haga tiket return ialah €6.30

To get there, take a train to railway station Koog-Zaandijk. The ride is four stops from Amsterdam Central Station and takes 17 minutes. From there, it is a 10-15 minutes walk through the village of Zaandijk (just follow the signs). 

Alternatively, Connexxion serves the area with buses. Take bus 391 from Amsterdam Central Station which has its terminus right beside the main entrance of the Zaanse Schans. The bus ride takes you there in around 40-45 minutes and the bus leaves every 30 minutes (in rush hours even more frequently). The bus link at Central Station is at the bus station at the east side of the main station entrance, at the bridge. The buses are the only ones painted red, so you can't miss them. 

Nota : Tiket train (sprinter) perlu beli, tak boleh guna yg 24h tu (eur7.50). Yg tu hanya utk dlm bandar Amsterdam shj. 



Tempat ni sgt cantik. Pun mcm Brussels, tenang dan sgt2 tenteram. Blh hilang masalah. Mungkin kami sampai awal pagi (10 pg), maka aktiviti penduduk nya belum bermula. Tak lama kami kat sini, kami masuk rumah yg dijadikan tpt buat kasut kayu (clog), rumah tpt jual cheese, cuba aiskrim (eur1.50 satu kon), dan jln2 kawasan sekitar. Kalau nak masuk rumah yg ada kincir angin kena byr. Yg tu kami tak masuk. Bajet bajet. 

Lebih kurang 3 jam kat sini kami terus balik semula ke Amsterdam Central. Hasil tangkapan kat sini tak byk, habislah dlm eur20. huhuhuhu














Dutch abis..

Aneka keju...seram tgk kaler...
Panduan no.tram/bus

Dari Central, kami naik tram ke Museumplein. Lepak kat padang, gosip2 sambil mkn tengahari (beli croissant dan kopi kat train station).

Aku suka suasana mcm ni...tenang, sejuk dan sgt tiada masalah. Amsterdam adalah bandar kedua pilihan aku utk berhijrah apabila pencen...wakakakakak





Kami berjalan ke bangunan museum utk ambik gambar dpn I amsterdam (tpt wajip ambik gambar yer). Tapi....hahahahahaha....blh pulak museum tu under construction. Crane punya besar dpn bangunan tu. Cacat tau gambar ai (benci benci benci). 




Jalan lagi, kali ni kami mencari arah utk ke Flower Market. Tak tau lah yg kami jumpa ni betul ker tidak, tp acara soping diteruskan. Jumpa ayam goreng halal...huhuhu sedappppp eur2.5 utk 7 kepak ayam. Murah tak???? (Please jgn convert ke RM)

Ayam utk dinner dah ada, apa lagi ek....haaaa kali ni kami naik tram utk ke Hard Rock Cafe. Salah stop masa turun, tanya local people dan kami menapak ke sana. Mak aihhhh kecik benor HRC ni...beli baju sehelai (kwn kirim) dan kami rehat lg kat bangku sambil tunggu kul 6.30 ptg. Gossip kat padang td bersambung....


dari tpt kami lepak


Seterusnya kami ambik tram ke Central, pegi toilet, dan ambik beg dari locker, kami lepak pulak kat kaunter pertanyaan (errrrr bilik sbnr nya). Bilik tu ada air-cond, itu yg penting. Kami tunggu info platform utk City Night Line ke Zurich. 

Dah tau no.platform, kami melangkah dgn membawa beg yg berat ke platform 5. Train blm sampai, tunggu jer kat situ. 

CNL sampai dan kami naik ke coach (wagon) kami.....adoiiii sempit yg sgt2 sempit. Katil kami tingkat paling atas. Kebetulan time tu dah ada 2 penumpang lain yg duk katil tengah. Bila lihat kami terkial2 nak panjat tangga, diorang offer tukar tpt. It was so nice.  Ada jugak yg baik hati. Untuk makluman, aku memilih Couchettes yg ada 6 katil, maksudnya 3 katil bertingkat belah kanan dan 3 katil bertingkat belah kiri. Horror kan??? 


source :loco2.com

Sebelah coach kami adalah coach utk basikal. Kat situlah kami mkn mlm sambil berdiri. Utk pengetahuan semua, CNL tidak menyediakan coach utk kantin. Yg ada cuma mesin jual air. Sedih kan....seteruk2 KTMB pun still ada kantin?

Lps mkn, solat atas katil, terus tido tak ingat apa....sampai Zurich tepat jam 8.30 pagi.




Total expenses 2hari 1mlm kat Amsterdam:

1) shelter city 1 mlm (pp) eur25.65
2) train dari amstel to central eur2.6
3) 24hr ticket amsterdam eur7.3
4) train to Zoog Kandijk eur6.3
5) locker (pp) eur4
6) poskad & stem eur1.45
7) toilet eur0.5
8) FM holland eur3
9) KC (2) eur5
10) windmill souvenir eur4.95
11) clog souvenir (2) eur6
12) clog souvenir eur6.95
13) bell amsterdam souvenir eur4.95
14) t-shirt hrc eur26.45
15) mkn minum selama 2hari eur10.5

TOTAL : eur 115.80 (cash)

1) Bus dari Brussels ke Amsterdam RM36.31 = eur9

TOTAL : RM36.31 (credit card)


6 Comments:

Jari Manis said...

Tak ada ke gambor pompuan dalam aquarium tu heee..kelakar..foot massage tu..mmg red area betul kat sana eh..

Sehari je di Amsterdam..cam tak puas jek...

liza said...

Sbb tu dah psg niat nk dtg lagi...hihihi

daerah merah tu dilarang ambik gambar...tp kalo nk ambik blh jer kot cuma cam xlalu jer...hahaha geli tgk...

Safura Poobritney said...

Nanti ada tak part budget ke sana? Sebab nak jugak kumpul2 duit menjengah ke sana :)

liza said...

insya Allah ada....mungkin lambat sikit...

Elly said...

Salam Liza,

Nak Tanya dari Amterdam ker Zurich by train berapa jam. Kalau pergi 4 Adult and 1 Children ada tak cabin utk 5 orang

liza said...

Wsalam Elly..
dari amsterdam ke zurich kalau guna City Night Line (travel mlm, dlm 9-10jam) dan ada beberapa train yg waktu siang (ni average dlm 8-10 jam).

Kalau nak tpt tido, ada yg satu kabin 4 org, 6 org, 2 org dan seorang. Kalau travel 5 better ambik yg 6 dan kena byr extra utk satu lg tiket lah jika tak nak ada org asing dlm kabin.

Blh refer web ini utk booking...

http://www.bahn.com/i/view/GBR/en/prices/europe/overnight-travel.shtml

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com