JEJAK NIHON : KUROBE GORGE

8/11/2014 - Sabtu

Mcm kebiasaan trip aku sblm2 ni, aku memilih flight awal pagi, supaya bila sampai jer terus blh jln2. Plan nampak mcm bagus...tp kali ni byk hiccups.

Permulaannya okay sbb kami dpt quiet zone tanpa caj. Baik budak kaunter tu. Tlg tukarkan seat kami. Flight delayed setengah jam. Sampai nagoya pun lewat setengah jam.

Sampai jer kat airport nagoya (Chubu), kami settlekan imigresen. Alhamdulillah...cepat jer proses nya. Pandang kamera dan scan jari.

Ambik beg pulak....kali ni mmg lama. Aku tak tahu knp, beg kami berdua lambat sgt keluar. Terpaksa tunggu hampir 30minit. Buang masa ni...

Lps dpt beg, kastam pun tanya lbh kurang jer, kami berlari keluar utk ke 3rd floor. Aku nak pick-up pocket wifi. Melilau jugak kejap mencari tpt tu. Lps tu beratur pulak nak beli tiket train ke Nagoya Stn.

Aku ambik yg reserved seat. Sampai nagoya stn. sudah jam 11pagi. Our plan ialah singgah di kanazawa dan terus ke toyama (option 1) atau terus ke toyama dan naik atas lg ke unazaki onsen (option 2). Kwn aku nak pegi unazaki onsen. Aku okay jer...

Apa2 hal, settle dulu JR Pass dan beg. Kami ke kaunter utk tukar JR Pass. Petugas kat situ minta isi satu form dan tinggalkan passport sbb dia nak uruskan dulu satu team yg dtg in one group seramai 10 org. Kami gi cari locker dulu utk simpan beg. 

Susah yer nak cari locker kosong. Kebanyakan sudah diambil. Sehinggalah kami ke Sakuradori exit dan jumpa satu kawasan locker tingkat bwh. Alhamdulillah...ada jgk kosong. Sumbat dua beg troli saiz sederhana dlm satu locker dgn bayaran ¥500 sehari. Nak cari locker shj dah hampir setengah jam.

Utk pengetahuan semua, nagoya stn ada dua exit, sakuradori dan taikodori. Sakuradori yg ada jam warna emas manakala taikodori jam warna silver.




Kami ke kaunter JR semula dan ambik pass dan terus ke kaunter tiket. Train kami jam 12.19 tghari. Kami xblh lengah2

1) Nagoya to Maibara (Hikari509)
2) Maibara to Toyama (Shirasagi7)

Sampai Toyama sudah jam 3.26 ptg. Terus kami cari train ke Uozu dan tukar train ke Unazaki onsen. Toyama ke Uozu covered by JR Pass tp shinouzu ke unazakionsen kena beli tiket.

Ringkasnya utk ke unazakionsen dari toyama,

1) Toyama - Uozu (JR lines)
2) Uozu - Shinouzu (jln kaki)
3) Shinouzu - Unazakionesen (Toyama Chiho Railway)

Sampai jer stn.uozu yg sgt jelas kekampungannya, perlu lalu lauan bawah tanah utk ke stn.shinouzu. Ambik masa jgk kat sini, jadi kami tak sempat utk train yg sepatutnya kami naik. Terpaksa tunggu next train which is lg setengah jam. Adeyyyy...

Mmg hulu betul tpt ni. Satu apa pun takder tulis dlm english. Semua dlm bahasa jepun. Kami cuma berpandukan apa yg pakcik tiket tu ckp pukul brp train kami dan tunggu kat mana.

Langit dah start gelap. Harus diingat, maghrib kat sini pukul 5.30ptg. Aku dah start risau sempat ker tak kami nak tgk bridge tu. Kalau ikut jadual train, kami dijangka sampai jam 5.44ptg.

Okay kpd semua, apa yg ada di kwsn unazaki ni smpai kami sanggup dtg? Jwpnnya ialah kurobe gorge.

Blh refer web ini utk lbh details. Ada jadual train, tpt nak tgk bridge (observation platform) dll. Please study benda ni sblm pegi. Website ni bkn diorang buat sekadar hiasan, tp utk dibaca dan dihayati. 

Aku tahu dah tak sempat nak kejar last sightseeing train masuk ke hutan tu dimana last train adalah 3.40ptg, tp at least dpt lihat dari observation platform pun dah cukup...

Spt dlm japan.guide http://www.japan-guide.com/e/e7575.html, blh jalan kaki dari unazaki stn utk lihat Shin Yamabiko Bridge.

http://foreign.info-toyama.com/en/spot/?spot_id=20

Mmg spt jangkaan aku, sampai jer semua sudah hitam. Gelap gelita, satu apa pun tak nampak. Usahkan nak tgk bridge, tangga yg kami lalu pun samar2. Meraung.....

Masuk kedai yg masih open berhadapan dgn stesyen. Tgk apa2 yg blh dibeli. Nai....xder apa pun yg menarik. 

Kami balik semula dgn hampanya ke Toyama dan check-in hotel jam 8mlm. Lama betul perjalanan kami. Harap2 plan esok membuahkan hasil.

Hotel kami di toyama adalah toyoko-inn toyama 

Aku ltk jugak lah gambar berkaitan utk tatapan semua....*sambung nangis*

sabar menanti beg yg tak kunjung tiba

pocket wifi yg disewa

tiket
stn.toyama, tunggu train ke shinuozu

stn.shinuozu...lg daif dari stesen komuter serdang

harga tiket ke unazaki onsen. yg ¥110 tu optional jika nak naik express

satu2nya kedai yg masih bukak dpn stn.unazakionsen

blh lihat train2 yg sudah stop operasi utk masuk ke hutan unazaki



dah berpalang...sedihhhh
tanda aku dah sampai sini
JR Toyama tgh renovation. Pintu utama ditutup, kena guna pintu tepi

comel gila
lobi hotel toyoko-inn toyama




yg ni free....ambik la brp nak

Peringatan: Perlu peka dgn musim2 yg ada di jepun supaya hari2 anda tidak kelam spt kami. Alert last train yg masuk ke hutan unazaki tu. Walaupun kita travel musim autumn, kena juga tahu kwsn2 yg awal menerima winter, cth unazaki atau kurobe ni. 

Hari pertama yg dihabiskan di dlm train. Sungguh jauh perjalanan kami rasa. Naik turun train, tukar track, tukar stesyen, tukar tiket, cuba berkomunikasi dgn station master dgn bahasa yg masing2 tidak faham antara satu sama lain, semuanya adalah pengalaman.

Pertukaran plan last minute dimana persediaan tidak mencukupi. The rest is history...

Belanja utk hari ini:
1) train ke nagoya stn ¥870+¥360
2) sewa locker ¥500/day
3) train ke unazaki onsen ¥930+¥110
4) train ke toyama ¥930

>>> Tateyama
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

Bertabahlah .. penat turun naik train, last2 tak sempat

Balas
avatar

Liza sama kes kitorg haritu. Tapi aku sebab salah masuk train, terus terterjah kampung orang. Memang kalau st kat hulu2 train sejam 2x je kan.

Balas
avatar

Sedih sgtt...kalo la train JR blh sampai mmg esok tu aku sanggup redah lg sekali tp mengenangkan kos aku tak jadi...sedihhhh

Balas
avatar

Betul...dgn sejuk nyer...mmg sengsara sgt duk tunggu train lg setengah jam...

Balas
avatar

Adehhh takotnya..

Balas
avatar

Takot ker? Ok jerrr jgn panik. Hepi2 yo

Balas
avatar

takpe sesat barat tu normal ahahahhah

Balas
avatar

Errr...tak la sesat sgt tp yg paling penting silap timing. Kalau musim panas atau musim bkn sejuk, setakat pukul 6 sampai tu masih sempat tgk bridge... huhuhu

Balas
avatar

Bertabahlah bila bc ni rasa panjangnyaaaaa hari ko ni. Walhal baru day 1 nih. Ade mmbr nk g tgk gak aritu. Tp dia pn xsempat gak.

Balas
avatar

Rasa mcm tahu jer member tu sapa...hahhaahha....

bertabah sgt2.....smpai skrg rasa ralat.. xperrr mngkin ada rezeki lain blh sampai lg..

Balas
avatar

mana sempat Liza kalau jam 5.30 ptg dah magrib...baca pun dh rasa penat..mesti korang time tu berganda penat kan

Hutan unazaki? mmg Nazak lah...x pe Liza..itu semua pengalaman..okey Noted..kalau JM tiba2 nk terbang ke sana..akan follow your advice

Balas
avatar

Sempat kalo perjalanan tak tergendala sblm tu....
Pengalaman semua ni jm..hahahah

Balas
avatar

aduh... alamak... sabar jelaa....

Balas
avatar

Kan.....smpai skrg rasa frust

Balas