JEJAK NIHON : SHIRAKAWAGO

Hari ketiga - 10/11/2014 - Isnin

Bawak turun linen ngan sarung bantal dan letak dlm bin tepi kaunter (rutin biasa bila check out jika duk hostel) kami sarapan dulu milo ngan roti. Jumpa Dr.Shahrul lagi. Dia pun sama tgh breakfast. Kami masing2 check cuaca utk hari ini, insyaAllah panas. Harap2 bukan mcm semalam. 



Half-day tour ni kami tempah semasa booking bilik, jadi dpt discount ¥500 seorang. Normal price ialah ¥4,000. Dr Shahrul pulak sbb dia lambat buat reservation, maka dia terpaksa pergi sendiri dgn Nohi bas. Katanya bayaran mahal sikit berbanding kami.

Jalan kaki ke takayama stn. Simpan beg kat locker, bye2 kat Dr Shahrul yg berlari kejar bas ke shirakawago.

Aku dan blogger tersohor..

Berkumpul dpn takayama stn jam 8pg dan bertolak jam 8.10pg. Bas penuh dgn tourists dari pelbagai negara. Ada yg dari Indonesia, Hongkong, Brazil dan Malaysia. Nama tour guide kami Mr Yamamoto. Blh tahan sengau dia brcakap tp impressed la sbb agak fluent dia ckp English.

memperkenal mr yamamoto...our tour guide

Sepanjang jln Mr Yamamoto ada cerita sikit2 psl sejarah Shirakawago. Aku kdg2 hanyut mengelamun jd tak dengar sgt apa yg diceritakan. Yg aku ingat dia ckp, shirakawago takder sekolah menengah. Jadi semua org kena naik bas ke sekolah di bandar takayama. Perjalanan melalui byk terowong. Aku tak kira brp tp byk...hihihi. Jauh tpt ni dari bandar takayama ialah 50 minit naik bas.

First stop ialah observation deck yg kat atas bukit. Kami diberi 20minit shj. Dari sini blh nampak kampung shirakawago tu dgn lbh jelas. Autumn baru nak start. Ada yg dah tukar warna ada yg belum.













Kemudian kami dibawa sehingga ke bridge utk masuk ke kawasan kampung. Dlm sejam setengah jugak kot kami diberi masa kat sini utk merayau sendiri. Terjumpa Mr Yamamoto yg sdg beli makanan kat satu kedai ni. Namanya chestnut ball. Teringin plk nak cuba. Rasa mcm liat sikit tp sedap. Harga ¥120 secucuk.

Keluar masuk kedai yg rata2 jual brg sama dan harga pun sama. Aku tanya jugak mr yamamoto kot2 ada kedai yg jual murah, katanya semua sama. Beli fridge magnet ¥220 dan replika rumah shirakawago ¥540 utk kenangan diri sendiri.







Alhamdulillah...cuaca sgt baik. Langit cerah jer. Jln2 tanpa arah tujuan, kami terjumpa lg dgn dr.shahrul...hihihi sampai skrg dia tak tahu yg aku kenal dia. Mati2 aku tak ngaku yg aku ada blog. Errr...jika sapa2 kenal dr.shahrul, jgn kabor ker dia hah....

Ambik gambar brg sekeping dua, kami berpisah. Dia terpaksa balik dgn bas Nohi tu dan kami terkial2 cari arah nak ke bridge semula. Mcm sesat jugak la sikit. Boleh tak dlm kampung yg kecik ni kami sesat...hahahaha







Jam 11pg bas bertolak balik ke Takayama dan sampai sejam kemudian. Sementara tunggu train, kami pusing kejap kat kedai2 dpn Takayama Stn, lihat apa yg boleh dibeli. Beli FM yg bentuk piring dan ada stand, harga satu  ¥380. Aku cuba minta diskaun jika beli tiga tapi hampeh. Mmg takder istilah tawar menawar kat Jepun ni.

Jumpa Family Mart dan terus shopping makanan, konon utk lunch. Aku beli bun harga ¥100 dan fish fillet harga ¥100. Serious sedap fish fillet tu...tak cukup tau.

Lama sgt duk dpn kedai bento, menjamu mata dgn rupa bento yg mcm2 dan lawa packaging dia, aku beli aiskrim vanilla kat situ. Takder kaitan pun dgn bento cuma nk ckp aku beli aiskrim kat kedai bento. Hahahah. Sedap ko......satu mangkuk kecik harga  ¥230. 


kedai bento
Jumpa pulak pakcik jual kerepek beras, kami beli satu bungkus harga ¥250. Konon nak mkn dlm train, konon jer la sbb masing2 ketiduran. Kerepek diam dlm beg.

Kami reserved seat ke Nagoya jam 1.30ptg naik Hida. Pemandangan sepanjang jln sgt lawa tp syg matahari terik memancar. Silau weyyyy nak ambik gambar. Nota : dari takayama ke nagoya, sila ambik seat belah kanan. Train Hida ni mcm train kat Swiss dimana tingkapnya super besar. Mmg blh nampak dengan jelas.

Aku dah rasa 2 train yg under JR iaitu shirasagi dan hida. Dua2 train laju tp bkn jenis yg kepala mcm muncung itik. Eh...lupa shinkansen pun dah naik masa day 1 iaitu dari nagoya ke maibara. Jd setakat ni aku dah rasa 3 train laju.

Jika naik local train (pun JR jgk) akan ambik masa hampir 4 jam utk sampai nagoya tp dgn hida cuma 2jam lebih shj. Gunakan sebaik mungkin jr pass anda!

Org tu duk rakam video...aku ambik gambar dia blh? Hahahaha
train master tak akan bg kita lps gate train sehingga train yg 13.15 tu tak jln, jadi kebarangkalian kita silap train adalah minima - sgt teratur sistem diorang

naik train tp mkn feeling2 dlm flight...hikss....ni semua dari dlm beg aku yer...bkn pihak JR yg bg

suasana dlm train hida. belah kanan semua tarik langsir sbb silau
curi gambar belah kiri...sib baik org xdak
View blh kiri xlawa sgt...tp aku saja nak tunjuk tingkap dia besar
autumn belum sepenuhnya lg area ni...masih byk yg hijau2..
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

oh itu yamamoto... ada dia buat tarian piring tak?

kira tak berapa kali dia sebut

becccaaauuuuuuuseeeeeeeeeee

Balas
avatar

Rajin dia update skang ni. Bagus2. Teringin nk terjah sini time winter snow. Penuh salji huk huk

Balas
avatar

Oh...ko pun ngan dia ker...hihihi kelakar kan dia....ckp tak berenti...pening dgr...

Takder la pulak kira becaasuuuuseeee dia tu tp mmg betul...siap dengung lg...hahaha

Balas
avatar

Hihihi....update kena cpt takut lupa...

Time snow mesti lawa....salji penuhhh jer atas bumbung....kannn

Balas
avatar

Omaiii belom selji ke?? Keciwa mak

Balas
avatar

selji?? blm laaa....rasa2 late nov kot area ni baru selji...wpun bkn selji tp tetap sejuk...

Balas
avatar

ahahahhah siap cari kain lagi kat nagoya.Meriah la raya ko next year pakai kain ori Nagoya

Balas
avatar

aku pun tingin nak pi sini time snow

Balas
avatar

macam unik plak cuaca kat japan kan, ada yg belum autumm ada plak yg dah bersalji bagai.

Balas
avatar

Cotton jepun....tp mcm sama jer yg jual kat sini..huhuhu

Balas
avatar

Snow mesti lawa kan...hemmmm ada can nak repeat ni

Balas
avatar

Tu ler psl...peta jepun kan melebar mcm tu....jd part by part kot...tp seronok jgk blh rasa 2 season sekali pegi jer...

Balas
avatar

arghh..Liza..Cantik!!! tgh kumpul duit nih..tapi x pernah cukup huhuh

Balas
avatar

Jm bila nk repeat? Jommmm

Balas