JEJAK NIHON : NAGOYA

Okay....dah sampai nagoya balik dah kita...day1 ari tu dah ada kat sini tp cuma berlegar2 dlm train stn shj, tp skrg dah nak check-in hotel. Di sini aku pilih Daiichi Fuji Hotel. Keluar dari exit taikodori, cross jln besar dan lps dua block, sampai lah kat hotel ini. Dekat jugak, dlm 5 minit jln kaki (plus minus kena tunggu lampu hijau utk cross jln).

Hotel ni aku booking terus dgn website hotel, maka dptlah murah. Early bird katanya. Kami byr ¥20,000 utk bilik twin bg 3 mlm. So seorang ¥10,000.

Hotel ni okay, so so la. Business hotel kan, maka kelengkapan semua ada. Robe utk pakai mlm pun disediakan. Setiap hari tukar. Aku suka gila dtg jepun sbb tak pyh pikir baju utk mlm sbb kebanyakan hotel menyediakan baju tido (kecuali j-hoppers, takayama).

Toilet standard jepun, ada bidet segala. Aku puas hati la hotel ni cuma satu jer, plug nyer tinggi sgt. Nak charge phone kena letak kerusi sbb tak sampai. Lg satu tv ada byk channel. Yg berbayar pun ada tp mcm tak bermoral jer siarannya. Hiksss. 

Hotel ni terletak dlm kwsan bar2 dan kedai2 sake. Bila malam, dengar lah org duk bising2 tp area ni dijamin selamat. Kami pernah menyelusuri (fuhhh tatabahasa) jln2 kat area ni, takder sapa pun kacau. Diorang masing2 wat hal sendiri. Org lelaki yg pakai kot bersepah2 minum kat dlm kedai, kdg2 terfikir...diorang ni takder keluarga ker. Patutnya berkejar balik rumah main dgn anak bini tp ni duk melepak kat kedai arak. 

Oleh krn nagoya ni cuma tpt bermalam, maka kami tak sempat pun nak explore nagoya kecuali gi kedai kain shj.

Meh aku tunjukkan rupa hotel Daiichi Fuji ni.






Stn nagoya...dari simpang hotel dah blh nampak

Settle check in kami terus ke kedai otsukaya. Nak beli kain wokkk....hahahah. Harus cpt sbb kul 6ptg dah gelap. 

Naik subway sehala ¥240. Beli summer cotton sepasang utk anak buah aku empat meter ¥2388. Lbh kurang jer harga dgn Malaysia. Aku tak tahu sgt harga pasaran cotton, tapi pada aku mahal la jugak. Kedai Otsukaya ni tutup jam 6.30ptg. Macam2 jenis cotton yg ada dijual kat sini, cotton utk buat beg, utk buat langsir, utk buat selimut dll. Gila kejap tgk.

Lagi gila bila ada satu mamat jepun ni masuk....mak aihhh hensem...sangkut beg mcm pompuan pastu duk pilih2 kain. Aku bajet dia ni pereka fesyen...hahahaha




Mat hensem sdg pilih kain...

Lps dah dpt cotton, kami balik semula ke Nagoya Stn dan pusing2 kejap, konon nak cari kedai makan halal. Jumpa yg nama Maharaja tu, tp mahal sgt la weyyy.

Kami decide utk try makanan yg jual kat supermarket shj. Punya la susah nak beli makanan. Aku ckp 'fish' pun diorang tak paham. Last2 nampak udang goreng, tu pun sbb ekor udang tu jelas kelihatan. Beli dua ekor udang goreng dgn harga  ¥108 seekor, makan dgn chili tuna dan nasi segera. Nyamannnn



Cara nak ke Otsukaya (kedai kain cotton)
Subway Sakuradori Line stop kat Kurumamichi Stn. exit #4
Keluar jer exit 4, kedai otsukaya ada kat belah kiriTaraaaa....ini lah kedainya....





Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

Yuhuuu...
Kat nagoya pegi tak nabanosato ?

Balas
avatar

banyaknya kain,suka aku tengok.Tapi harga cam sama kat sini je.Design cam lawa lawa

Balas
avatar

ni baru betul pi Nagoya beli kain :P

Balas
avatar

Jauhhhhhnyeee beli kain sampai Nagoya! Fuyoooo... He He He...

Balas
avatar

Tak...kami pegi kedai kain jer kat nagoya...hiksss

Balas
avatar

Tu ler...member pun ckp gitu...huhuhu tp kasi glamer la sikit beli kain kat jepun....hahahha

Balas
avatar

Dlm iti cuma beli kain jer kat nagoya...xder gi tpt lain

Balas
avatar

boleh rambang mata tengok kain cotton lawa2 kat sini

Balas
avatar

Hahaha tp beli sepasang jer pun...

Balas
avatar

kenapa x curi2 ambil gambar mamat pereka fesyen yg hensem tu..kalau JM...aahaha

Balas
avatar

Lawa...tp me tak suka cotton. Nmpak lg gomuk..hahhaah...

Balas
avatar

Dia mcm tahu kami duk tgk dia....susahhh hihi

Balas