JEJAK NIHON : HIROSHIMA

Hari ke empat - 11/11/2014 - Selasa

Kami reserved seat sehari sebelum dgn memilih Shinkansen Hikari jam 6.37pg menuju Hiroshima. Dlm train membuta la jugak sekejap2 tp tak brp lena. Mungkin sbb aku dah start demam. Tekak pun dah mula rasa perit. Sempat beli air lemon panas kat mesin air, ¥151 dan mkn baki roti yg beli kat Takayama. 

hikari yg bakal kami naik...

yg line merah tu panas, yg lain biru sejuk...nyaman dpt minum yg panas 

termenung kejap bila nak buang sampah

Lbh kurang 2 jam perjalanan kami sampai ke Hiroshima Stn. Transfer ke JR lines utk ambik train ke Miyajimaguchi. Dari Miyajimaguchi kami naik JR ferry ke Miyajima. Semua 3 pengangkutan ni covered by JR Pass.

Apa yg ada kat sini semua dah tahu kan...mestilah Tori Gate yg ada dlm air. Dari dlm feri lagi blh nampak tori gate ni. Nota : duk belah kanan masa dlm feri. Aku tak sanggup duk kat tpt terbuka masa dlm feri, karang demam lg teruk.

aku mampu duk kat dlm shj...demammm

Kami jln menyusuri deretan kedai2 yg jual mcm2. Walaupun masih pagi, tapi dah start bz area ni. Aku sempat beli fish cake octopus. Kemudian carilah seketul dua brg utk org2 kampung dan diri sendiri. Beli replika Tori Gate ¥1200. Ni yg paling murah aku jumpa. Kedai2 kat sini takder lah jual harga sama, ada yg kedai ni murah kedai sana mahal, padahal brg sama. Kena alert sikit laa.












kimono...lawa selawa harganya...mampu tgk jerrr

aku beli yg paling murah

Kami melepak lbh kurang sejam setengah sebelum balik semula ke Miyajimaguchi. Dari situ aku ambik train ke Iwakuni. Jaraknya dlm 25minit. Apa ada kat Iwakuni? Ada kintai bridge. Aku xreti nk cerita sejarah2 ni, sapa yg berminat blh check web ini

Dari Iwakuni Stn.perlu naik bas utk sampai ke sini. Tambang ¥500 pergi balik. Berlaku kekeliruan sikit kat sini. Bila tanya kat kaunter dia kata bas no.2, punyalah duk tunggu bas no.2 sekali bukan bas no.2 tapi terminal no.2. Adehhhh penat tul la ngan org jepun ni....english failed.

Dah naik bas...duk diam2 sampai last stop. Kat sini lah stop utk tgk bridge ni.

Nanti bas ni akan u-turn semula balik ke town. Nak balik ke town tunggu kat arah bertentangan.





Dalam bas ramai makcik2...hihihi semua nak tgk bridge ker??? tidakkkk.... diorang nak gi semayang kot...turun tpt yg sama dgn kami tp tak gi pun bridge....tetiba hilang


Kalau terasa nak cross jambatan ni pun blh dgn bayaran ¥300, tapi aku cuma usha dari luar jer. Tak kuasa lah nak naik bridge ni. 






Lepak lbh kurang sejam kami patah balik ke Iwakuni dan ambik train ke Hiroshima. Kemudian ambik tram no.6 dan stop kat Genbaku Dome utk tgk Atomic Bomb Dome. Tram tak cover by JR Pass so kena byr cash ¥160 sekali naik.














Badan aku dah start sakit2. Kesan panadol yg aku telan pg tadi dah hilang. Tak leh nak berseronok sgt kami kembali ke Hiroshima Stn dan naik Shinkansen Sakura jam 5.48ptg ke Shin Kobe dan transfer ke Hikari utk balik ke Nagoya.

Reason aku transfer di Shin Kobe ialah tak perlu tukar track. Keluar jer Sakura tunggu kejap sampai lah Hikari di track yg sama. Bila dah sakit mcm2 idea dtg utk cari keselesaan buat diri sendiri. Actually utk ke Nagoya dari Hiroshima ada beberapa cara. Transfer di Shin Osaka ataupun Okayama pun boleh.






Mlm tu aku demam agak teruk. Menggigil2 sejuk. Telan panadol lg dan terus tido tanpa sempat tukar baju. Kwn aku ckp aku siap meracau masa tido. Terbangun semula jam 1.30 pg. Mandi dan solat pastu sambung tido semula. Esok nak ke Kyoto. Berilah aku kekuatan...ya Allah

Belanja hari ini:
Bas ke kintai bridge (return) = ¥500
Tram (return) ¥160x2 = ¥320

Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

Tak pergi Hiroshima Castle ke ?

Miyajima tu best

Balas
avatar

Tak gi...ha ah la...sepanjang gi jepun tak pegi mana2 castle pun...huhuhua ada reason utk repeat..hiks

Balas
avatar

Kiranya kalau JM turun di Nagoya then balik dari Kansai boleh lah yek..ambik shinkansen stop kat Shin Kobe pastu terus ke Kansai aiport

Balas
avatar

Dari nagoya ke shin osaka ada direct train. Nak ke kansai airport xsure.

Balas
avatar

Melepaslah I nak merasa shinkansen ni..X beli Jr pass pon
kena repeat kah?

Balas
avatar

JM nk gi tu. Blh la geng....hiks

Blh jer naik shinkansen xder jr pass pun tp mahal lerrr

Balas
avatar

Iza, jom arghhhh kita pegi bertiga hihihih....JM verangan je nih

Balas
avatar

Oraitt.......jommmm

Balas
avatar

Lawa ah awan kat Miyajima tu. Xtau wujud jambatan kat Iwakuni kalau x bole singgah haritu. Aku nengok gambar ko kat A-bomb ni terus rasa dejavu gitu. Xsangka dah jejak kan.

Balas
avatar

Hujan jgk kat hiroshima tp nasib awan masih biru. Iwakuni tu xramai pun tourist yg gi. Aku ni mmg suka jambatan. Tu gi jgk tgk...sbb unik lengkung2 gitu...
Hiroshima mmg dlm wishlist....tp tu ler mcm mana castle dia lupa plakkk...hissshhh

Balas