Aku sebenarnya cari maklumat mcm mana nak bayar fidyah puasa yg tak sempat qada'....terjumpa dalam web zakat selangor. Bagus betul...siap ada kalkulator lagi.
Sambil tu terbaca lah pasal solat musafir....rasanya sempena bulan puasa ni nak jugak wat amal sikit kan...hahahaha amal secara maya gituu...
Secara jujurnya...aku tak pernah solat menghormati waktu...wpun pernah tersepit kat seat window dan tak blh lansung nak keluar sbb jiran dua org tido, air pun takder nak wuduk, pramugari pun tak lalu utk mintak air.....maka aku skip solat suboh. Sampai airport pun tak buat jugak...tp solat qada' bila dah masuk hotel...Ya Allah ampunkan kami...sesungguhnya Ilmu Mu sgt banyak yg kami tidak ketahui....
Ini mmg aku copy paste dari zakat selangor...
Dalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam. Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya : AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
SOLAT DALAM KENDERAAN Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya. PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ? Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir. Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah. Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa. |
9 Comments:
Terima kasih liza kerana ilmu yg sgt berguna kpd kaki travel spt Jm. Sebenarnya Jm baru tahu jgk berkenaan solat hormat waktu ni d radio ikim dan dari situ mmg boleh nampak bahawa solat sgt lah wajib d tunaikan dlm keadaan apa sekali pun kan. Niatnya mcm mana eh, adakah sahaja aku solat menghormati waktu zuhur tunai kerana allah taala sbg contoh
rasanya niat sama mcm solat biasa..apa yg saya faham...solat hormat waktu ni adalah solat yg mana time tu kita takder wudhuk ataupun pakaian kita tak suci...kita solat mcm biasa...
bila dah ada kat bumi, kena cpt2 solat, jika masih dlm waktu blh solat jamak/qasar, tp jika dah terlepas waktu qada' saja...wallahualam..
Alhamdulillah. Ada orang share benda ni. Haritu ada terbaca tapi xde nak share kat blog. Selamat berpuasa Liza.
Selamat berpuasa Bibie..
sharing is caring kekdahnya...hikss
terima kasih atas perkongsian liza..
Sama2...nak bg kuih utk berbuka tak dpt...jadila kan dpt ltk something yg mungkin berguna utk semua...
Slm ramadhan, hehe, sy penah solat subuh lm flight tp siap brwuduk bagai..amik wuduk lm toilet then solat kt tmpt duduk tp xsure la hadap kiblat x..klu cmtu kire solat hormat waktu ker n wajib qada x?
errrr....saya bkn ustazah mahupun guru agama...hihii
apa yg ditulis spt yg saya paste kat atas tu, utk solat dlm kenderaan bergerak, perlu mengadap kiblat. jika tak tahu arah kiblat, rasanya mungkin itu adalah solat hormat waktu - perlu qada' wallahualam.
Jika masa nak solat, arah kiblat tu ada lah belakang kita, agak susah utk kita membalikkan badan jika kita solat kat tpt duduk, memadai dgn pusingkan badan ke belakang setakat termampu dan angkat takbir, seterusnya pusing kembali bdn kita mengadap depan dan teruskan solat spt biasa (ini saya ambik dari kuliah UAI)
Cara nak tahu arah kiblat - tgk skrin dlm flight yg tunjuk peta dunia...blh agak2 kat mana Mekah dan yakin itu lah arah kiblat. tapi ada jugak flight yg tunjuk arah kiblat terus
wallahualam...kalo ada sapa2 yg blh tlg jawabkan...sila sila on
thanks bg info ni...
setahu sy solat menghormati waktu, dalam keadaan kita tak berwuduk dan perlu diganti semula bila dah bersih
Post a Comment