Tuesday, February 14, 2017

INDIA : DELHI


Aku cuma ada masa 2 hari shj utk jalan2 sekitar Delhi iaitu hari pertama sampai dan hari last sebelum kami balik Malaysia 

Kedua-dua malam kami menginap di City Star Hotel, Delhi

Hari pertama kat Delhi....

Qutub Minar - yang ni aku ambik gambar dari luar jer, rasa sayang duit plk nak bayar tiket masuk


India Gate - yg ni plk aku tak pasti apa masalahnya, kami tak dibenarkan masuk dekat, ambik gambar dari jauh shj, atau mmg macam ni ke??


Bazar - yg ni driver kami, Mr Sunny bawak sbb dia nak beli beg. Blh??? Hahahah kelakar la jgk sbb masa nak balik ke kereta kami yg bg direction kat dia. Senang citer dia mmg failed bab direction.

Dalam bazar ni sempat kami shopping saree...ingat dah murah dah kami beli....si sunny tu duk kenyit2 mata, konon bg signal jgn beli tapi sbb kami dah duduk2 dlm kedai tu, pekerja dia pun dah siap bentang2 saree, terpaksa la jgk ambik sepasang sorang...huhuhu. Dlm kereta sunny ckp saree kat kampung dia lagi murah....cettt


Sempat lihat acara jual jeans bundle...


Selepas shopping lebih kurang, kami terus ke Chandigarh. Sakit kepala aku duk dengar hon...

Sblm sampai Chandigarh, kami stop kat rest area utk mkn dan solat. Surprisingly toiletnya sgt bersih. Kagum aku. Kami tumpang solat dlm restoran yg tertutup, difahamkan restoran tu dibuka waktu mlm shj.

Rest area ni hanya ada mknan vege sahaja. Aku nak order telur goreng pun tak ada. Bukak ikan bilis kering yg bawak dari rumah, aku order nasi putih dan kwn aku order chapatti. 


Sunny nak beli charger phone....ikut tingkap jer wehhh



Sunny singgah rumah dia kejap utk tukar baju, ada gak dia ajak kami masuk rumahnya, uihhh idokk ler nak masuk. Kami lepak dlm kedai2 kat bawah rumahnya. 

Sampai Hotel Rashjree, Chandigarh jam 10mlm. Oleh kerana dinner adalah termasuk dlm pakej, kami order room service. Hotel ni tak menyediakan makanan halal, kami order kari kentang dan kacang dhal shj bersama roti paratha. Breakfast utk pagi esoknya, kami dibekalkan cheese sandwish 4 keping seorang sbb kami kena early check-out.



Hari last kat india...

kami ke chandni chowk dan INA market...hari ni agenda shopping

Chandni Chowk - kali ni driver kami nama Santosh. Oleh krn dia pun tak mahir jalan2 kat Delhi, dia bawak abg dia sbg pemandu arah. Santosh bawa kami ke Chandni Chowk dan kami ambik satu beca utk pusing2 - Jama' Mosque dan Chandi Chowk. Caj nya INR150 utk sejam.

Menarik jugak lah naik beca ni. Kami singgah kedai jual herbs dan kedai saree. Mahal2 saree kat sini. Kami mintak pemandu beca tu bawa kami ke kedai saree yg local beli. Dapatlah beli yg sepasang harga nya INR500. Merah menyala warnanya - kawan kirim.

Jama' mosque kena bayar jika nak masuk, kena bukak kasut semua. Kami just ambik gambar kat luar dan jalan2 sekitar shj.


Asal aku dtg jer mesti under renovation...


Pemandu beca bawa kami naik satu bangunan yang tgh2 nya ada masjid. Lalu di celah2 lorong yg padat dgn manusia.



Pemandu beca (aku lupa nama dia) bawa kami masuk satu tpt bersejarah di tengah2 pasar chandi chowk ni. Rumah Mirza Ghalib...aku tak pasti sejarahnya mcm mana.  Kebanggaan masyarakat setempat. Masuk sini free tapi blh la bg donation jika nak..


Semua lorong padat...


Kemudian tiba2 kawan aku pulak perasan kamera dia tertinggal kat kedai saree tadi. Patah balik, tapi kali ni kami jln kaki ikut celah2 lorong. Masa ni aku sempat jugak snap beberapa gambar tapi gegar la plk sbb jalan laju sgt...hikss

Dah sampai tpt parking, pemandu beca tu nak caj kami INR600 sbb dia kata lebih 3 jam. Santosh suruh bayar INR500 shj dan kami cpt2 blah. Hahahahaha

Kemudian Santosh bawa kami ke I.N.A Market. Kawan yg pernah datang sini bg alamat kedai ni sbb dia kata blh dapat murah saree kat sini.


Okay mmg murah la kedai ni sbb aku blh dapat saree yg kualiti sama sebanyak dua pasang dengan harga yg aku bayar masa beli kat Agra.

Nasib time ni duit tinggal sikit jer lagi, so tak blh nak borong banyak sgt, lagi pun kami cuma ambik 20kg seorang shj. Tu pun ngelat hand carry kami 9kg.

Dari I.N.A Market ni dah dekat dah ngan airport, so dari sini terus kami ke airport. Selamat sampai airport sblm 8 mlm. Caj wrapping bag tak kira size adalah INR350.

Bye bye India....ehhhh citer aku blm abis lagi. Aku saja buat entry ikut daerah bukan ikut hari.

Kami sempat jugak jln2 sekitar hotel masa malam kami sampai dari Agra....


Sepanjang di Delhi, aku menginap di Hotel City Star. Hotel ni area Paharganj. Dekat2 dgn railway station Delhi. Hotel ni paling best antara semua sbb hotel ni ada makanan halal, spread breakfast okay, hot shower 24hrs dan ramai mat salleh. 

Aku nyer teori adalah, jika hotel tu mat salleh ramai, mesti okay. Sbb tu bila baca review kat trip advisor, jika hanya local yg duk komen best, jgn lah percaya sgt sbb standard lain2....hahahahaah


Dari lift lobi hotel


View dari rooftop


0 Comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com