mac 2022
byk cerita sedih..
15/3 - jam 12.15 tghari aku dikejutkan dgn berita kawan aku meninggal…
awi…cerita nya yg aku share dlm entry lps…
tung tang tung tang semua org pm aku…
tanyakan aku jika aku nak turun jb…
satu panggilan pun aku tak jwb….
bg aku bertenang…..aku reply pd semua org…
Allah…..derita mu dah abis awi…
mungkin ini yang terbaik utk mu….
aku tahu mu sgt sakit….
aku tak terkilan sgt sbb sempat jumpa mu…
semoga kita berjumpa lg….
26/3 - aku bawa mak ke terengganu…
sambil test power jentera baru…
elok sampai rumah anak sedara aku di KT…
kwn ofis pm…
Allah….my office mate meninggal….
umur setahun muda dari aku…
terduduk aku…
baru minggu lps berbalas mesej dgn aku…
dia yg selalu ingatkan aku utk isi efiling…
dan semasa dia duk mesej aku tu….rupanya dia warded…
dia selalu ajak aku sambung belajar…
dia kata blh release tension psl kerja…
Ju…awak yg bg dorongan kat saya untuk terima kenaikan pangkat…
awak kata….lps ni geng2 kita je semua…dah takder bos yg bossy…
rupanya kita salah kan Ju….skrg lg teruk politik nya…
saya tahu awak tertekan….awak selalu mengadu…
even semasa saya cuti sebulan jaga mak pun awak minta izin utk share perasaan…
kita janji nak pencen awal kan Ju…
rupanya awak lg awal pencen….Allah…
sampai sekarang masih tak percaya awak dah takder…
Al fatihah kepada dua kawan aku….
27/3 - kami lajak ke KB…jemput kakak aku….turn nya jaga mak aku start 1/4…
plan asal kami balik semula KL pada 30/3..
tp mak mengamuk kat rumah kakak…
ajak balik KL….mak dah tak selesa tido rumah org lain…even rumah anak sendiri…
29/3 - aku drive ke KL lalu terengganu…
sampai RnR….badan rasa lain mcm….
aku telan panadol dan ckp kat semua org dlm kereta…
pakai mask…sbb aku dah sakit tekak dan demam…
bertabah drive sampai rumah…
terus buat rtk…
Allah….naik dua line….
terus update ofis dan dapat cuti tanpa rekod sehingga 4/4…
Day 1 (selasa) - dlm perjalanan KB-KL
Day 2 (rabu) - demam dan start batuk…
batuk dia lain macam wehhh….batuk yg takde kahak…ko tak tau batuk utk keluarkan apa…
bila batuk je tarik abis semua urat saraf…air mata auto keluar…bkn nangis…tp keluar gitu je…
sampai kepala aku berdenyut setiap kali batuk…
aku flat…kwn ofis dtg hantar air kelapa….
anak sedara aku dtg buatkan air bunga cengkih…
aku oder grab vitamin c…beli juice kat starbucks…
time ni ckp la apa saja remedy…aku terima…
Day 3 (khamis) - rtk lg sekali….nah kali ni bkn samar2 lagi dah…
terang benderang line nya….
batuk makin kurang tp sakit kepala yg tak leh tahan…
bonda plk start tunjukkan gejala…batuk dan bersin…
anak sedara aku buat rtk utk bonda…
result bonda 31/3 |
mana tak nya….masa aku dlm bilik…aku cuba utk asingkan diri…
tp bonda….kejap2 bkk bilik aku nak jenguk…
bila aku pakai mask masa bonda masuk…
bonda kata aku tak nak ckp dgn dia..
akhirnya aku terpaksa renggangkan pintu bilik…
Day 4 (jumaat) - bila aku dan bonda dah positif…
aku ambik alih jaga bonda…kakak aku cuma sediakan makanan…
kakak tak masuk bilik bonda…aku je…wpun sakit kepala aku cuba..
bonda batuk tp tak kuat…jarang2 sekali batuk…tak demam..
ingatkan false alarm…
Day 5 (sabtu) - aku buat rtk utk bonda dan aku…
dua line….
result bonda |
result aku |
bonda batuk sgt kuat…
kami agak panik….call sana sini…semua org tak suggest bawa ke hospital…
sbb for sure kena warded….dan musim skrg sapa blh tunggu….
bonda dah pelupa…kesian kalau sorang2 dlm wad…
Alhamdulillah….batuk bonda hilang bila dah tengahari…ada sedikit demam…
aku pantau oksigen dan tekanan darah…
oksigen/nadi bonda |
Day 6 (ahad) - getting better
batuk jarang2 but sekali batuk….adoiiii sakitnya mmg sakit…
berair2 mata….
bonda semakin sihat…cuma tak lalu mkn…
Day 7 (isnin) - aku dan bonda makin okay…
kalau ikutkan….bonda lg cepat recover berbanding aku…
cuma bonda tak lalu mkn…
kena paksa utk makan….
Day 8 (selasa) - hari ini….
bonda dan aku makin okay…
tp sbb aku dah pekena air batu smlm….mmg batuk tak hilang lg…
bonda dah stop batuk….
oksigen pun dah 99-100
Alhamdulillah….
0 Comments:
Post a Comment