first thing aku tak tau knp tetiba post aku yg sblm ni jadi draft…
rasa mcm dah post dah…
huhuhu
sambung balik part bonda dan aku kena covid…
aku dah ok dah…pulih hampir 90%..
cuma mak…
mungkin sbb faktor usia dan mak blm booster…
batuk dan demam semua takder dah…
tp mak makin tak lalu mkn…
badan lemah sgt…
aku sambung cuti utk jaga mak..
gilir2 dgn kakak…
penat jgn ckp…
kami keluarkan katil single letak kat ruang tamu utk mak..
mak dah start meracau dan merengek2…
setiap minit panggil aku atau kakak..
pantang hilang dpn mata….mak akan jerit…
Ya Allah…..permudahkan kami jaga mak…
lapangkan waktu kami…
kesihatan mak makin menurun….
tengah malam bawa mak ke hpupm…
doktor masukkan air sbb mak dah lemah sgt…
tak sampai sebotol…mak dah jerit2 minta balik…
dua hari kemudian bawa mak ke sjmc…
kena admit…
kul 1 pagi baru dpt bilik…
aku tak tau aku bukak puasa ke sahur time ni sbb bila dah dpt bilik baru aku blh mkn…
sorang penjaga shj dibenarkan…
nak gilir2 tak blh..
sop semasa era menatang covid ni…
mlm kedua….mak cabut wayar drip…
menitik2 darah…
time ni aku tgh mandi….dgr kecoh2 luar bilik…
rupanya uncle yg bawa dinner nampak mak tanggalkan wayar…
Allah…..dugaan apa lg ni…
mlm tu mak tak tidur sampai subuh…
mak siap merayau luar bilik…
sbnrnya mak ajak balik…tp mak lupa nak ckp mcm mana…
mak cuma kata….nak balik tidur kat tpt mlm td…
mak maksudnkan rumah kami sbnrnya…
aku mintak nurse kunci bilik dari luar…
slps subuh aku tgk mak terlena…
aku terus tidur tanpa sempat bukak telekung…
sampai la nurse dtg kejutkan aku sbb doktor dah masuk…
aku tak puasa hari ni sbb penat kot….
tak mampu aku nak teruskan puasa…
siangnya mak rileks jer dan doktor dtg masukkan wayar baru utk drip…
mak mengamuk tak mau mulanya…
tp doktor dan nurse pujuk…
mlm tu doktor bagi satu ubat utk mak…
lps je mkn ubat tu mak terus tidur…
tgh malam….aku perasan mak mcm tak cukup nafas…
mata mak pejam tapi mulut mcm nak bercakap sesuatu…
aku pegang kepala mak dan mak bukak mata tp nampak mata putih shj..
aku panik…terus panggil nurse…
nurse kata semua ok….kesan ubat…
baru aku tau ubat tu adalah mcm ubat tidur…
but kesan utk mak agak teruk…
aku tak leh lena sbb takut terjadi mcm td…
mak sampai terkencing atas katil..
pagi tu mak tak nak bangun…
bila panggil mak menyahut tp tak nak bukak mata…
masa doktor dtg…aku mintak discaj…
pada aku…post-covid tak der ubat utk mak..
bg ubat tidur bkn penyelesai masalah…
keadaan mak masih sama slps balik rumah…
tak nak makan dan minum…
susah nak tidur dan restless…
semua org penat…semua org tak cukup rehat dan tidur…
aku selang sehari puasa sbb penat…
jaga mak dlm keadaan mcm ni mmg memerlukan tenaga yg byk dan sabar yg tinggi..
minggu terakhir puasa kakak aku balik rumah anak dia…
tinggal aku sorang2 handle mak…
double penat okay…
mlm raya…aku bawa mak pusing2…
abg aku call ckp esok raya…
dia kata dia otw dtg rumah…
aku kata dtg la…
rumah dah tak mcm rumah….
mlm tu slps kakak ipar masak, dia kata biar dia jaga mak…
dia bg aku tidur…
sungguh2 aku tidur…
bangun bila dah azan subuh…
raya mcm tak raya…
semua yg dtg bwk makanan masing2…
konsep pot luck…
pastu bila balik aku mintak semua tapau bawak balik…
jgn tinggalkan apa2 kat rumah..
sbb aku takder time nak mkn…
dan episod mak blm abis…
sampai skrg mak masih mcm ni…
tak mkn tak minum…
tp Alhamdulillah…mak dah tidur skrg….
mak akan tidur dari kul 10 mlm dan bangun 4 pagi…
dan tidur balik kul 7 pg…
atau mak tak akan tidur sampai 4 pagi…
dan bangun bila dah kul 9 atau 10 pagi….
ko rasa bila aku tidur?
mak tidur je kul 10…aku terus tidur wpun aku blm mkn, mandi, solat isyak…
sbb aku tau…kejap lg kul 4 bangun balik…
time ni lah aku akan mkn, dan solat isyak…
mandi simpan pagi esok…heheheh
jika mak tidur kul 4 pg…
sementara nak tnggu mak terlelap…aku akan cuci baju…masuk baju dlm dryer….dan buat lah apa2 keje rumah…
pagi2 vacuum rumah…ko mampu…
dah hampir dua bln mak mcm ni…
aku mcm burung hantu dah rasa…
tak cukup tidur dan penat…
mkn pun ala kadar…
aku selalu order grab makanan ringan2…
mcm mee atau burger…
yg senang simpan semula bila mak tiba2 panggil nak itu ini…
kalau mkn nasi….susah nak berhenti ooo….
kerja pun aku on off…
byk cuti dari keje…
kdg terfikir….
aku mungkin blh rehat betul2 jika aku yg masuk spital…
aku rasa penat sgt…mental dan fizikal…
tp bila pandang muka mak masa mak tidur…
rasa hiba sgt….
tak sampai hati nak tinggalkan mak…
1 Comments:
Assalamualaikum Kak...saya doakan make and akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan and semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga akak and sekeluarga mendapat berkat ddalam menjaga emak.
Post a Comment