Friday, July 6, 2012

SEOUL DAY 3

Itenarary ari ini ialah:
  1. changdeokgung
  2. bukchon culture centre
  3. gyeongbokgung
  4. ewha women university
  5. hongik university
  6. nandaemun
  7. myeongdong
  8. cafe oppa (tea'us cafe)
Since kami cuma nak free style jer hari ni, ingat blh lah bangun lambat, sekali apek2 korea (apek ker?) wat senaman la pulop, betul2 tepi hostel, lebih tepat lg sebelah bilik aku jer (bilik aku kat ground floor yer). Adoiii maka terpaksa lah bangun jugak dan mandi seterusnya bersiap utk breakfast kat tkt 2.

ajussi..agashi..oppa...semua sebok bersenam...aishhhh menganggu tauuu dgn bunyi lagu patriotik diorang

Kami memulakan perjalanan ke Changdeokgung Palace. Ambik train dari Chungmuro ke Anguk (line 3), dan jln kaki ke Changdeokgung.

Entry ticket 3,000 won without English Tour. Kalo nak translator of course kena byr lebih tp kami cuma mampu yg 3000 won shj. berbekalkan map dan buku panduan yg diberi, kami melangkah masuk ke istana dengan yakin yg kami akan okay...hehehe masuk tak sampai 1/2 jam kami dah bosan...again hisorical is not our interest....


CHANGDEOKGUNG

 

Jalan kaki ke Bukchon Culture Centre yg terletak tak jauh dari Changdekgung. Jumpa sorang harabeoji yg jaga tpt tu, tolong kami tangkap gambar, very nice of him tp malangnya harabeoji tak tekan button yg betul....huaawaaaaa



Seterusnya kami jln kaki ke Gyeongbokgung. Ntah kenapa tak perasan yg Gyeongbokgung tutup ari selasa, maka kami cuma dpt ambik gambar kat tepi wall jer.. kamera aku sudah sampai limit utk simpan gambar, so gambar yg seterusnya adalah ihsan dari kwn aku, sehingga ke tarikh ini, aku belum terima lagi gambar2 tu. 17/9/2012 aku terima gambar dari cikJa



 




tak berjaya masuk, kami cuba masuk dari pintu utama


seterusnya kami meneruskan langkah kaki ke EWHA UNIVERSITY. naik train dari gyeongbokgung dan turun di ewha. senang jerrr

 


Plan nak menapak ker hongik university....tp kaki dah mula menunjukkan tanda protes...kami terpaksa mengaku kalah...dan ambik train ke NANDAEMUN....sopingggggg

Nak beli brooch kat nandaemun plan asal, tp hujan mencurah2 dgn lebatnya, siap petir bagai, kami berteduh di kaki lima kedai tunggu hujan berhenti. elok jer hujan dah jadi renyai2, kami redah utk cari building hijau-oren (spt tertulis dlm forum) malangnya tpt tu dah tutup. What??!!! alahai... 

bumi korea dibasahi hujan

Sempat soping bag utk my nieces, FM lagi, key-chain lagi, nail klipper lagi, cermin hias utk my sisters, hiasan dinding utk my mom, dan t-shirt utk my nephews. tak lupa barangan kpop, tapi aku mampu beli memo pad (bigbang, beast, super junior, shinee, 2pm) for my nieces dan 2 kipas (g-dragon dan top) utk diri sendiri dan sorang kwn yg sgt suka kan top.

satu2 nyer kedai yg blh tawar menawar...ajussi tu pernah keje kat jakarta so dia blh ckp sikit2 melayu.... yg dua org sebelah tu mmg lansung tak leh ckp melayu...hahahahah

Teruskan edisi soping...di MYEONDONG. sesungguhnya seoul mmg heaven kalau ckp psl shopping. 

Pusing2 area Myeongdong, nak cari cafe oppa. Tapi tak jumpa, yang kami jumpa satu cafe yg jual ice tea dgn harga 1000 won. Weyyy murah tu....aku bantai sampai dua. Haus kot duk ke hulu ke hilir cari cafe oppa. Akhirnya kami terus menapak sampai hostel. Kwn aku kata, ko gi balik hostel, google cafe oppa kat mana, nanti mlm kita keluar lagi. hehehe, tp krn aku mmg takder direction yg tepat, supaya tidak buang masa dan tenaga, aku decide kita cuba cari esok, kalo jumpa alhamdulillah, kalau tak pun redha jer. Kawan aku kata lagi, cafe oppa ko tu dah bangkrap kot... Balik jer sini, baru aku dpt perkhabaran bahawa mmg betul cafe tu dah tutup...patutlah aku cari tak jumpa

0 Comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com