Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Saturday, November 22, 2014

NIHON : TATEYAMA ALPINE ROUTE

Hari kedua - 9/11/2014 - Ahad

Bangun awal pagi dgn semangat baru. Peristiwa smlm biarkan berlalu. Hari ini kami mengharapkan satu keajaiban buat kami. InsyaAllah.

ini sepupu kurobe gorge...wahahahahaha


Turun breakfast kat lobby dulu, minum coffee dan mkn roti bg tenaga super saiyan goku sikit, kemudian menapak ke dentetsu toyama. Station ni dpn hotel shj. Dekat sgt2, dlm 3-5 minit jln kaki. Tapi kami agak loklak, tak perasan jln kecik menuju dentetsu toyama, kami berpusing ke stn toyama, kemudian ikut petunjuk ke dentetsu toyama. Taraaaa...rupanya kami mcm berjalan 360°. Well...permulaan yg sudah nampak kelam. 

Dentetsu Toyama adalah station yg nak ke Tateyama. Dah sampai tateyama nanti, perlu naik kereta kabel yg mcm kat The Peak, Hongkong utk sampai ke Bijodaira. Kemudian naik bas pulak ke Murodo. Itulah serba ringkas perjalanan kami utk hari ini.

Peringatan mesra ! Trip ni tak ditanggung oleh JR Pass.

Utk lebih jelas Tateyama Alpine Route ni blh refer web ini.

aku start dari dentetsu toyama stn sampai murodo dan patah balik

Ambik masa jugak aku rasa nak paham route dan jadual dia tapi kalau nak terus ke Omachi tak perlu susah2, tp kami mahu buat u-turn iaitu patah balik ke Toyama dari Murodo.

Tiket up to Omachi blh beli kat Toyama, tp kena tahu bila diaorang mula beroperasi. Sbb aku cuba nak beli kat Toyama tp tak dpt. End up kami gamble shj naik train ke Tetayama dan beli tiket kat situ. Terus beli return jika anda memilih route mcm kami.

aku ambik train yg kul 7.11pg dan dijangka samapi ke murodo jam 9.50pg

train nak ke tateyama...mcm buruk kan??

dlm train...bersih. tpt sandar seat tu blh tarik ke depan ke belakang

antara view yg blh dilihat sepanjang jalan
Dah sampai tateyama stn. perlu beli tiket ke murodo. Tiket ni blh guna utk naik kereta kabel sampai bijoidara dan bas sampai murodo. So maksudnya, dah sampai bijoidara tak perlu lagi nak beli tiket.


Sempat layan view dpn tateyama stn sblm naik kereta kabel....dah nampak sikit2 autumn



Ayuh...kita naik kereta kabel.


rupa tiket dari Tateyama ke Murodo
rupa kereta kabel
Sampai Bijodaira, angin sejuk dah terasa. Hujan u ollsss. Mcm mana ni, takut jugak tetiba bas tak boleh naik atas. Bila dia umumkan bas naik ke Murodo jam 9pg.. fuhhh lega (errr tetiba aku phm dia ckp apa...padahal xder pun dlm english..hihihi)

sistem beratur yer adik2...sgt tertib rakyat jepun ni...

perjalanan dari bijodaira ke murodo guna bas
dari dlm bas dah nampak snow...aku dah start panik time ni

Sampai Murodo, lain dari jangkaan aku sbb aku tak expect akan snow memandangkan suhu kat Toyama 15°c.

Tapi dah rezeki nak tgk snow. Kelengkapan semua takder. Sib baik aku pakai jaket tebal. Pakai mask dan kejap2 lari keluar utk ambik gambar. Angin kuat sampai tudung aku tercabut, mask terbang dan tgn aku sejuk gila2.

Dlm beg ada extra stokin. Lantak la apa org nak ckp. Aku sarung jer stokin tu kat tgn at least blh cover sejuk. Tudung yg tercabut aku jdkan mafla, rambut masuk dlm hood baju sejuk, masih lg menutup aurat...wakakakaka. Aku siap ambik gambar fesyen aku ni...tp utk tatapan aku shj. Idok ler nak letak sini...tak senonoh tgk..

Harapan aku nak pusing2 lake tak kesampaian sbb snow tebal dan jln licin. Aku cuma pakai sandal dan tak berani nak menempuh snow.

Kalau smlm kami tak dpt lihat apa2, kali ni pulak dpt lihat snow. Rasa bersyukur walaupun apa yg aku harapkan adalah lain dari apa yg aku dpt.

Ni aku curik dari japan guide.com. Aku jangkakan ini yg aku dpt...tp

taraaa............keluar jer dari bangunan tu...snow u ollssss. okay...mcm jakun sat sbb ni kali pertama aku tgk snow selain dari snow tipu yg kat genting...huhu

aku cuma bersandal shj...




kami berjaya keluar...hanya dgn sandal aku berjaya mengharungi salji...sapa suruh weyyyyy

terpaksa berpatah balik ke bangunan...sejukkkk

gigih kwn aku ambik gambar wpun kesejukan

gambar ambik dari dlm bangunan...time ni dah sejuk beku...dah tak larat nak keluar masuk

Bg bln Nov, kena alert last bus balik ke Bijodaira. Time aku pergi last bus adalah kul 4.10 ptg. So be prepared. Karang ada yg mati kesejukan kat Murudo.

Kami ambik bas jam 12.40 utk ke Bijodaira. Nak kejar train ke Toyama lg. Pastu nak ke Takayama lg...adehhhh plan like crazy...oh yeahhhh

jom lah pulang....nak main salji pun sejuk sgt

bandar tateyama dari cabel car

Balik semula ke Toyama, ambik beg yg diletakkan di Toyoko Inn. Masa ada lg sblm train ke Takayama, aku masak maggi dan minum milo serta solat dulu kat Toyoko Inn dan usha mat2 jepun yg dtg check-in, hensem jugak org jepun ni...hihihi serious sgt hensem. Ada yg aku kidnap bwk balik malaysia ni.

kenangan dari tateyama







Belanja hari kedua:
1) train ke tateyama (return) = 2,400
2) transport ke murodo (return) = 4,310
(utk yg nak sampai ke omachi atau matsumoto, blh check harga tiket kat web yg aku letak link kat atas)

Kesimpulannya utk hari ini, wpun aku terkejut sbb ada snow, tp aku bersyukur. Tak byk sgt plan kelaut hari ni. Smooth shj....

Jumpa satu family dari malaysia, tp dah menetap di jepun. Setiap minggu keluar jln2, dan kali ni mereka memilih utk ke tateyama alpine route. Diorang terkejut jumpa kami sbb ikut diorang jarang2 org malaysia dtg sini, tpt ni dikira tidak glamer bg kalangan pelancong malaysia. Well...pada aku travel agency mana yg sanggup bawak org ke sini, kos mahal. Round tokyo dan pergi osaka/kyoto pun dah makan lima ribu ringgit seorang. Kalau ke sini tak tahulah brp travel agency akan caj.

family melayu yg kami jumpa
Read More

Friday, November 21, 2014

Berjumpa lagi....

Sekali lg.....same as last year...tp kali ni ada beza sikit sbb aku demam...demam masa kat jepun terbawa2 sampai malaysia....huhuhu

Good morning semua...hahhha bangun2 jer wassap fb berderet2 wish hb. Dah tua2 ni idop la celebrate...


Mkn dulu....byk agenda hari ni...


Telan ubat...


Gi servis kereta...esok nak gi penang..



Foot massage seround.....kasi urat2 semua kembali normal...

Aku dpt free gift sempena birthday kat herbaline tp mcm mls pulak nak drive ke sana. Happy dgn foot massage shj....


Beli kfc...dan juga aiskrim mcd...jadi laa utk diri sendiri...kek??? Emmm aku tak suka kek....blh?


Akhir kata....tq bonda sbb melahirkan aku 3* thn lps....kul 9mlm ni kalo ikut surat beranak...hihihu

Read More

Thursday, November 20, 2014

JEJAK NIHON : KUROBE GORGE

8/11/2014 - Sabtu

Mcm kebiasaan trip aku sblm2 ni, aku memilih flight awal pagi, supaya bila sampai jer terus blh jln2. Plan nampak mcm bagus...tp kali ni byk hiccups.

Permulaannya okay sbb kami dpt quiet zone tanpa caj. Baik budak kaunter tu. Tlg tukarkan seat kami. Flight delayed setengah jam. Sampai nagoya pun lewat setengah jam.

Sampai jer kat airport nagoya (Chubu), kami settlekan imigresen. Alhamdulillah...cepat jer proses nya. Pandang kamera dan scan jari.

Ambik beg pulak....kali ni mmg lama. Aku tak tahu knp, beg kami berdua lambat sgt keluar. Terpaksa tunggu hampir 30minit. Buang masa ni...

Lps dpt beg, kastam pun tanya lbh kurang jer, kami berlari keluar utk ke 3rd floor. Aku nak pick-up pocket wifi. Melilau jugak kejap mencari tpt tu. Lps tu beratur pulak nak beli tiket train ke Nagoya Stn.

Aku ambik yg reserved seat. Sampai nagoya stn. sudah jam 11pagi. Our plan ialah singgah di kanazawa dan terus ke toyama (option 1) atau terus ke toyama dan naik atas lg ke unazaki onsen (option 2). Kwn aku nak pegi unazaki onsen. Aku okay jer...

Apa2 hal, settle dulu JR Pass dan beg. Kami ke kaunter utk tukar JR Pass. Petugas kat situ minta isi satu form dan tinggalkan passport sbb dia nak uruskan dulu satu team yg dtg in one group seramai 10 org. Kami gi cari locker dulu utk simpan beg. 

Susah yer nak cari locker kosong. Kebanyakan sudah diambil. Sehinggalah kami ke Sakuradori exit dan jumpa satu kawasan locker tingkat bwh. Alhamdulillah...ada jgk kosong. Sumbat dua beg troli saiz sederhana dlm satu locker dgn bayaran ¥500 sehari. Nak cari locker shj dah hampir setengah jam.

Utk pengetahuan semua, nagoya stn ada dua exit, sakuradori dan taikodori. Sakuradori yg ada jam warna emas manakala taikodori jam warna silver.




Kami ke kaunter JR semula dan ambik pass dan terus ke kaunter tiket. Train kami jam 12.19 tghari. Kami xblh lengah2

1) Nagoya to Maibara (Hikari509)
2) Maibara to Toyama (Shirasagi7)

Sampai Toyama sudah jam 3.26 ptg. Terus kami cari train ke Uozu dan tukar train ke Unazaki onsen. Toyama ke Uozu covered by JR Pass tp shinouzu ke unazakionsen kena beli tiket.

Ringkasnya utk ke unazakionsen dari toyama,

1) Toyama - Uozu (JR lines)
2) Uozu - Shinouzu (jln kaki)
3) Shinouzu - Unazakionesen (Toyama Chiho Railway)

Sampai jer stn.uozu yg sgt jelas kekampungannya, perlu lalu lauan bawah tanah utk ke stn.shinouzu. Ambik masa jgk kat sini, jadi kami tak sempat utk train yg sepatutnya kami naik. Terpaksa tunggu next train which is lg setengah jam. Adeyyyy...

Mmg hulu betul tpt ni. Satu apa pun takder tulis dlm english. Semua dlm bahasa jepun. Kami cuma berpandukan apa yg pakcik tiket tu ckp pukul brp train kami dan tunggu kat mana.

Langit dah start gelap. Harus diingat, maghrib kat sini pukul 5.30ptg. Aku dah start risau sempat ker tak kami nak tgk bridge tu. Kalau ikut jadual train, kami dijangka sampai jam 5.44ptg.

Okay kpd semua, apa yg ada di kwsn unazaki ni smpai kami sanggup dtg? Jwpnnya ialah kurobe gorge.

Blh refer web ini utk lbh details. Ada jadual train, tpt nak tgk bridge (observation platform) dll. Please study benda ni sblm pegi. Website ni bkn diorang buat sekadar hiasan, tp utk dibaca dan dihayati. 

Aku tahu dah tak sempat nak kejar last sightseeing train masuk ke hutan tu dimana last train adalah 3.40ptg, tp at least dpt lihat dari observation platform pun dah cukup...

Spt dlm japan.guide http://www.japan-guide.com/e/e7575.html, blh jalan kaki dari unazaki stn utk lihat Shin Yamabiko Bridge.

http://foreign.info-toyama.com/en/spot/?spot_id=20

Mmg spt jangkaan aku, sampai jer semua sudah hitam. Gelap gelita, satu apa pun tak nampak. Usahkan nak tgk bridge, tangga yg kami lalu pun samar2. Meraung.....

Masuk kedai yg masih open berhadapan dgn stesyen. Tgk apa2 yg blh dibeli. Nai....xder apa pun yg menarik. 

Kami balik semula dgn hampanya ke Toyama dan check-in hotel jam 8mlm. Lama betul perjalanan kami. Harap2 plan esok membuahkan hasil.

Hotel kami di toyama adalah toyoko-inn toyama 

Aku ltk jugak lah gambar berkaitan utk tatapan semua....*sambung nangis*

sabar menanti beg yg tak kunjung tiba

pocket wifi yg disewa

tiket
stn.toyama, tunggu train ke shinuozu

stn.shinuozu...lg daif dari stesen komuter serdang

harga tiket ke unazaki onsen. yg ¥110 tu optional jika nak naik express

satu2nya kedai yg masih bukak dpn stn.unazakionsen

blh lihat train2 yg sudah stop operasi utk masuk ke hutan unazaki



dah berpalang...sedihhhh
tanda aku dah sampai sini
JR Toyama tgh renovation. Pintu utama ditutup, kena guna pintu tepi

comel gila
lobi hotel toyoko-inn toyama




yg ni free....ambik la brp nak

Peringatan: Perlu peka dgn musim2 yg ada di jepun supaya hari2 anda tidak kelam spt kami. Alert last train yg masuk ke hutan unazaki tu. Walaupun kita travel musim autumn, kena juga tahu kwsn2 yg awal menerima winter, cth unazaki atau kurobe ni. 

Hari pertama yg dihabiskan di dlm train. Sungguh jauh perjalanan kami rasa. Naik turun train, tukar track, tukar stesyen, tukar tiket, cuba berkomunikasi dgn station master dgn bahasa yg masing2 tidak faham antara satu sama lain, semuanya adalah pengalaman.

Pertukaran plan last minute dimana persediaan tidak mencukupi. The rest is history...

Belanja utk hari ini:
1) train ke nagoya stn ¥870+¥360
2) sewa locker ¥500/day
3) train ke unazaki onsen ¥930+¥110
4) train ke toyama ¥930

>>> Tateyama
Read More

Tuesday, November 18, 2014

PERSEDIAN : JEJAK NIHON



Alhamdulillah....aku selamat sampai ke tanah air pagi Sabtu lps. Misi ke Nihon yg dirancang awal thn 2014 berjaya di realisasikan.

Disini aku catitkan beberapa nota persediaan yg aku buat utk trip kali ini. Spt yg semua tahu...kos sara hidup di Jepun sgt tinggi. Jadi menabung sgt perlu bg menjamin kewangan yg tidak tergendala sblm, semasa dan slps trip.

Sblm tu kita jenguk dulu antara website yg perlu dibiasakan sblm ke Jepun.

1) http://www.hyperdia.com/

Ticket Hunting
Bila dah set lbh kurang tarikh nak pegi, pencarian tiket murah dimulakan. Semua ni my fren yg uruskan sbb aku ada mslh sikit dgn bank. Dua kad kredit telah selamat kena block - 1) sbb aku tak byr. 2) aku mintak block sbb aku dah terjebak dgn london weight mgt.

Tiket yg dipilih sudah tentu AAX. Tiket dibeli seawal bln februari manakala tiket balik kami beli dlm bulan April.

KL - Nagoya : RM251
Haneda - KL : RM419
Add-on :Beg 30kg pergi : RM129 share berdua
Beg 20kg balik :RM93.41
Meal pergi balik :RM33
TOTAL : 860.91

Penginapan
Aku mengambil tugas mencari hotel. Ada beberapa yg aku booking tp akan diputuskan kemudian.

Average hotel ¥3,700 per night utk seorang. Ikut tukaran semasa dlm RM 112 per night. Kami pilih semua double bed kecuali kat Nagoya. Di Nagoya kami bermalam selama 3 mlm. Harus pilih katil asing2 sbb senang nak sepahkan brg. hahahaha menjaga keharmonian sesama sendiri itu harus. Dan aku akan pilih yg en-suite. Senang nak ulang alik gi toilet bila mlm.

Toyama : JR Toyoko-Inn Ekimae Toyama (¥7,992 per night) {double-bed}
Takayama : J Hoppers (¥7,000 per night) {double-bed}
Nagoya : Daiichi Fuji Hotel (¥20,000 utk 3 mlm) {twin}
Tokyo :Tokyo Ueno Touganeya (¥8,532 per night) {double-bed}
Total : ¥43,524
TOTAL SEORANG : ¥21,762 utk 6 mlm

Tempat
Plan kami berubah2. Dan muktamadnya kami memilih Kanazawa >> Toyama (zzz) >> Alpine Route >> Takayama (zzz) >> Hiroshima, >> Kyoto >> Nagoya (zzz) >> Tokyo (zzz). Kami byk wat one-day trip. Keluar pagi dan mlm balik.

Last minute kami tukar plan utk hari pertama. Kami ke unazaki onsen bukan kanazawa. Option 2 terpilih. 

Transportation (antara bandar)
Kami memilih utk beli JR Pass. Order online shj dan voucher sampai kat rumah. Tukar di Nagoya Stn. Harga termasuk shipping ialah ¥30,100 bersamaan RM934.74

Transportation (dlm bandar)
Kami menggunakan khidmat tour bus di Shirakawago. Lain2 guna train atau bas dlm bandar.

Ringkasan belanja train/bus utk setiap bandar (tidak termasuk JR Pass)
Nagoya = ¥1,710
Shirakawago (tour bus) = ¥3,500
Kawaguchiko = ¥3,540
Tateyama Alpine Route = ¥6,710
Unazaki Onsen = ¥1,970
Kyoto = ¥1,200
Hiroshima = ¥820
Tokyo = ¥2,580
Osaka = 0

Total : ¥22,030

Wifi
Bagi aku ini sgt penting. Aku booking utk 7 hari (8/11 - 14/11) = ¥5,550 bersamaan RM171.42. Collect di NGO Airport dan drop kat Haneda Airport. Wifi ni blh guna sehingga 10 devices. So aku kongsi dgn member aku. Sorang cuma RM85.71

Makan
Kami bawa bekalan dari Malaysia mcm sambal ikan bilis kering, roti , sup segera, milo, energy bar dll. Penjimatan perlu semaksima mungkin. Makan luar sekali sekala shj. Aku bajet ¥2000 sehari.

Baju bajan
Utk 7 hari 6 mlm aku pack:
1) 3 helai baju pakai siang
2) 1 helai baju pakai malam
3) 1 jeans
4) 1 seluar tido
5) 1 kain batik 
Reminder=== hari ke-3 perlu mendobi dan keringkan terus

Kos lebur...

Bayaran dibuat di Malaysia = RM1,881.36

  • RM860.91 (flight dan segala add on)
  • RM934.74 (JR pass)
  • RM85.71 (wifi)


Tukar duit ke yen (RM2,935) utk ¥102,000

Jumlah : RM1,881.36+RM2,935 = RM4,816.36

Baki yen bawa balik ¥9,000 ( blm tukar ke RM lg...tunggu yen naik sikit).

Alhamdulillah....under budget. Souvenir ada la sikit2 beli. Duit byk abis utk beli air. Sbb aku demam, aku perlukan byk air. Sekian...

Read More

Monday, November 10, 2014

Short report




Negara yg sama tp dua season. Alhamdulillah.. two in one org kata...
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com