Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Friday, December 5, 2014

JEJAK NIHON : ODAIBA I SHIBUYA I ASAKUSA

Hari terkahir - 14/11/2014 - Jumaat


Hari terakhir di jepun. Waaaa rasa mcm sedih la jugak tp sbb aku pun tgh demam, rasa mcm nak cpt2 jer habis penjelajahan ni. Letih sgt2...

Lps mkn sup segera cicah biskut kat bilik, kami check-out. Kami nak tinggalkan beg kat locker ueno stn dulu. Malas nak mengangkut sana sini.

Tpt pertama kami ialah odaiba. Pulau buatan katanya. Dari ueno kami ke shimbashi dan tukar train ke odaiba. 







Kemudian kami gi cari robot gundam...hek elehhhh





comel gila budak2 ni




Lps tu kami makan kat food court...takoyaki...


Naik train ke shibuya pulak. Kena tukar train kat shimbashi dan ambik yamanote line ke shibuya. Bkn peak hours, so train tak sesak...

Jom kita main lintas jalan...





Minum kat starbucks sambil tgk org lintas jalan...mcm dah takder keje kan?? Port kami dlm starbucks tidak lah begitu cun...





Kemudian cross jln lagi ke patung hachiko...



Kemudian....let's shopping...sensoji temple















Fuhhh.....ramai sgt org kat area ni. Aku dah mcm pening2...dgn blm makan apa2 lagi kecuali takoyaki kat odaiba pagi td....cepat2 beli apa yg blh dibeli, kami terus bergerak ke ueno semula untuk ambik beg kat locker dan ke shinagawa utk ambik beg jugak dan terus ke haneda.

Plan asal, refund dlm suica card 500 tu kami nak buat tambang train ke haneda. rasa mcm blh naik yg JR tp kalau tak silap kena transfer. Dgn beg2 ni rasa malas la pulak. Takper...duit ada lg...ahahahah

Sekali masa nak naik subway ke ueno, aku cari suica card aku takder. Puas la duk punggah2 beg tapi still tak jumpa. Huk alossss.....dah tak dpt claim refund. Time tu dlm card masih ada baki 160+500. Tambang 170, jadi kalau ada kad pun still kena beli tiket sbb baki tak mencukupi.

Dah ambik beg dlm locker kat ueno, kami naik yamanote line ke shinagawa. Sampai shinagawa, kwn aku gi ambik refund 500 kat kaunter. Baki 160 tu kira burn sbg servis caj. Aku sengih jer sbb kad hilang.

Dah ambik beg dlm locker kat shinagawa, kami naik keikyu train ke haneda. Tambang 410.

Sampai airport, baru kami kemas beg. Datang satu beg, balik dua beg. Aku dah malas nak kemas betul2 sbb dah penat gila dan kepala dah tuing sgt tambah lg perut lapar. Aku sumbat jer...janji lps.

Kaunter check-in bukak jer, kami serbu. Cuba try nego ngan minah kaunter utk tukar seat tp diorang strict gila. Blh tukar tapi kena byr. Kami pasrah dgn seat yg mmg siap2 allocate utk kami. Aku kat tgh2 flight kawan aku kat blkg. Beg yg hand carry pun diorang timbang takut lebih 7kg.

Settle check-in, kami gi mkn. Adoiii lapar sgt2 ni. Order sandwich (tu jer yg blh mkn). Lps mkn drop pocket wifi kat bakul post dlm kedai, kami terus masuk ke gate kami.



Lepak2 kat dlm, naik flight, aku dpt seat window, pasang bantal leher, letak kepala terus hanyut. Mmg tak sedar sampai lah aku terbangun dan rasa lapar. Tgk jam dah lebih 2 jam flight berlepas. Huhuhu penat sungguh ni. Jiran sebelah sebelah pun sama. Tido. Tekan button panggil pramugari, tunjuk boarding pass, dia hantar aku makanan. Aku dan booking set nasi lemak. Makan lps tu sambung tido. Enak nyerrrrr.



Sedar2 bila flight dah nak landing. Ya Allah....badan dah rasa menggigil2. Demam dtg lagi. Aku lupa telan panadol malam tadi.

Safely arrived. Jumpa balik kwn aku kat tpt ambik beg. Tgh sarapan dgn dia kat kopitian luar balai ketibaan tu, anak buah aku call ckp dah sampai.

Bye2 my friend. Lagi 2 thn kita jumpa....ahakssss.

Belanja utk tokyo:
1) suica card = 2,000
2) asakusa - euno (metro ginza) = 170
3) shinagawa - airport = 410


Read More

Thursday, December 4, 2014

JEJAK NIHON : ROPPONGI I AKIHABARA I UENO

Sampai jer shinjuku.....aku rasa sempat nak gi roppongi. Hahahah mana tahu leh jumpa adik jin aku kan??? So tpt pertama kami di tokyo ialah ke mori tower yg terletak kat roponggi hills. Kat area2 ni pun ada hrc jugak, tp rasanya mcm tak sempat nak pegi. Sblm tu kena beli dulu passmo card.

Pegi tnya kat kaunter tiket dan pompuan tu ckp pasmo kena beli tpt lain. Dia siap bg direction nak ke tpt tu. Sekali aku nmpak brochure suica. Aku tanya suica card beli kat mana. Dia kata blh beli dgn dia...ehhhhhh. Aku tnya lg...apa beza dua card ni, dia kata diff company shj tp kegunaan sama. What?!!! Jujurnya pompuan ni. Kalau aku la kat tpt dia sah2 dari awal aku duk promote suica ni. Aiseyyyyy penat tauuuu. Harga card ¥500 dan isi ¥1,500. Yg ¥500 tu leh dpt balik bila pulangkan kad.

First time naik subway kat tokyo. Ambik toei line ke roppongi. Dah sampai aku pulak lupa exit mana. Belasah jer laaa. Demam2 ni otak tak berfungsi sgt.

Berjaya gak sampai mori tower tu. Mula2 nak naik atas tp bila tgk tiket harga ¥1,500 kami terus batalkan niat itu. Kami cuma pose2 berlatar belakangkan tokyo tower dari jauh. Time ni mmg sejuk gila. Angin kuat dan hujan sikit2.







Ok nextttt......hihi tpt kedua kami ialah akihabara. Anak buah ada pesan kapal one piece. Masuk yodobashi akiba mall dan kedai2 mainan ni kat level 6. Lama gak aku duk memilih. Siap wat lintas lansung dgn anak buah aku sbb nak suruh dia pilih yg mana satu. Idop ler aku ikut one piece ni. Monkey d luffy pun baru first time dgr. Aku kenal goku jer sbb tu katun era aku. Sekian terima kasih. 

Nak ke akihabara, naik metro hibiya. Ikut jer signage, errr takder la susah sgt kot. Asalkan ko tahu nak gi mana dan jenis mana nak naik dan turun mana. Ecehhh berlagak.....

Usha brader jepun yg tgh khusyuk msg awek dia....hahahaha. Mcm muat kan aku nak gi duk sblh dia....tp ai ni pemalu. 



ni level jual camera...org kata kena check jugak blh pakai tak kat negara kita...ntah...aku lalu jerrr


ni lah kapal yg anak buah aku nak

dia pun request ini tp sold out...sib baik. Ko nmpak harga brp tu?? itu dah belanja aku tiga hari tiga mlm kat sini

sailor moon  tak nak???

pun sold out

Memperkenalkan kapal2 one piece..






Dari akihabara kami ke euno. Last stop sbb hotel kami kat sini. Mkn mlm kat kedai tepi jln. Mee udon dgn udang tempura. Order main tekan2 kat mesin jer pastu ambik order dan mkn. Sedap la jgk...harga ¥460. Air free flow. Lps mkn angkat mangkuk hntar kat kaunter. Mcm best jer kan...tak perlu nak jerit...mamak roti satu kasi garing. Suara blh simpan.

mula-mula pilih menu....dan hafal nombor tu.....menu aku pilih yg no.12
kemudian gi kat mesin ni, klik no.pilihan kita dan bayar....


lps tu that lady akan siapkan makanan kita

bawak la makanan tu cari meja kosong....enjoy.....sedap la jugakkk

Dah kenyang kami naik jejantas yg mcm roundabout. Aku cuba agak2 kat mana hotel aku ni. Sekali nampak hard rock cafe. Whatttttt. Beli tshirt dan sembang sikit2 dgn minah yg keje kat situ. English dia sgt bagus. Muka ada eropah2 sikit. Rupanya mak jepun bapak omputih. Patutlaaaa....


Teruskan perjalanan lg menuju hotel. Jumpa sekumpulan org sedang hisap rokok. Sejuk2 ni mmg syok kot isap rokok. Turun escalator...yeahhh escalator bebeh....jgn tak caya...terus nampak lorong ke hotel aku. Oh rasa cukup bangga bila dpt jumpa hotel tanpa tanya org...hahahahaha riak di situ




Aku pilih touganeya hotel. Katil double en-suite. Satu mlm ¥8,532. Std laa harga tokyo.

Bilik okay...ada robe. Aku suka gila sbb robe ni mcm yukata. Siap pose2 ambik gmbar lg. Hahahahha




sempit okayyy






nak ke bilik

restoran kat lobby

toilet kat lobby

Hari ni beta sgt puas hati...hahahah. Semua tpt yg aku plan dpt gi wpun ala2 touch n go jugak. Perjalanan wpun pada awalnya dah mcm tak brp lancar, tp alhamdulillah Allah permudahkan kami. Berjaya sampai hotel kul 8mlm. Ini mlm terakhir kami. Esok dah nak balik KL.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com