JEJAK NIHON : ODAIBA I SHIBUYA I ASAKUSA

Hari terkahir - 14/11/2014 - Jumaat


Hari terakhir di jepun. Waaaa rasa mcm sedih la jugak tp sbb aku pun tgh demam, rasa mcm nak cpt2 jer habis penjelajahan ni. Letih sgt2...

Lps mkn sup segera cicah biskut kat bilik, kami check-out. Kami nak tinggalkan beg kat locker ueno stn dulu. Malas nak mengangkut sana sini.

Tpt pertama kami ialah odaiba. Pulau buatan katanya. Dari ueno kami ke shimbashi dan tukar train ke odaiba. 







Kemudian kami gi cari robot gundam...hek elehhhh





comel gila budak2 ni




Lps tu kami makan kat food court...takoyaki...


Naik train ke shibuya pulak. Kena tukar train kat shimbashi dan ambik yamanote line ke shibuya. Bkn peak hours, so train tak sesak...

Jom kita main lintas jalan...





Minum kat starbucks sambil tgk org lintas jalan...mcm dah takder keje kan?? Port kami dlm starbucks tidak lah begitu cun...





Kemudian cross jln lagi ke patung hachiko...



Kemudian....let's shopping...sensoji temple















Fuhhh.....ramai sgt org kat area ni. Aku dah mcm pening2...dgn blm makan apa2 lagi kecuali takoyaki kat odaiba pagi td....cepat2 beli apa yg blh dibeli, kami terus bergerak ke ueno semula untuk ambik beg kat locker dan ke shinagawa utk ambik beg jugak dan terus ke haneda.

Plan asal, refund dlm suica card 500 tu kami nak buat tambang train ke haneda. rasa mcm blh naik yg JR tp kalau tak silap kena transfer. Dgn beg2 ni rasa malas la pulak. Takper...duit ada lg...ahahahah

Sekali masa nak naik subway ke ueno, aku cari suica card aku takder. Puas la duk punggah2 beg tapi still tak jumpa. Huk alossss.....dah tak dpt claim refund. Time tu dlm card masih ada baki 160+500. Tambang 170, jadi kalau ada kad pun still kena beli tiket sbb baki tak mencukupi.

Dah ambik beg dlm locker kat ueno, kami naik yamanote line ke shinagawa. Sampai shinagawa, kwn aku gi ambik refund 500 kat kaunter. Baki 160 tu kira burn sbg servis caj. Aku sengih jer sbb kad hilang.

Dah ambik beg dlm locker kat shinagawa, kami naik keikyu train ke haneda. Tambang 410.

Sampai airport, baru kami kemas beg. Datang satu beg, balik dua beg. Aku dah malas nak kemas betul2 sbb dah penat gila dan kepala dah tuing sgt tambah lg perut lapar. Aku sumbat jer...janji lps.

Kaunter check-in bukak jer, kami serbu. Cuba try nego ngan minah kaunter utk tukar seat tp diorang strict gila. Blh tukar tapi kena byr. Kami pasrah dgn seat yg mmg siap2 allocate utk kami. Aku kat tgh2 flight kawan aku kat blkg. Beg yg hand carry pun diorang timbang takut lebih 7kg.

Settle check-in, kami gi mkn. Adoiii lapar sgt2 ni. Order sandwich (tu jer yg blh mkn). Lps mkn drop pocket wifi kat bakul post dlm kedai, kami terus masuk ke gate kami.



Lepak2 kat dlm, naik flight, aku dpt seat window, pasang bantal leher, letak kepala terus hanyut. Mmg tak sedar sampai lah aku terbangun dan rasa lapar. Tgk jam dah lebih 2 jam flight berlepas. Huhuhu penat sungguh ni. Jiran sebelah sebelah pun sama. Tido. Tekan button panggil pramugari, tunjuk boarding pass, dia hantar aku makanan. Aku dan booking set nasi lemak. Makan lps tu sambung tido. Enak nyerrrrr.



Sedar2 bila flight dah nak landing. Ya Allah....badan dah rasa menggigil2. Demam dtg lagi. Aku lupa telan panadol malam tadi.

Safely arrived. Jumpa balik kwn aku kat tpt ambik beg. Tgh sarapan dgn dia kat kopitian luar balai ketibaan tu, anak buah aku call ckp dah sampai.

Bye2 my friend. Lagi 2 thn kita jumpa....ahakssss.

Belanja utk tokyo:
1) suica card = 2,000
2) asakusa - euno (metro ginza) = 170
3) shinagawa - airport = 410


Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

dah abis ke ?

tepuk tangan!

lagi 2 tahun ?

Balas
avatar

Dah abis dahhh.....pegi 7 hari jer...hihihi

Lg 2 thn jumpa my travel partner tu....dua thn lps gi korea dgn dia....trip kitorang every 2 years....hahahha

Balas
avatar

Aduhai..malu ngan Liza...dia travel selepas JM Pun dh habis up entri..yg JM punya baru masuk hari ke 2 huhuh

Pegi ke Odaiba tu siang hari mesti x sejuk sgt kan..time JM pegi ri tu malam..mmg x boleh stay lama kat luar seperti masuk dalam tempat sejuk beku

Balas
avatar

Hahaha.....sy ni takut lupa....dah tua2 ingatan xkuat sgt...hikss

Odaiba tu sejuk gak siang pun..cuma kurang sikit la dari mlm...

Balas
avatar

bila sakit time travel mmg tak best..tak boleh nak menikmati betul2

agaknya staff starbucks tu pun dah faham sangat..tourist mesti akan masuk situ untuk ambik gambar crossing road tu :)

Balas
avatar

Betul...dah jd tourits spot dah starbucks ni....diorang pun mcm tak kesah kita nak duk lama2

Demam yg sgt memilukan...huhuhu

Balas
avatar

Odaiba lawa gak waktu siang. Yang xboleh blah haritu cari En Gundam xjumpa. Rupanya salah haluan.

Balas
avatar

En gundam tu kat blkg2. Kami pun tnya org. Pastu org tu suh ikut dia...tp dia jln laju. Kami tak leh nak kejar. Last2 cari sendiri...

Balas