Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Thursday, July 24, 2014

SELAMAT HARI RAYA!


psl la pulak riben tu terpotong kat hujung...huhuhu

Di kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kpd semua jika selama ini ada tersilap kata, terguris hati dsb. Bak kata kiki, salam 0-0 hahahaha

Kepada yang drive sendiri, hati2 di jalan raya. Yang guna public transport pun sama, doa banyak2 semoga semua selamat pergi dan balik. Balik in 'one piece' org kampung aku kata..hikss

Kepada yang tak balik kampung (John Kaki Berangan), dan lain2, jgn sedih. Sekarang ni dunia makin canggih, pagi raya boleh buat facetime ker skype ker dgn yang tersayang. 

Kepada kwn2 yg sama negeri dgn aku, adehhh ni lah masa2 yg paling digeruni sbb jem sgt teruk di bandar kami. Nak gerak gi mana2 pun susah. End up aku selalu lepak sorang2 kat rumah sementara org lain keluar beraya. Tak kuasa nak menepuh jem yg makan jam lamanya.

Tahun lps, pada waktu dan ketika ini, aku masih sibuk menyusun tiket flight balik dari Rome ekoran dari Saudi Airlines menunda tarikh penerbangan kami. Kelam kabut nak booking hotel (option1) atau apply visa (option 2). Fuhhh...my travel partner yg tgh sebok duk masak rendang pun terpaksa stop utk sama2 fikir apakah solution yg terbaik. Juga thn lps aku tak cuti raya pun sbb nak cuti 3 minggu slps raya untuk trip ke Europe. Mcm sekejap jer masa berlalu kan...

Tahun ni aku cuti start esok...yihaaaa dan insyaAllah kembali ke KL pada Isnin seminggu lps raya. Huahauahauha   seronoknyaaaa balik walaupun rumah kat kampung dah jadi homestay. Aku dan mak terpaksa numpang rumah kakak utk 2 mlm sbb homestay fully booked dan hanya blh check-in raya ketiga. Anak buah yg uruskan homestay tak perasan kami nak balik raya...huhuhu.

Hihihihi aku dpt kad raya dari blogger syieda. Thanks babe....nanti kita plan geder2 yer utk trip mana2. 


Yg ni pulak dari JM...tima kasih lalinkkk....ai mesti ingat u utk trip nz...hihihi



Until then....wassalam...
Read More

Thursday, July 17, 2014

HEEL SPUR

Secara teori nya heel spur ni mcm ada tulang lebih dkt tumit. Ngeri tak? Aku dpt tahu aku ada tulang lebih ni pd thn 2011. Time tu tgh prepare trip ke Korea. Lps dah xtray, aku terus dirujuk ke doktor pakar tulang.



One thing kalau pegi hospital kerajaan ni, masa menunggu mmg lama. Nak register pun dah dekat sejam. Bila sampai turn jumpa doktor, tak sampai 10 minit pun. Paling menyampah bila setiap kali pegi, jumpa doktor yg berlainan dan setiap kali tu lah aku terpaksa cerita balik kesakitan aku bla blah bla. Ulang dari a sampai z. Bosan kan? Sampai satu tahap, aku pulak yg sekolahkan doktor. Yer lah, semua tu mmg ada dlm fail aku, perlu ker suruh aku ulang semula?

Belum lagi cerita psl treatment nyer. Dengan staf yg tak nak layan aku, asik duk tlg pesakit yg kena potong kaki, potong tgn utk buat senaman. Setiap kali dtg mesti buat treatment yg sama sampai aku kdg2 pegi sendiri ke station2 tu tanpa disuruh. Sebab dah tahu sgt dah, lps step ni step ni pulak. Dah diorang bz benar kan, meh aku buat mcm rumah sendiri.


rawatan lilin (ini step 1)

lps 7 kali celup dlm lilin panas tu...balut kaki dgn kain dan relaks kat kerusi sampai 30 minit

pastu exercise guna alat ni pulak...

Slps setahun aku buat rawatan, aku stop. Hospital ada call utk next appointment, dgn angkuhnya aku ckp aku dah tukar gi hospital swasta. Sebenarnya tak pun. Walaupun blh jer guna insuran, tp sampai skrg aku tak  pegi pun. Telan jer lah sakit tu..

Sakitnya mcm mana? Sakit ni datang bila berdiri lama atau berjalan terlalu lama. Org lain biasa sakit betis, tapi aku sakit tumit. Mmg tak blh memijak. Pernah sampai satu tahap aku terpaksa berjalan dgn hujung jari, mcm berjengkit tu. Sakitnya ngilu mcm kena kena hiris dgn pisau....errr aku blm pernah kena hiris tp agak2. Bila dah duduk lps lama berjln atau berdiri, blh rasa angin dlm kaki tu terlepas. Mcm mana nak cerita ek...mcm time kita kebas kaki dan kebas tu hilang, gitu lah.

Ada yg ckp sbb berat badan. Emm aku rasa ada jgk betul, tp kalo aku kurus, nanti dah takder lah org gemuk....hahahaha.

Setiap kali travel, aku akan beli heel gel yg letak dlm kasut tu. Sakit ada kurang sikitlah. Kalo tanpa heel gel tu, slps 1/2 jam jalan, sakit tu akan dtg, tp dgn gel tu, lps dah  2-3 jam baru rasa sakit. So dia mcm melambatkan kesan sakit tu.

aku pernah cuba yg ini...tp kurang best

yg ni best sikit
Skrg aku wat apa? Wat bodo jer...hahahah. Aku cuma pegi foot massage shj. Gilir2 antara siam dgn cina. Cara diorang massage ada sedikit perbezaan. Kalau siam dia mcm ala2 spa sikit, dulu selalu pegi yg kat mines tu tp skrg aku cerai talak tiga dgn kedai tu sbb gaduh dgn staf yg kat kaunter.

Skrg pegi yg kat kedai cina dkt rumah aku jer. Harga murah sikit. Tp cina nyer style sakit sikit. Bila dia start urut kat tapak kaki..aku akan haiyahhhh hotong arrr (sakit la tu). Dan mereka akan berbisik2 sesama sendiri sbb biasanya yg sakit tumit ni ada mslh dgn peranakan. Mungkin susah dpt anak kot, ntah lah. Pernah sekali cina tu tanya aku brp org anak? Aku dgn muka tak bersalah ckp 3. Terkejut dia...aku saja jer. Dlm hati dia mesti tercabar, sbb ilmu massage dia kata mungkin aku tak dpt anak tp aku ckp ada anak 3. Hahahaha

Sakit tumit ni membataskan sikit fesyen aku cth, aku tak blh pakai high heels dan juga aku tak blh pakai sandal yg sgt nipis tapaknya. Yg sesuai dgn aku sandal brand hawkeye. Sbb wpun dah lama pakai, bhg tumit tak lekuk. Kalo yg lain, blh nampak bhg tumit dah masuk ke dalam seolah2 semua berat badan aku tertumpu kat tumit dan membuatkan sandal jadi lekuk...

Rumusannya...setiap kali travel heel gel adalah umpama nyawa aku. Tp masa jelajah europe aku tak guna benda ni sbb aku jalan2 guna sandal, mana pulak nak letak benda ni kan??? Tapi alhamdulillah...seingat aku adalah sekali dua aku pancit sbb mmg dah sakit sangat2...

Rasa2 patut tak aku gi hospital swasta??? Sakit tumit satu hal...bengkak kaki satu hal lagi...adehhhhh. Kepala ni asik duk pikir nak jalan jer...ikutkan sakit rasa dah malas...
Read More

Wednesday, July 2, 2014

SOLAT MUSAFIR

Aku sebenarnya cari maklumat mcm mana nak bayar fidyah puasa yg tak sempat qada'....terjumpa dalam web zakat selangor. Bagus betul...siap ada kalkulator lagi. 

Sambil tu terbaca lah pasal solat musafir....rasanya sempena bulan puasa ni nak jugak wat amal sikit kan...hahahaha amal secara maya gituu...

Secara jujurnya...aku tak pernah solat menghormati waktu...wpun pernah tersepit kat seat window dan tak blh lansung nak keluar sbb jiran dua org tido, air pun takder nak wuduk, pramugari pun tak lalu utk mintak air.....maka aku skip solat suboh. Sampai airport pun tak buat jugak...tp solat qada' bila dah masuk hotel...Ya Allah ampunkan kami...sesungguhnya Ilmu Mu sgt banyak yg kami tidak ketahui....

Ini mmg aku copy paste dari zakat selangor...

PENGENALAN

Dalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam.

Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :


AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
 
Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah
   
Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat
   
Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman
   
Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.
   
Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan
   
Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.



SOLAT DALAM KENDERAAN

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.



PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

 
Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
   
Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
   
Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
   
Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa


Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
   
Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
   
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
   
Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.


APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?


Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
 
Read More

Saturday, May 10, 2014

POSTING KHAS UTK MY TRAVEL PARTNER...

Ok...supo kawe explain tung tang tung tang dlm fb, ni secara kasar trip kita....

Nanti demo kena check sokmo, sbb segala penemuan/perubahan kawe letak sini...senang nak refer supo demo oyat...

Proposed itinerary...

DAY 1
8.30    sampai epot
9.30    train ke nagoya stn
            simpan beg
            tukar jr pass
11.00  train ke kanazawa
                 ☆ kanazawa castle
                 ☆ kenrokuen garden
                 ☆ higashi chaya district
4.30    train ke takayama train ke toyama
6.40    sampai takayama toyama
            check-in j-hoppers  check-in Toyoko Inn Jr Toyama Ekimae
                  ☆ melawat lorong rumah2 lama

DAY 2
7.00    check-out
8.30    trip to shirakawago Alpine Kurobe
1.30    back to takayama Toyama
2.00    train to nagoya (2 jam lebih) Takayama
4.00    sampai nagoya Takayama
                     ☆ kalo sempat pegi korankei valley (2 jam)
            check-in chisun inn nagoya  (4 nights)

DAY 3
7.00    train to kyoto trip to Shirakawago
                    ☆ fushimi inari (kyoto stn. inari)
                    ☆ kiyomizu-dera (local subway - naik bas - jlan kaki)
                    ☆ kinkakuji temple (jln kaki - bas)
                    ☆ arishayama (taxi)
2.00    back to kyoto and back to nagoya
7.00    check-in Daichi Fuji Hotel


DAY 4
7.00    train to hiroshima
                     ☆ miyajima
                     ☆ kintai bridge (iwakuni)
9.00    back to nagoya

DAY 5
KHAS UTK DEMO SUSUN ITI...HAHAHAHA
KYOTO OR OSAKA 
* kyoto bus tour

DAY 6
6.30    check-out
7.00    train to shinagawa (6.37/7.18/7.33) - (8.33/9.03/9.33)
            simpan beg
10.00  train to kawaguchiko (10.30/11.30)
                      ☆ lake kawaguchiko
2.00    train to shinjuku
                      ☆ roppongi (mori tower,HRC) (toei oedo)
                      ☆ akihabara (tgk lampu) (metro hibiya)
9.30    train to shinagawa (yamanote) / ueno (metro hibiya)
            check-in Toyoko Inn Tokyo Shinagawa-eki Takanawa-guchi / Tokyo Ueno Touganeya Hotel  (1 night) yg ni belum decide yg mana satu

DAY 7
7.00    check-out
7.30    operasi ukur jln di tokyo
                        ☆ odaiba (tgk gundam,rainbow bridge)
                        ☆ asakusa (sopinkkk - ramai ckp sini sobenir murah)
                        ☆ harajuku (ja...demo nak gi daiso key? Sini kot)
                        ☆ shibuya (tgk org lintas jln)
                        ☆ kalo kita tido di ueno, maka blh gi HRC kat ueno jugak
                        ☆
                        ☆

8.00    train to shinagawa
           ambik beg terus ke epot

JR Pass

Pocket wifi

Ni map jepun...demo kata nak print key?




Day 1 dan Day 2 (Nagoya/Kanazawa/Takayama/Shirakawago/Nagoya)

Kawe bajet dlm sejam nak settle ambik beg ngan passport.
Pastu sejam  pulok nak sapa Nagoya Stn.
Setengah jam nak cari locker letak beg ngan tukar jr pass. *prepare beg kecik utk bwk baju sehari smlm*
Jadi kita start explore nihon ni agak2 dlm kul 11 pg.



Kita ada 2 jam utk berpoya2 di kanazawa....
Kawe plan kita gi 3 tpt...
1) kanazawa castle
2) kenrokuen garden
3) chaya district
Kita gi ikut route R balik ikut L. Tambang sehala ¥200, one day pass ¥500. Kalu sero tak cekak nak jln dari L9 ke L11, maka kita kena naik bas. Jd 3x naik bas, baik ambik one day slalu.


Kito tido di J-Hoppers (¥3,500)

Esok half day trip ke Shirakawago ikut trip J-Hoppers (¥3,500)

Balik ke Nagoya. Check in chisun inn nagoya. Mungkin mlm tu kita gi jln2 dlm mall atas station dio.

************************Day 3/5 (kyoto)***************
one day pass utk bus ¥500

ringkas nya kita akan gi sini...

1)fushimi inari shrine (tgk tori gate kaler merah) jr pass wokey


2) kiyomizu temple (tgk kuil budha kita...takpo ni lain dgn patung budha kat ketik siam).ni kena naik subway (jr pass not okay), bus ngan jln jauhhhh


3) kinkakuji temple (kuil budha lagi....sabar ek. Balik hotel kita mandi bunga tolak bala byk). Hok ni kena naik bas. Cer tgk jln sajo 1.6 km, tak kurus kawe tak tahu la.


4) Arashiyama (tgk pokok buluh). Hok ni better ambik taxi sbb kawe sero kita tak cukup masa ngan napas time ni. Kalu sero supo lmbat, kita skip jah. Plan B kita gi tgk geisha kat gion. Minum teh ngan geisha kito...hahahaa

Balik kyoto then ke nagoya


Map utk bas2 di kyoto ni besar... ni link transport dlm Kyoto

**********Day 6 (kawaguchiko/roppongi/akihabara/shinagawa)***********

Dari otsuki ke kawaguchiko kena byr lain, xleh guna jr pass. Kawe bajet dlm ¥3,000 utk train ngan bas.

Kita mungkin duk lepak2 jah dpn tasik ngadap ko mt.fuji. Jadi dlm 2 jam cukup kot



Ni laluan bas di kawaguchiko.....pilih stop mana nak turun...
Sero last stop dgn stop naik ropeway tu ok kot..cukup la dua stop....masa tak cukup.

Blh refer sini Jadual


Balik pun route tulo jgk. Ni sambungan dari shinjuku.
1) roppongi (nak naik mori tower ngan gi hrc)
2) akihabara (tgk lampu....wakaakkaak)
3) check in hotel di shinagawa

Demo kaji molek map bawah ni....cari sapa jupo Roppongi ngan Akihabara...hahaha


****************Day 7 (tokyo)********************


1) shinagawa - odaiba (tukar train di shimbashi) extra caj sbb private line
2) odaiba - asakusa (tukar train di shimbashi) better naik ginza terus sbb tak pyh tukar line. Jd sini pun tak guna JR pass
3) Asakusa - Harajuku ( ginza mulo2 pastu yamanote line ke harajuku). Hok ni kena study lg sbb kawe tak pasti kot2 ada cara lbh mudah
4) Harajuku - Shibuya ( ni pun tak confirm lg)
5) Shibuya - Shinagawa (ambik beg terus ke haneda).

Ni kalu nak naik bas...¥200 per ride, mungkin kita blh ambik dari ueno ke asakusa bus

Abis doh ari2 hok jadual padat.

**************************
Hok gi hiroshima kita gi 2 tpt jah....miyajima ngan iwakuni. Kalu demo sero nak gi tpt kena bom tu, nnti kita diskas smula. Ada 6 bln lg. Blh tehe nk ubah.

Kintai bridge

************
Osaka tak siap lg iti. Kawe buh sini map ngan info psl osaka. Demo decide nk gi mana. Xsey gi pun takpo...hiks...blh kita spend lama sikit kat tokyo.


Psl korankei valley tu, kalu ada masa kito blh gi ari kedua, lps balik dari takayama. Nnti kena check last bus ngan last train. Takut xdey nk check in di nagoya.

Tpt cotton tu pun try demo tgk.

Pssst....demo try baca blog blogkudahcacamerba...besttt         
Read More

Tuesday, May 6, 2014

Lesson learnt

Call me anything you want...

Story nyer mcm ni, pagi2 buta bibik mak aku ckp, ayam dah abis (nota: ikan jer tinggal tp aku tak mkn ikan). So ptg lps keje baru aku blh pegi beli. Elok jer nak balik, tu dia...kilat sabung menyabung. Petir guruh hujan semua ada. Seram la pulak nak drive kan, buatnya ada mana2 pokok tumbang....ishhh 

Aku tunggu sampai kul 6.30. Tak leh jadi ni, kena balik gak. Memecut la aku dlm kegelapan, wpun pukul 6.30 tp dah mcm kul 8 mlm. Singgah jap kat Aeon, beli ayam....pusing2 tgk minyak masak...oooo mahal. Baik beli kat speedmart jer. Lalu pulak kat milo, uishhh murah gak ni. Tapi milo byk lg kat rumah, aku tolak lg troli. Akhirnya bila smpai kat cashier, aku cuma beli 4 brg jer. Huhuhu siap bertroli bagai. 

Lenggang2 jln menuju ke mesin byr parking, aku disapa oleh salesgirl London Weight Management. Huk alosss terperangkap aku. Lps conceng conceng dia duk promote, aku pun terbeli lah satu voucher dgn harga RM20. Konon2 dpt 2x treatment, 1 set slimming kit dan satu hadiah misteri. Aku pikir kalo tak pegi pun takper, RM20 jer kan....tp tahukah anda, jika aku beli milo atau minyak masak tadi, tentu aku tak menyesal. 

Sambil layan perasaan, aku sampai kat traffic light dpn giant nak masuk rumah aku. Alaaaa asal ujan jer traffic light ni wat hal. Semua org tak nak mengalah. Duk himpit2 nak gerak. Takper2 aku mengalah....jalan terus. 

Ingat nak u-turn kat lg satu traffic light, sekali jem gila. Terperangkap dlm jem hampir 1 jam. Panik tak pyh citer sbb lampu minyak kereta dah lip lap lip lap. Buat nyer mati kat tgh2 jem ni mcm mana? Cpt2 check hp, ok ada bateri. Kot2 la kan...nanti blh gak call anak sedara aku yg berdekatan utk dtg rescue. 

Time tu teringat pulak kat voucher td, aduhhh dgn RM20 tu aku blh isi minyak naik dua bar...mahal minyak skrg ni.... hurmmm gst apa citer? Lusa baru nak pegi dgr forum psl gst. Nanti kita share2 ilmu ek. 

Aku salah kan bibik sbb ckp lauk takder, kalo tak tentu aku tak singgah Aeon, dan kalau tak singgah Aeon aku tak jumpa la salesgirl tu. Hahahaha marahkan bibik pulak. Yee arrr penat2 aku menempuh jem, siap terbeli voucher lg, alih2 aku mkn nasi lauk telur kicap. Sedihhhh....saja la tu nak tunjuk perasaan sbb aku lambat bawak balik lauk....tak sempat masak la konon.. 

Penutupnya, patut ker aku pegi trial treatment tu? Ker niat sedekah jer lah kan? Mcm2 aku dgr psl LWM ni...emmm dlm duk berhati2 tu terkena gak...


Rupa voucher dan hadiah misteri...misteri la sgt



Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com