Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Monday, November 24, 2014

JEJAK NIHON : TAKAYAMA

Hari kedua - 9/11/2014 - Ahad

Dari Toyama kami naik train Hida ke Takayama dan check-in J-Hoppers. J-Hoppers lbh kpd konsep hostel. Ada bilik air dan tandas yg share kat luar bilik, kitchen yg ada tpt masak, periuk belanga semua ada. Cuma satu jer takder, water dispenser, atau aku yg tak jumpa cari. Yg aku perasan kat sini ada jual air kosong iaitu ¥100 sebotol.

Kami pilih bilik tatami, en-suite dgn harga ¥7,000 semalam. Kos seorang ¥3,500.

Takayama cuma tpt persinggahan utk kami ke Shirakawago shj. Namun begitu ada beberapa tpt yg kami nak pegi kat sini. 

Lps check-in kami ingat nak tgk bridge yg konon2 ada pesta lampu tu. masa duk tanya direction kat kaunter, aku perasan ada sorang lelaki yg pernah aku lihat. Rupanya Dr.Shahrul, blogger terkenal. Hihihih

Dr. Shahrul berbesar hati bawa kami ke bridge, adeyyyyy gelap gelita. Mana lampu2 nya? well indah kabar dari rupa sbnrnya. Dr. Shahrul kemudian bawa kami ke deretan rumah lama kat bandar Takayama. Kalau harapkan kami mmg tak jumpa tpt ni. Bandar kat sini mcm mati bila mlm. Org jepun ni tido awal kot...

Kami tanpa segan silu....lalu jer tepi2 rumah org.

Sunyi sepi area ni...





rupa bridge  yg digah2 kan tu...

Time ni aku interview la sikit2 Dr Shahrul. Saja nak mengesahkan orgnya. Kot2 la pelanduk dua serupa.

Singgah kat satu mart, beli nasi segera (nota: aku mintak gohan kat makcik kaunter, nasib dia paham gohan tu nasi sbb bila aku sebut 'rice', hampeh tak phm. Akhirnya ilmu bahasa jepun yg dipelajari dari cerita dragon ball blh dimanafaatkan. Utk sapa yg tak tahu Gohan adalah anak Goku....hiks. Gohan sbnrnya bermaksud makanan dimana bila di jepun, makanan ruji diorang adalah nasi jadi gohan juga membawa maksud nasi)

Beli sotong goreng dan aiskrim, terus balik hostel. Tunggu giliran utk masak, terjumpa pulak dgn satu keluarga dari Sabah. Adeyyy ramai pulak org Malaysia kat sini. Masuk kitchen, jumpa lg dgn org Malaysia, kali ini dari Sarawak pulak. Sementara tunggu microwave kosong....

Iklan...



Kami panaskan nasi dan bawa makanan ke dlm bilik. Say bye2 to Dr Shahrul, dia kata akan pegi Shirakawago jgk esok tp bkn ikut tour mcm kami. 

Sejuk gila dlm bilik. Suhu mlm tu hampir 7°c. Kwn aku duk setting2 heater. Aku mandi dulu dan kemas tpt tido. Byk nyer alas (linen) yg dia kasi. Tak kuasa aku eh nak pasang2 tu semua. Tido pun satu mlm jer. Aku letak gitu jer janji lapik kan.

Feeling mcm dlm citer oshin jap...tarik2 pintu..hihi

Bau tikar tatami tu wangi. Dengan selimut maha tebal, aku lena sungguh2. Sedar dah jam 6pg. Matahari dah kuar dah baru aku nak solat subuh.

Let's go to Shirakawago......yihaaaa

Sblm tu iklan bilik kami di takayama...abaikan yg bersepah tu...










Read More

Saturday, November 22, 2014

NIHON : TATEYAMA ALPINE ROUTE

Hari kedua - 9/11/2014 - Ahad

Bangun awal pagi dgn semangat baru. Peristiwa smlm biarkan berlalu. Hari ini kami mengharapkan satu keajaiban buat kami. InsyaAllah.

ini sepupu kurobe gorge...wahahahahaha


Turun breakfast kat lobby dulu, minum coffee dan mkn roti bg tenaga super saiyan goku sikit, kemudian menapak ke dentetsu toyama. Station ni dpn hotel shj. Dekat sgt2, dlm 3-5 minit jln kaki. Tapi kami agak loklak, tak perasan jln kecik menuju dentetsu toyama, kami berpusing ke stn toyama, kemudian ikut petunjuk ke dentetsu toyama. Taraaaa...rupanya kami mcm berjalan 360°. Well...permulaan yg sudah nampak kelam. 

Dentetsu Toyama adalah station yg nak ke Tateyama. Dah sampai tateyama nanti, perlu naik kereta kabel yg mcm kat The Peak, Hongkong utk sampai ke Bijodaira. Kemudian naik bas pulak ke Murodo. Itulah serba ringkas perjalanan kami utk hari ini.

Peringatan mesra ! Trip ni tak ditanggung oleh JR Pass.

Utk lebih jelas Tateyama Alpine Route ni blh refer web ini.

aku start dari dentetsu toyama stn sampai murodo dan patah balik

Ambik masa jugak aku rasa nak paham route dan jadual dia tapi kalau nak terus ke Omachi tak perlu susah2, tp kami mahu buat u-turn iaitu patah balik ke Toyama dari Murodo.

Tiket up to Omachi blh beli kat Toyama, tp kena tahu bila diaorang mula beroperasi. Sbb aku cuba nak beli kat Toyama tp tak dpt. End up kami gamble shj naik train ke Tetayama dan beli tiket kat situ. Terus beli return jika anda memilih route mcm kami.

aku ambik train yg kul 7.11pg dan dijangka samapi ke murodo jam 9.50pg

train nak ke tateyama...mcm buruk kan??

dlm train...bersih. tpt sandar seat tu blh tarik ke depan ke belakang

antara view yg blh dilihat sepanjang jalan
Dah sampai tateyama stn. perlu beli tiket ke murodo. Tiket ni blh guna utk naik kereta kabel sampai bijoidara dan bas sampai murodo. So maksudnya, dah sampai bijoidara tak perlu lagi nak beli tiket.


Sempat layan view dpn tateyama stn sblm naik kereta kabel....dah nampak sikit2 autumn



Ayuh...kita naik kereta kabel.


rupa tiket dari Tateyama ke Murodo
rupa kereta kabel
Sampai Bijodaira, angin sejuk dah terasa. Hujan u ollsss. Mcm mana ni, takut jugak tetiba bas tak boleh naik atas. Bila dia umumkan bas naik ke Murodo jam 9pg.. fuhhh lega (errr tetiba aku phm dia ckp apa...padahal xder pun dlm english..hihihi)

sistem beratur yer adik2...sgt tertib rakyat jepun ni...

perjalanan dari bijodaira ke murodo guna bas
dari dlm bas dah nampak snow...aku dah start panik time ni

Sampai Murodo, lain dari jangkaan aku sbb aku tak expect akan snow memandangkan suhu kat Toyama 15°c.

Tapi dah rezeki nak tgk snow. Kelengkapan semua takder. Sib baik aku pakai jaket tebal. Pakai mask dan kejap2 lari keluar utk ambik gambar. Angin kuat sampai tudung aku tercabut, mask terbang dan tgn aku sejuk gila2.

Dlm beg ada extra stokin. Lantak la apa org nak ckp. Aku sarung jer stokin tu kat tgn at least blh cover sejuk. Tudung yg tercabut aku jdkan mafla, rambut masuk dlm hood baju sejuk, masih lg menutup aurat...wakakakaka. Aku siap ambik gambar fesyen aku ni...tp utk tatapan aku shj. Idok ler nak letak sini...tak senonoh tgk..

Harapan aku nak pusing2 lake tak kesampaian sbb snow tebal dan jln licin. Aku cuma pakai sandal dan tak berani nak menempuh snow.

Kalau smlm kami tak dpt lihat apa2, kali ni pulak dpt lihat snow. Rasa bersyukur walaupun apa yg aku harapkan adalah lain dari apa yg aku dpt.

Ni aku curik dari japan guide.com. Aku jangkakan ini yg aku dpt...tp

taraaa............keluar jer dari bangunan tu...snow u ollssss. okay...mcm jakun sat sbb ni kali pertama aku tgk snow selain dari snow tipu yg kat genting...huhu

aku cuma bersandal shj...




kami berjaya keluar...hanya dgn sandal aku berjaya mengharungi salji...sapa suruh weyyyyy

terpaksa berpatah balik ke bangunan...sejukkkk

gigih kwn aku ambik gambar wpun kesejukan

gambar ambik dari dlm bangunan...time ni dah sejuk beku...dah tak larat nak keluar masuk

Bg bln Nov, kena alert last bus balik ke Bijodaira. Time aku pergi last bus adalah kul 4.10 ptg. So be prepared. Karang ada yg mati kesejukan kat Murudo.

Kami ambik bas jam 12.40 utk ke Bijodaira. Nak kejar train ke Toyama lg. Pastu nak ke Takayama lg...adehhhh plan like crazy...oh yeahhhh

jom lah pulang....nak main salji pun sejuk sgt

bandar tateyama dari cabel car

Balik semula ke Toyama, ambik beg yg diletakkan di Toyoko Inn. Masa ada lg sblm train ke Takayama, aku masak maggi dan minum milo serta solat dulu kat Toyoko Inn dan usha mat2 jepun yg dtg check-in, hensem jugak org jepun ni...hihihi serious sgt hensem. Ada yg aku kidnap bwk balik malaysia ni.

kenangan dari tateyama







Belanja hari kedua:
1) train ke tateyama (return) = 2,400
2) transport ke murodo (return) = 4,310
(utk yg nak sampai ke omachi atau matsumoto, blh check harga tiket kat web yg aku letak link kat atas)

Kesimpulannya utk hari ini, wpun aku terkejut sbb ada snow, tp aku bersyukur. Tak byk sgt plan kelaut hari ni. Smooth shj....

Jumpa satu family dari malaysia, tp dah menetap di jepun. Setiap minggu keluar jln2, dan kali ni mereka memilih utk ke tateyama alpine route. Diorang terkejut jumpa kami sbb ikut diorang jarang2 org malaysia dtg sini, tpt ni dikira tidak glamer bg kalangan pelancong malaysia. Well...pada aku travel agency mana yg sanggup bawak org ke sini, kos mahal. Round tokyo dan pergi osaka/kyoto pun dah makan lima ribu ringgit seorang. Kalau ke sini tak tahulah brp travel agency akan caj.

family melayu yg kami jumpa
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com