JEJAK NIHON : KYOTO

Hari ke lima - 12/11/2014 - Rabu

Aku ada satu hari shj di Kyoto dan harus diingat, jam 5.30 sudah Maghrib. Tambah lg aku masih demam. Kwn aku yg bacakan map dan cari no.bas. Aku dah tak larat sgt2. Lps telan panadol dua bijik blh la jln sikit2.

Dari Nagoya kami reserved seat Hikari jam 6.35pg dan sampai Kyoto jam 7.19pg. Terus ke JR lines ambik train ke Inari.

Awal pagi tak ramai sgt org...senang sikit nak ambik gambar. Tapi sbb demam, mood nak bergambar pun hilang. 

Nak senang utk dtg sini, ambik JR nara line stop kat inari. Bagi yang ada pass JR, terus boleh naik, jika tidak blh pilih sama ada nak guna train JR atau local train. Stopnya nanti tak sama. 














Slps dah oren mata hitam ku...kami bergerak ke kyoto stn semula. Kena pantas sbb ada tiga tpt lagi nak pegi. Kami nak gi tpt pokok buluh. 

Nak ke sini, dari kyoto stn ambik JR sagano line. Tak susah mana sbnr nya. Dlm train kena lah berdiri sbb ramai gila nak ke sini. Bila dah ramai2 turun, kami pun turun. Jln lah ikut org ramai.





Kami jln ke bridge dulu dan ambik gambar sekeping dua sblm melangkah ke bamboo groves. Aku tak nampak apa yg menarik kat sini melainkan pokok2 buluh yg byk. No feel at all. Masa kami pusing balik, terjumpa satu couple sedang shoot gambar kawen. Kami pun tumpang jd jurukamera perkahwinan. Orgnya sgt sporting, tak marah pun kami menyebok kat situ.







Dari bus stop dpn lorong masuk ke bamboo groves tu kami ambik bas 1 dan tukar kat last stop ke bas 59 utk ke Kinkakuji Temple. One day pass ¥500 blh beli dlm bas. Jika xder pass perlu byr ¥230 sekali naik.




Terpegun jugak tgk temple kat tgh2 tasik. Lawa...cuaca pun sgt cantik. Boleh nampak biasan dlm tasik. Kalau org yg terer ambik gambar sure lg lawa.

tiket masuk












Dari Kinkakuji, kami jln sikit utk tunggu bas ke Kiyomizudera. Naik bas ke shijo omiya dan naik no.206 ke kiyomizu michi. 

Org sgt ramai, peak hours. Siap dgn student2 semua. Pening kejap. Diorang ni kena kumpul merit ker dtg tpt2 gini? Pelik betul...atau ada dlm syllabus diorang kot kena melawat sini..

Kat sini pun takder feel sgt melainkan kami cuba aiskrim green tea. Boleh la tahan. Deretan kedai menuju ke temple tu rasa lg seronok, ada lah jugak sangkut2 kami kat dlm kedai2 tu. Harga time ni aku rasa cukup mahal dgn satu fridge magnet ¥380 seketul. Aku beli satu pring hiasan utk mak aku, sbb kan hampir kesemua piring hiasan ada gambar geisha atau pompuan pakai kimono tak pun pagoda atau temple, bila terjumpa jer yg ada gambar pompuan pusing belakang, aku terus beli. Harga satu ¥1400. 
















Dari kiyomizudera kami tunggu bas lg utk balik ke kyoto stn. Naik jer mana2 bas yg tulis kyoto stn. Bas penuh gila2 sampai ada satu budak ni pitam dlm bas. Tetiba terjelepuk jatuh. Nasib cuaca sejuk kalau panas mau ada lg empat lima org yg pitam. Sesak sgt dlm bas. Tak cukup udara.


Fuh...dlm masa lapan jam aku berjaya cover empat tpt yg aku mmg aimed dari awal. Terkejar2 dan rasa mcm asal dtg dan tgk jer la kan konsepnya. Nak rilek2 santai2 kat situ tak dpt lah unless spend 2-3 hari kat kyoto.

Kemudian kami teruskan ke osaka. Gila tak?? Alasan kami nak mkn mlm kat osaka....waaa gempak gitu. Dlm demam2 pun masih mampu naik turun train...hahahaha




Belanja hari ini:
1) Kyoto day pass = ¥500
2) Tiket masuk kinkakuji = ¥400
3) Tiket masuk kiyomizudera = ¥300

Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

masa aku pergi ada je yang ambik pic kawin kat pokok buluh tu,Temple yg tengah tasik tu aku tak masuk sedikit kerugian di situ tapi takpe next

Balas
avatar

ok next....hahahaha. aku pun rasa nak repeat...cuma poket blm penuh lg niiii....

Balas
avatar

waduh..JM yg baca ni pun rasa penat..sekejap di Fushini inari pastu dah sampai ke Bamboo Forest then berapa mint kemudian dan sampai d kinkakuji temple tu.a..ahh...mmg rush tul..best kalau partner travel jenis x kisah belama kat satu2 tempat kalau jenis yg nk sigthseeing lelama tu mmg x sukup satu hari..Liza, dalam dema2 tu pun ligat eh..heeeee..dh tu g Osaka semata nk mkn malas je..DAEBAK! lah korang

antara 4 tempat di Kyoto ni JM Sempat ke Inari dan Bamboo Forest je lagi 2 tu x sempat..nampak nya nk repeat. Nampak X verangan x habis2...

ishh..panjang tul JM komen..

Balas
avatar

Hahahah....konsep touch n go. Tp ada gak iklan antara tu. Sempat beli tshirt, mkn aiskrim la mkn fish cake la. Lagipun sejuk JM...duk lama2 pun beku...hahahah

Balas