Saturday, November 22, 2014

NIHON : TATEYAMA ALPINE ROUTE

Hari kedua - 9/11/2014 - Ahad

Bangun awal pagi dgn semangat baru. Peristiwa smlm biarkan berlalu. Hari ini kami mengharapkan satu keajaiban buat kami. InsyaAllah.

ini sepupu kurobe gorge...wahahahahaha


Turun breakfast kat lobby dulu, minum coffee dan mkn roti bg tenaga super saiyan goku sikit, kemudian menapak ke dentetsu toyama. Station ni dpn hotel shj. Dekat sgt2, dlm 3-5 minit jln kaki. Tapi kami agak loklak, tak perasan jln kecik menuju dentetsu toyama, kami berpusing ke stn toyama, kemudian ikut petunjuk ke dentetsu toyama. Taraaaa...rupanya kami mcm berjalan 360°. Well...permulaan yg sudah nampak kelam. 

Dentetsu Toyama adalah station yg nak ke Tateyama. Dah sampai tateyama nanti, perlu naik kereta kabel yg mcm kat The Peak, Hongkong utk sampai ke Bijodaira. Kemudian naik bas pulak ke Murodo. Itulah serba ringkas perjalanan kami utk hari ini.

Peringatan mesra ! Trip ni tak ditanggung oleh JR Pass.

Utk lebih jelas Tateyama Alpine Route ni blh refer web ini.

aku start dari dentetsu toyama stn sampai murodo dan patah balik

Ambik masa jugak aku rasa nak paham route dan jadual dia tapi kalau nak terus ke Omachi tak perlu susah2, tp kami mahu buat u-turn iaitu patah balik ke Toyama dari Murodo.

Tiket up to Omachi blh beli kat Toyama, tp kena tahu bila diaorang mula beroperasi. Sbb aku cuba nak beli kat Toyama tp tak dpt. End up kami gamble shj naik train ke Tetayama dan beli tiket kat situ. Terus beli return jika anda memilih route mcm kami.

aku ambik train yg kul 7.11pg dan dijangka samapi ke murodo jam 9.50pg

train nak ke tateyama...mcm buruk kan??

dlm train...bersih. tpt sandar seat tu blh tarik ke depan ke belakang

antara view yg blh dilihat sepanjang jalan
Dah sampai tateyama stn. perlu beli tiket ke murodo. Tiket ni blh guna utk naik kereta kabel sampai bijoidara dan bas sampai murodo. So maksudnya, dah sampai bijoidara tak perlu lagi nak beli tiket.


Sempat layan view dpn tateyama stn sblm naik kereta kabel....dah nampak sikit2 autumn



Ayuh...kita naik kereta kabel.


rupa tiket dari Tateyama ke Murodo
rupa kereta kabel
Sampai Bijodaira, angin sejuk dah terasa. Hujan u ollsss. Mcm mana ni, takut jugak tetiba bas tak boleh naik atas. Bila dia umumkan bas naik ke Murodo jam 9pg.. fuhhh lega (errr tetiba aku phm dia ckp apa...padahal xder pun dlm english..hihihi)

sistem beratur yer adik2...sgt tertib rakyat jepun ni...

perjalanan dari bijodaira ke murodo guna bas
dari dlm bas dah nampak snow...aku dah start panik time ni

Sampai Murodo, lain dari jangkaan aku sbb aku tak expect akan snow memandangkan suhu kat Toyama 15°c.

Tapi dah rezeki nak tgk snow. Kelengkapan semua takder. Sib baik aku pakai jaket tebal. Pakai mask dan kejap2 lari keluar utk ambik gambar. Angin kuat sampai tudung aku tercabut, mask terbang dan tgn aku sejuk gila2.

Dlm beg ada extra stokin. Lantak la apa org nak ckp. Aku sarung jer stokin tu kat tgn at least blh cover sejuk. Tudung yg tercabut aku jdkan mafla, rambut masuk dlm hood baju sejuk, masih lg menutup aurat...wakakakaka. Aku siap ambik gambar fesyen aku ni...tp utk tatapan aku shj. Idok ler nak letak sini...tak senonoh tgk..

Harapan aku nak pusing2 lake tak kesampaian sbb snow tebal dan jln licin. Aku cuma pakai sandal dan tak berani nak menempuh snow.

Kalau smlm kami tak dpt lihat apa2, kali ni pulak dpt lihat snow. Rasa bersyukur walaupun apa yg aku harapkan adalah lain dari apa yg aku dpt.

Ni aku curik dari japan guide.com. Aku jangkakan ini yg aku dpt...tp

taraaa............keluar jer dari bangunan tu...snow u ollssss. okay...mcm jakun sat sbb ni kali pertama aku tgk snow selain dari snow tipu yg kat genting...huhu

aku cuma bersandal shj...




kami berjaya keluar...hanya dgn sandal aku berjaya mengharungi salji...sapa suruh weyyyyy

terpaksa berpatah balik ke bangunan...sejukkkk

gigih kwn aku ambik gambar wpun kesejukan

gambar ambik dari dlm bangunan...time ni dah sejuk beku...dah tak larat nak keluar masuk

Bg bln Nov, kena alert last bus balik ke Bijodaira. Time aku pergi last bus adalah kul 4.10 ptg. So be prepared. Karang ada yg mati kesejukan kat Murudo.

Kami ambik bas jam 12.40 utk ke Bijodaira. Nak kejar train ke Toyama lg. Pastu nak ke Takayama lg...adehhhh plan like crazy...oh yeahhhh

jom lah pulang....nak main salji pun sejuk sgt

bandar tateyama dari cabel car

Balik semula ke Toyama, ambik beg yg diletakkan di Toyoko Inn. Masa ada lg sblm train ke Takayama, aku masak maggi dan minum milo serta solat dulu kat Toyoko Inn dan usha mat2 jepun yg dtg check-in, hensem jugak org jepun ni...hihihi serious sgt hensem. Ada yg aku kidnap bwk balik malaysia ni.

kenangan dari tateyama







Belanja hari kedua:
1) train ke tateyama (return) = 2,400
2) transport ke murodo (return) = 4,310
(utk yg nak sampai ke omachi atau matsumoto, blh check harga tiket kat web yg aku letak link kat atas)

Kesimpulannya utk hari ini, wpun aku terkejut sbb ada snow, tp aku bersyukur. Tak byk sgt plan kelaut hari ni. Smooth shj....

Jumpa satu family dari malaysia, tp dah menetap di jepun. Setiap minggu keluar jln2, dan kali ni mereka memilih utk ke tateyama alpine route. Diorang terkejut jumpa kami sbb ikut diorang jarang2 org malaysia dtg sini, tpt ni dikira tidak glamer bg kalangan pelancong malaysia. Well...pada aku travel agency mana yg sanggup bawak org ke sini, kos mahal. Round tokyo dan pergi osaka/kyoto pun dah makan lima ribu ringgit seorang. Kalau ke sini tak tahulah brp travel agency akan caj.

family melayu yg kami jumpa

20 Comments:

Supermeng Malaya said...

terima kasih.

dpt gak tengok org pegi tateyama ni..

cantek

cc said...

kagum aku ko bersandal

Mie said...

Selamba je bebudak tu... mcm tak sejuk pulak...

Azra said...

huntung sangat korang bleh rase snow in autumn

syieda said...

Yg ni ai terpaksa skip sbb snow wall/ corridor x bukak time ai pergi nanti....Nampak tak.....nak repeat walaupun blom jejak jepun pon lagik. Miahahaha

Jari Manis said...

ishh...biar betik...pakai sandal je...sejuk tusuk ke tulang tu

Jari Manis said...

ehh..ingatkan autumn kat area tu rupanya salji..oleh lah dalat 2 musim sekali dalam one trip :-)

liza said...

Betul...ingat autumn. Rupanya autumn sampai okt jer...huhu sekali lg trsilap tgk musim...

liza said...

Sejuk menggigil2....kaki xtau brp kali masuk dlm snow...sejukkkkk

liza said...

Yess snow wall rasa bln mac april kot....kalau pegi rasa lg best dari belah tokyo...

Jom repeat....ajak jm sekali

liza said...

Kdg2 benda yg tak dirancang lg best kan...hihi

liza said...

Bebudak mana? Yg gmbar last tu ke? Itu kat dpn st tateyama. Blm smpai murodo lg

liza said...

Hahhaha....bkn ko jer kagum...aku lg kagum dgn ketabahan kaki aku ni...berkat duk massage setiap mnggu kot....hahhaah

liza said...

Ramai jer org gi tateyama....tp ramai group dari china dan jepun sendiri

syieda said...

Jom....
Kejap nz kejap nihon. .. .cecita mana dulu ni..

liza said...

Hahahahaha....dua2 blh?

Unknown said...

Kiranya musim kat japan n korea x sama la yer? Rezeki sgt la kan dpt tgk snow.

liza said...

Sama kot cuma jepun ni ada certain dah autumn ada yg dah start winter.

Rezeki sgttt.....syukurrr

artfromtheheart said...

kak,toyama ke tateyama tu bape lama?

liza said...

Dari toyama St kena jln kaki ke dentetsu toyama St. Dlm 2 minit kot jln kaki. Dari situ ke tateyama dlm sejam lbh sikit.

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com