SYDNEY & MELBOURNE : DAY 5

22-11-2017

Slps breakfast drive terus ke Sydney Airport. Flight kami ke Melbourne tghari.

Selalunya kalau kat malaysia ni, wheelchair mak aku blh digunakan sehingga pintu masuk flight, dan staf kat situ akan ambik dan masuk kargo. Bila sampai, wheelchair tu dah siap2 tunggu kat pintu flight, terus blh guna. 

Tapi kat OZ bkn sistem mcm tu, even kami tak request wheelchair pun, mak aku diberi wheelchair dan ada staf yg tolak. Wheelchair kena check-in bersama beg dan pickup pun kat area luggage. 

Sbb apa aku explain, huhuhu susah betul sistem mcm ni sbb masa kami sampai kat melbourne, ke hulu ke hilir aku cari tpt utk return wheelchair airline dan menunggu sekian lama utk dpt wheelchair sendiri. Buang masa hampir setengah jam.

Di melbourne kami pun sewa kereta dari Apex juga, tp Apex kat sini tak bagus. Kami menunggu dekat satu jam sebelum diorang dtg pickup kami. Alasannya traffic. 

Penat bertekak, kami tak perlu byr GPS. Itupun slps kakak aku ugut nak buat official complaint. But we still do the complaint, saja utk peringatan org lain. 

Drive terus ke Ferntree Lifesyle, jauhnya lebih kurang 2 jam dari melbourne. Kami singgah lunch kat Brighton dan melawat sekejap rumah2 comel kat Brighton Beach.


Mak aku dibawa turun dari flight guna lift bergerak...For the record, mak aku pernah dipaksa turun tangga masa naik Air Asia (everybody can fly la sgt....). Masa tu kat LCCT dan sampai skrg mak aku fobia dgn Air Asia wpun aku kata kat KLIA2 dah ada aerobridge tu...

Indii Restaurant

Short stop kat Brighton Beach...time dah nak gelap dah....but with two young girls yg terlebih excited tgk bathing house yg comel2 ni....we all spend nearly one hour kat sini....dah la nak kena drive ke Ferntree lagi iaitu hotel kami utk mlm ini...

Sampai hotel dah kul 10 mlm. Very nice hotel plus sgt cozy. Kami ambik yg 2-bedroom. Geng muda (now dah tinggal 2 org) tido kat ruang tamu using sofabed.

Dpn hotel ada 7-eleven yg 24 hrs. Area ni okay, sbb ramai tourist

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

adehlaa air asia ni..lagi org tu leh berjln di kerah la berjln..adeh

Balas
avatar

Yup...pengalaman ngeri buat mak

Balas