Selepas tiga malam di Auckland, kami bergerak ke Rotorua. Perjalanan yang sepatutnya hanya kurang 3 jam, tapi kami mengambil masa 3 jam setengah utk sampai. Salahkan gps yer...sbb bawa kami masuk kampung2....
Di Rotorua kami menginap di http://www.bestwestern.co.nz/rotorua/hotels/best-western-braeside-resort/. Harga satu malam untuk family room with two bedrooms ialah NZD200. Ada 2 single beds dan 1 double bed. Ada living hall dan small kitchen.
Yang bawah ni gambar aku kidnap dari website...kamera aku blm abis sorting...ntah dlm card yg mana satu...
Sebelum check-in kakak aku kata better cari lunch dulu. Aku memandu terus masuk town Rotorua. Bermula lah episod mencari makanan. Kalau di Auckland agak senang untuk mendapatkan makanan halal, tapi di sini agak susah. Hanya ada beberapa shj kedai yang halal, itupun kebab. Kakak aku ke Indian Restaurant dan order fish curry. Disini, jika order lauk, nasinya dapat sekali. Beras agak panjang2 dan nasinya dikukus. Agak kurang sedap sikit nasinya, mungkin sudah terbiasa dengan nasi malaysia. Untuk kami, kakak aku order kebab dari restoran Ali Baba. Sedap wokkkk. Satu kebab ayam harganya nzd9.50, jika ambik kebab kambing/daging, harganya nzd9. Macam mana lah kambing lagi murah dari ayam.
tokey dan pekerjanya (org mauri yg penuh tattoo) |
Selepas lunch, kami kembali ke pekan rotorua untuk shopping. Kena cepat sbb mostly kedai tutup jam 5 ptg. Jumpa satu kedai nama Kiwiana Gifts. Ownernya adalah cina dari kedah. Souvenirs kat kedai ni paling murah. Shot glass yg kedai lain jual NZD3, sini cuma NZD1.50. Fridge magnets pun ada yang NZD3 shj. Terjumpa jugak kedai yang ownernya org korea, hahahah ber-kamsahamnida la aku dgn dia. Terus dapat 10% discount utk semua barang. T-shirt NZD10 dapat NZD9. Hahahaha best la oppa ni...
Kemudian aku dan anak buah ke skyline rotorua. Dpn hotel kami shj. Jalan kaki pun boleh. Kami agak lewat sampai, last luge hanya sampai pukul 6 ptg. Jadi kami naik gondola (cable car) shj yang mcm kat genting tu. Harga utk seorang return NZD28. Mahal kan??? Tak berbaloi pun aku rasa, melainkan kalau naik atas tu utk main luge. Kat atas ada restaurant, tapi kalau nak masuk ada dress code nya. Kalau jeans dan tshirt mcm aku pakai, mmg tak lepas laa.
blh pilih mana yg berkenan |
view dari Mt Ngongotaha |
Utk makan malam, kami hanya panaskan makanan tghari. One thing for sure, portion makanan kat sini banyak, mmg blh dua kali makan. Kami keluar ke bandar semula utk beli roti dan telur for breakfast esok pagi. Bandar ni mmg betul2 mati waktu malam. Bandar ni juga ada YHA Hostel...heheheh
Tido awal sikit sebab esok kami akan naik duck tour sebelum kami ke Taupo. Ni lah highlight trip kami, iaitu naik duck tour. kih kih kih.
4 Comments:
Kalau Uncle berkesempatan ke sana, Uncle cuma nak ke All Blacks training camp...then i'll fly back to kl..
Hahahaha...kipas berani mati ni...
Jgn mcm tu Uncle...sayang duit tiket nanti....hikss
Memang berani mati. Tak pa....duit buleh cari.....tapi kesempatan berjumpa Dan Carter tu yang seronok...
hahahah all the best uncle. semoga dpt jumpa idola tu...hihihi
Post a Comment