Tuesday, February 7, 2017

INDIA : PERSEDIAAN DAN BELANJA



Air Asia (tiket, meal, luggage) : RM956
Package : RM1900
Visa : RM231.83
Tukar duit : RM1614

Sbb malas nak pikir dan rasa tidak lah mahu uji diri sendiri, aku memilih pakej shj utk travel kali ini. 

Web yang aku gunakan : http://traveltriangle.com. Nanti kena register (free) dan complete kan form yang diberi secara online. Kemudian submit dan akan terima beberapa quotation dari travel agent. 

Aku juga ada minta quoatation direct dgn travel agent. 

So bila dh terima, kami discuss lah yang mana sesuai dgn poket dan juga kehendak. 

Akhirnya, aku memilih http://www.tanishhimachaltours.com/ Bayaran yang dikenakan adalah INR28,400 seorang dan cover transport dari/ke airport, hotel (3-star), breakfast dan dinner, tiket Toy Train dan jalan2 seperti dalam itinerary. Bayaran utk masuk tpt lawatan dan tips adalah tidak termasuk. Tour guide juga tiada, hanya driver shj. Kereta yang digunakan adalah toyota etios. 

Ringkasan itinerary aku :

Day 1 : Sampai airport 
Day 2 : Delhi - Chandigarh 
Day 3 : Kalka - Shimla 
Day 4 : Kufri - Naldehra
Day 5 : Shimla - Chail - Delhi 
Day 6 : Delhi - Agra 
Day 7 : Agra - Fatehpur Sikri - Delhi 
Day 8 : Delhi - airport - KUL

Semua itinerary disusun oleh travel agent, pembelian tiket toy train dari kalka ke shimla pun diorang uruskan. Aku cuma pilih hotel aku nak shj. 

Chandigarh : http://www.hotelrajshree.in/ (yg ni dicadangkan oleh travel agent)
Shimla : http://www.snowvalleyresorts.in/ (pilihan aku) kemudian ditukar oleh travel agent sbb faktor jauh dari Mall Road. Hotel baru ialah https://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g304552-d1090239-Reviews-Summit_Le_Royale_Hotel-Shimla_Himachal_Pradesh.html

Semua hotel di atas kecuali di Chandigarh, menyediakan makanan halal. 

Seminggu sebelum bertolak, Tanish beritahu yg hotel di Delhi dan Agra kena tukar. Bila aku tanya reason, tak pulak dia ckp apa. Aku tukar dan pilih http://www.hoteltajresorts.com/ utk Agra. 

Tanish nak bagi aku hotel area airport masa kat Delhi dan bila aku baca review, hotel tu agak teruk rating nya. Tak blh jadi ni, diorang dan start nak buat hal dah....aku hubungi Travel Triangle (berperanan sbg admin) dan berkeras nak hotel yg aku pilih. Akhirnya confirm jugak hotel city star spt pilihan aku. Itu pun sehari sblm bertolak baru aku dpt confirmation. Mmg jahanam sungguh Tanish ni....

Oleh kerana semua dah bayar, aku cuma bawa INR14,000 (INR100 = RM6.85) dan USD150 (USD1 = RM4.43) sahaja utk shopping dan lunch. 

Utk ke India kena ada visa, so kami hanya guna online sahaja. Bayar secara online dan esoknya terus dapat e-visa. Benda ni kena print dan bagi pada imigresen kat airport Delhi nanti. 


Bila hanya ada e-visa, maka bersedialah utk beratur panjang masa kat imigresen. Macam kami, hampir 1 jam kot baru settle. 

2 Comments:

heldarosly said...

Nak tanya, 1 jam beratur sebab pakai e-visa tu, imigresen India atau Malaysia?

liza said...

Kat india...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com