Read More

Torii Gate

HIROSHIMA
Read More

Brighton Bathing Boxes

MELBOURNE
Read More

Taj Mahal

AGRA
Read More

Blue Pond

BIEI
Read More

Colosseum

ROME

Thursday, December 4, 2014

JEJAK NIHON : ROPPONGI I AKIHABARA I UENO

Sampai jer shinjuku.....aku rasa sempat nak gi roppongi. Hahahah mana tahu leh jumpa adik jin aku kan??? So tpt pertama kami di tokyo ialah ke mori tower yg terletak kat roponggi hills. Kat area2 ni pun ada hrc jugak, tp rasanya mcm tak sempat nak pegi. Sblm tu kena beli dulu passmo card.

Pegi tnya kat kaunter tiket dan pompuan tu ckp pasmo kena beli tpt lain. Dia siap bg direction nak ke tpt tu. Sekali aku nmpak brochure suica. Aku tanya suica card beli kat mana. Dia kata blh beli dgn dia...ehhhhhh. Aku tnya lg...apa beza dua card ni, dia kata diff company shj tp kegunaan sama. What?!!! Jujurnya pompuan ni. Kalau aku la kat tpt dia sah2 dari awal aku duk promote suica ni. Aiseyyyyy penat tauuuu. Harga card ¥500 dan isi ¥1,500. Yg ¥500 tu leh dpt balik bila pulangkan kad.

First time naik subway kat tokyo. Ambik toei line ke roppongi. Dah sampai aku pulak lupa exit mana. Belasah jer laaa. Demam2 ni otak tak berfungsi sgt.

Berjaya gak sampai mori tower tu. Mula2 nak naik atas tp bila tgk tiket harga ¥1,500 kami terus batalkan niat itu. Kami cuma pose2 berlatar belakangkan tokyo tower dari jauh. Time ni mmg sejuk gila. Angin kuat dan hujan sikit2.







Ok nextttt......hihi tpt kedua kami ialah akihabara. Anak buah ada pesan kapal one piece. Masuk yodobashi akiba mall dan kedai2 mainan ni kat level 6. Lama gak aku duk memilih. Siap wat lintas lansung dgn anak buah aku sbb nak suruh dia pilih yg mana satu. Idop ler aku ikut one piece ni. Monkey d luffy pun baru first time dgr. Aku kenal goku jer sbb tu katun era aku. Sekian terima kasih. 

Nak ke akihabara, naik metro hibiya. Ikut jer signage, errr takder la susah sgt kot. Asalkan ko tahu nak gi mana dan jenis mana nak naik dan turun mana. Ecehhh berlagak.....

Usha brader jepun yg tgh khusyuk msg awek dia....hahahaha. Mcm muat kan aku nak gi duk sblh dia....tp ai ni pemalu. 



ni level jual camera...org kata kena check jugak blh pakai tak kat negara kita...ntah...aku lalu jerrr


ni lah kapal yg anak buah aku nak

dia pun request ini tp sold out...sib baik. Ko nmpak harga brp tu?? itu dah belanja aku tiga hari tiga mlm kat sini

sailor moon  tak nak???

pun sold out

Memperkenalkan kapal2 one piece..






Dari akihabara kami ke euno. Last stop sbb hotel kami kat sini. Mkn mlm kat kedai tepi jln. Mee udon dgn udang tempura. Order main tekan2 kat mesin jer pastu ambik order dan mkn. Sedap la jgk...harga ¥460. Air free flow. Lps mkn angkat mangkuk hntar kat kaunter. Mcm best jer kan...tak perlu nak jerit...mamak roti satu kasi garing. Suara blh simpan.

mula-mula pilih menu....dan hafal nombor tu.....menu aku pilih yg no.12
kemudian gi kat mesin ni, klik no.pilihan kita dan bayar....


lps tu that lady akan siapkan makanan kita

bawak la makanan tu cari meja kosong....enjoy.....sedap la jugakkk

Dah kenyang kami naik jejantas yg mcm roundabout. Aku cuba agak2 kat mana hotel aku ni. Sekali nampak hard rock cafe. Whatttttt. Beli tshirt dan sembang sikit2 dgn minah yg keje kat situ. English dia sgt bagus. Muka ada eropah2 sikit. Rupanya mak jepun bapak omputih. Patutlaaaa....


Teruskan perjalanan lg menuju hotel. Jumpa sekumpulan org sedang hisap rokok. Sejuk2 ni mmg syok kot isap rokok. Turun escalator...yeahhh escalator bebeh....jgn tak caya...terus nampak lorong ke hotel aku. Oh rasa cukup bangga bila dpt jumpa hotel tanpa tanya org...hahahahaha riak di situ




Aku pilih touganeya hotel. Katil double en-suite. Satu mlm ¥8,532. Std laa harga tokyo.

Bilik okay...ada robe. Aku suka gila sbb robe ni mcm yukata. Siap pose2 ambik gmbar lg. Hahahahha




sempit okayyy






nak ke bilik

restoran kat lobby

toilet kat lobby

Hari ni beta sgt puas hati...hahahah. Semua tpt yg aku plan dpt gi wpun ala2 touch n go jugak. Perjalanan wpun pada awalnya dah mcm tak brp lancar, tp alhamdulillah Allah permudahkan kami. Berjaya sampai hotel kul 8mlm. Ini mlm terakhir kami. Esok dah nak balik KL.

Read More

Wednesday, December 3, 2014

JEJAK NIHON : KAWAGUCHIKO

Hari ke enam - 13/11/2014 - Khamis

Bangun pagi2 dan check-out. Heret beg dan tunggu hikari ke shinagawa. Ini merupakan kali terakhir utk trip ini (eceehh) aku nak naik shinkansen. Sedih la jugak lps 5 hari duk ulang alik dgn benda ni jer. Kalau tanya aku, aku tak perasan pun train ni laju ker apa tp satu jer train ni tak bergoyang kecuali bila ada shinkansen lalu sblh. Bunyi tipikal keretapi lansung tak dgr. Bila masuk dlm tunnel, telinga sedikit berdengung atau mmg sbb aku demam aku rasa berdengung.

Seat dah reserved siap2, jadi confirm blh duduk. Kami sengaja pilih seat yang blh fuji-san. Tak sabar ni....dlm hati berdoa supaya cuaca menyelebahi kami.

hikari kosong....aku ngan kwn aku jer utk car ni....huahuahuahau

Nampak tak??? Ya Allah, Tuhan Maha Besar...terpegun tgk seketul gunung mcm ni. Semua ni snap dari hikari.





Dah sampai shinagawa...aku panik. Sbb semua org jln laju gila. Weyyyyy aku nak stop pun tak boleh ni. Last2 kami berhenti blkg tiang dan decide mana nak pegi. First thing, nak simpan beg dulu. Jumpa locker kat tingkat bwh, simpan beg dan kami terus ke kaunter info. Tanya mana nak cari kaunter keihin kyuko bus.

Kalo ikutkan web haneda airport, ada bas dari shinagawa terus ke kawaguchiko jam 10.50pg. keihin kyuko bus



locker masih byk kosong.....

Berpusing2 kami cari kaunter, org kat info centre pun tak dpt membantu. Aku silap, pi print dlm bahasa inggeris. Tunjuk kat diorang mmg tak faham la. Duduk sekejap kat bangku luar station, pikir punya pikir. Aku ckp kat kwn aku, kita ada dua option. Sama ada pegi hari ni ke kawaguchiko atau esok. Kalau nak pegi hari ni, kita kena redah naik train. Akhirnya kata putus diambil. Kami cuba ke shinjuku. Tgk mcm mana. Kalo sempat kami terus ke kawaguchiko. Kalo tak sempat pusing tokyo shj.

Alhamdulillah....perjalanan kami dipermudahkan. Sampai shinjuku, cari line kaiji, terus ke track yg betul. Elok sampai, train dah ada, naik terus dan cari seat kosong. Duk sblh brader jepun ni, aiseyyy asik tido jer bang, penat ker? Car yg kami naik bersebelahan dgn green car, antara car tu ada satu tpt blh lepak. Kami duk kat situ jer sambil mkn baki fish n chips. Nak sembang ngan brader jepun sblh pun asik membuta jer...pakai dah hensem dah tp tido.

Ini lah tpt kami lepak. Bertenggek kat seat yg tak brp nak seat tu. 



Sampai jer otsuki terus beli tiket plus ticket express, takper byr lbh asal smpai awal. Time mcm ni dah tak blh berkira sgt. Selamba jer aku potong q. Bkn sengaja yer tp org dpn aku sebok duk discuss nak beli tiket apa. Terus aku selitkan bdn raksasa aku ni dan ckp kuat2 kat kaunter aku nak dua tiket ke kawaguchiko. Org kaunter tu tanya nak express atau biasa, aku kata express. Dpt tiket terus blah. Simple kan? Yg ko duk sebok2 discuss tu knp? nak discuss blh tp sila keluar barisan dan discuss lah smpai mlm xder sapa nak marah. Hishhhh

Masa beratur utk naik train, jumpa la satu brader cina dari malaysia. Dtg tokyo sbb ada conference, lps tu ambik 2 days off utk ke kawaguchiko. Kelakar jugak brader ni, dia mcm terkejut bila ckp kami travel sendiri. Lps tu cpt2 dia offer mkanan dia kat kami. Dia siap ckp lg, halal. hahahaha. Mungkin dia ingat kami kelaparan kot tak cukup mkn bila travel sendiri.

tiket ke kawaguchiko



Sampai kawaguchiko, kami ke kaunter info utk tnya bas ke natural living center. Tunggu bas kat dpn bangunan tu jer. Aku tak clear sgt sistem bas kat sini sbb aku hanya ckp tpt turun, dan staf yg jaga kat situ suh aku naik bas. Ada gak yg kena tunggu next bus.

Natural living centre ni last stop. Dah sampai, masukkan duit dalam mesin tepi driver dan turun dan nah.....gunung fuji terbentang dpn mata. Rasa nak menangis tgk...










Kami feeling2 kat sini. Lepak....ambik gambar. Tgk org ambik gambar. Lama gak kami kat sini. Agenda kat kawaguchiko cuma nak ke sini shj. So blh lama2 kat sini. 

Beli sikit brg kat kedai souvenir. Pastu tunggu bas balik semula ke station kawaguchiko. Lambai2 sikit kat fuji-san kami naik train ke otsuki seterusnya ke shinjuku. Method nyer sama dgn masa dtg, cuma train ke otsuki tidaklah yg express, maka semua stop dia berhenti. Lama tuuuu tp ada penghiburnya....

Taraa.....ada mcm rupa g-dragon tak??? Hahahahaha. Comel gila bdk ni. Mcm2 aksi dia buat. Sian mak dia duk melayan




Okay....ini g-dragon yg pakai lipstik...


Belanja:
1) Otsuki - Kawaguchiko = 1140+300
2) Bas ke batural living centre (return) = 480+480
3) Kawaguchiko - Otsuki = 1140

Read More

Tuesday, December 2, 2014

JEJAK NIHON : OSAKA

Hari ke lima - 12/11/2014 - Rabu

Kami bergegas mengejar train ke osaka. Spt mana semua tahu, kalau stop kat shin osaka, kena tukar train lg utk ke osaka. Jadi utk meminimakan tukar train, aku memilih local train terus ke osaka dari kyoto. Rupanya percaturan ini tidak lah begitu bijak. Sbb apa??? Aku kena berdiri sepanjang jalan, dkt setengah jam jugak dari kyoto ke osaka. Kaki dah start rasa bengkak, tambah lg aku demam. Adoiiii sengsara sgt....

Kami nak gi mana ni? Hihihi aku nak gi hard rock cafe osaka yg terletak kat universal city. Nak mkn dan jugak beli apa2 yg blh dibeli. 

Dari osaka, tukar train lg ke nishikujo dan tukar train lg ke universal city. Semua covered by jr pass. Tak pyh susah2 nak beli tiket segala. 

Sampai aja kat universal city, dah gelap tapi tak hitam sbb lampu2 sgt meriah. Rasa mcm kat dlm taman tema. Berjalan sampai ke hard rock cafe. Jumpa pulak dgn org malaysia. Ramai.... semua pakat gila hrc. Diorang ingat kami dari universal studio, bila ckp yg kami dari kyoto semua ternganga. Tutup mulut bang, jgn panik. kami selamat dan masih bertenaga. 

Kami naik atas, order fish n chips dan aku beli air yg blh bawak balik gelas. Wpun harga agak mahal, tp aku suka....sbb selalu aku kumpul shot glass jer, kali ni tu diaaa...besar gedabak gelas aku bwk balik. 

Enjoy mkn2, tumpang toilet, buat itu buat ini, kami pun balik semula ke nagoya. Kan dah ckp aku cuma nak mkn malam kat osaka jer hahahahaha. Tetiba teringat masa gi europe thn lps, mkn tghari kat brussels. Lps tu mkn mlm kat amsterdam. Feeling2 org kaya sat...huahuahauahauahua 

Takder apa lg nak cerita pasal osaka sbb aku tak jejak lansung kaki dlm bandar osaka kecuali universal city. Jom tgk gambar jer laaa...











boleh la kan...ada gak nampak icon osaka...hahahaha

 Semua transport dari kyoto ke universal city dan balik ke nagoya semua guna jr pass.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com