EUROPE TRIP DAY 15 (ROME)

Seawal jam 7.30 pagi kami dah bersedia utk breakfast. Kami dah booking siap2 breakfast dgn pihak hostel, diorang kasi vouchers utk mkn kat cafe tkt bawah. Breakfast yg disediakan ialah jus, seketul croissant dan secawan hot chocolate. Boleh la dgn harga €2.50.


Dah settle isi perut, kami ke metro utk ke Colosseum. Line B dan stop kat Colosseo. Harga utk daily pass (valid sehingga 12.59 pm) ialah €6.00.

Penggunaan metro card : 
Line B ke Colosseo (eur 1.50) ==== utk ke Colosseum
Line B - Termini - Line A ke Ottovia (eur 1.50) ==== utk ke Vatican City
Line A - Termini (eur 1.50) ==== utk lunch
Line A ke Barberinni (eur 1.50) === utk ke hard rock cafe
Line A - Termini (eur 1.50) === balik hostel

Total : eur 7.50
Metro card one day : eur 6
Save : eur 1.50 
So...guna wisely yer....senang citer kalo beli kad ni kena guna minimum 4 kali baru balik modal. hehehe

Kami antara yg terawal sampai, since dah beli vouchers siap2, kami cuma beratur utk line 'reservations'. Senang dan cepat.

Colosseum or Coliseum ni mcm stadium, cumanya stadium ini bukanlah digunakan utk lawan bola tp manusia lawan dgn binatang atau manusia lawan dgn manusia. Mengikut sejarahnya, gladiators ni terdiri dari hamba2 ataupun tahanan perang dan penjenayah. Mcm bg lawan dgn binatang ni dikira hiburan la utk diorang, hampehhh. Tetapi ada juga gladiators yg sukarela utk bertarung dgn binatang2 tu bg menunjukkan kehebatan mereka.

Senang cerita korang tgk lah cerita Gladiators lakonan Russel Crowe.







Aku berpecah dgn member aku dan janji utk jumpa balik dpn entrance kul 11am. Lps dah abiskan beberapa € utk beli tshirt, keychain, dan FM, kami bergerak ke Vatican City. 



Utk ke vatican city dari colloseum perlu interchange ke line A kat Termini dan stop kat Ottovia. Kebetulan masa kami sampai Basilica tutup utk umum sehingga kul 1pm, kami menapak utk masuk vatican city melalui Vatican Museum. Urusan tukar voucher ke tiket pun senang sbb kami dah buat reservation. Q pun tak brp nak panjang. 

Masa tgh beratur ni kami terjumpa lg sekali dgn couple dari USA yg smlm tu...cissss

Vatican City ni adalah negara paling kecil di dunia. Dalam ni ada St. Peter's Basilica,  vatican gardens, vatican museum dll. Kat sini jugak lah tpt pope tinggal. Askar2 yg menjaga pintu masuk ke Basilica adalah terdiri dari Swiss Guard. Tak tahu kenapa tetiba Swiss Guard ada kat sini. Vatican city mendpt kemerdekaan dari italy pd thn 1929. Tpt ni kira mcm tpt yg wajip setiap penganut katholik utk dtg. Tpt suci diorang lah.

Tpt pertama kami tuju ialah Vatican Museum. Dalam ni jugak terletaknya Sistine Chapel. Sepanjang corridor utk sampai ke sistine chapel tu boleh nampak seni ukir di dinding dan siling sangat cantik, tp semua ukiran nya bermotifkan jesus dan angle. Susah sikit la nak kagum...Ukiran nya tak abis2 lelaki yg tak tutup aurat, malu tauuu. Sistine Chapel ni mcm satu bilik empat segi dan ada patung jesus kat dinding. Dah sampai dlm sistine chapel ni ada guard2 yg jaga, masuk perlu tutup aurat. Tak blh ambik gambar serta tak blh buat bising2 dan cuma sekejap saja blh ada dlm ni. Tpt ni mcm gelap sikit dan ada bunyi lagu2 koir diorang sayup2. Meremang bulu roma...

Seterusnya dari Sistine Chapel kami keluar ke perkarangan Basilica. Tak tahu pulak kena masuk dlm, kami terlebih excited utk ke post office vatican city. Ambik gambar Basilica dari Basilica Square saja, dan kami teruskan perjalanan ke Termini.

Sbnrnya dlm St.Peter's Basilica ni ada byk benda menarik yg blh dilihat spt kubur pope, mimbar pope dll.


sebalik tembok tu lah vatican city






swiss guard




kerusi2 yg disusun untuk upacara pagi tu...dengar khabar pope bagi ucapan...tp tpt ni ditutup utk umum

org ramai yg beratur utk masuk ke basilica

Ambik metro ke Termini dan lunch kat restoran smlm, dan kali ini aku order kebab pulak...sedapppp

Lps mkn, kami terus ke Hard Rock Cafe. Naik metro A dan stop kat Barberini. Jalan sikit sampai lah ke HRC ni. Kedai ni besar sikit lah dari yg kat Amsterdam. Boleh guling2 lah kat dlm tu. Lps shopping sehelai t-shirt dan satu shot glass, kami jln menuju ke Trevi Fountain. Dah dekat dah dari sini. Sempat lah jugak masuk keluar kedai2 yg jual barangan kulit made in italy.

Metro kat Rome cuma ada dua line shj iaiu A dan B. Interchange pulak hanya di Termini. Jika kita guna line A dan nak guna line B slps tu, perlu ke Termini utk tukar line.




Terjumpa masa nak ke trevi fountain....acara membuat pasta kot..

Trevi Fountain....org kata kalo baling syiling kat sini nnti akan dtg lg

Balik semula ke hostel, rehat2, guling2 atas katil terus tido.

Kalo ikutkan plan asal, esoknya kami dah patut balik Malaysia, tp saat2 akhir Saudi Airlines telah menambahkan 2 hari lg cuti kami di Rome sbb semua penerbangan pada 13 September 2013 dibatalkan.

Pada awalnya kami bercadang utk ke Capri, tp memandangkan badan pun dah penat gila, beg pun byk, maka kami decide utk tidur shj di Rome, tp terpaksa pindah hotel.

Komen aku psl m&j hostel...
1) buruk
2) dapur kotor
3) bilik double bed aku ambik okay...besar
4) bilik air tak best
5) staf - ada okay ada yg berlagak gila
6) takder lif
7) wifi hanya kat lounge area shj

m&j hostel, rome

lounge area shj ada wifi
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Salam sis,

Nk tanye, voucher for Colosseum sis beli kat mane? kenapa bole dapat murah?

Balas
avatar

Salam sis,

Nak tanye, voucher for Colosseum beli kat mane? kenapa sis bole dapat murah?

Balas
avatar

salam sis,

Nak tanye, voucher for Colosseum beli kat mane? kenapa bole dapat murah?

Balas
avatar

Saya beli dari sini...
http://www.coopculture.it/en/colosseo-e-shop.cfm

Balas