EUROPE TRIP DAY 14 (FLORENCE/PISA/ROME)

Hotel :Hotel Delle Nazioni, Florence
Place : Tower of Pisa
Mode of transport : Train (Florence to Pisa), Bus (to Tower of Pisa), Train Freccia Bianca (Pisa to Rome)

Hahahaha....tgk tajuk pun dah tahu aku mcm join amazing race. Sblm amazing race ni bermula, kami mkn kenyang2 kat hotel yg menyediakan free breakfast. Banyak gak menu dia, ada toast, kek, buah, salad dll.

bilik kami di florence

Komen aku pasal hotel :
1) bilik tidur sedang2 jer (ada ruang yg cukup2 utk solat)
2) ada tv (tp bkn flat screen)
3) bilik air super besar
4) ada lift (normal lift bkn yg blh muat 3 org jer)
4) free breakfast (byk menu pilihan)
5) free wifi tp kena kena request dari receptionist
6) sgt dekat - dpn Firenze Santa Maria Stn. shj
Overall aku kasi 7.5/10

Gambar2 ni aku ambik dari web diorang, sbb aku sgt lah huru hara dgn beg, maka kamera pun tak tau dlm beg mana satu...boleh???

lobi

dari pintu masuk

Mcm rugikan sbb tak sempat pun nak pusing2 bandar Florence. Kalau ikut plan asal kami cuma dua hari saja kat Rome, itu yg kami skip Florence. Cuma bermalam shj. Tp lps tiket train dari Florence ke Rome dah beli, hotel kat Rome pun dah booking, kami baru dpt tahu yg Saudi Airlines tunda flight kami. Itu yg jd sampai 4 malam 5 hari kami kat Rome. Aishhhh.....bila ingatkan ini, mmg terasa angin satu badan. Huh...

Lps check-out kami terus ke train station utk ke Pisa. Jarak perjalanan dari Florence ke Pisa lebih kurang 1 jam 15 minit. Tapi harus diingat, train kat Italy tidak lah se-punctual spt kat negara europe lain. Kat sini lari dlm 3-4 minit. Train ke Pisa blh beli on-the-spot. Harga tak berubah. Mcm naik komuter laaa...

train station at florence

Dlm train aku sempat bersembang dgn seorang backpacker dari Brazil. Dia dlm perjalanan ke Pisa dan seterusnya ke Milan dan naik atas lg. Aku menyarankan dia ke Swiss, berbakul2 pujian aku bagi pada Swiss. 

Sebaik shj sampai Pisa, kami terus cari baggage office, sama spt di Venice, kadar yg dikenakan juga tinggi dan dikira ikut bilangan beg. Lps letak beg segala, kami terus ke bus stand berhadapan train station utk ke Pisa. Bas yg harus dinaiki ialah bas LAM Rossa (rossa bermaksud merah). Bas ni warna oren tp signboard nyer kaler merah. Tpt turun ialah Torre. Harga utk return ticket ialah eur1.50. Aku beli dari abg driver bas....hensem okay. Nota: jika beli tiket dari kedai tobacco blh dpt eur1.30

dpn tu pisa train station

Bas agak ramai orang. Aku ngan member tersepit di antara org2 yg tinggi. Kami keraskan bdn kat tepi tangga bas sbb tak nak masuk dalam nanti susah nak keluar kan? Dah sampai Pisa, kami kelam kabut ambik gambar dan sempat jugak shopping sikit2, pastu lari semula ke bus stand memandangkan train ke Rome adalah pukul 1.30 ptg. Kami cuma ada tak sampai 2 jam utk berpoya2 di Pisa. Kan dah ckp mcm amazing race...







Sbnr nya takder apa sgt kat Pisa ni melainkan bangunan condong tu shj. Kedai berderet2 menuju ke Leaning Tower of Pisa. Kena hati2 sbb harga brg2 kat sini tak sama, kena pandai pilih dan cekap sikit mata memerhati harga2 yg dipamer. 





Kemudian kami tunggu bas utk kembali semula ke train station. Ambil beg dan cepat2 ke platform utk tunggu train ke Rome. fuhhh mmg amazing race abis kami dgn beg2 semua.

Bye2 Pisa....till we meet again. 

Naik jer train, kami duduk berhadapan dgn satu couple dari USA. Dia dari new jersey, satu sekolah dgn jon bon jovi. Ada satu insiden yg sgt2 tidak bermaruah aku rasa, ada ker patut couple tu ckp aku ngan member aku ni round europe utk sambut anniversary. Kepala hotak luuu....mmg lah diorang ni sgt open minded tp benda mcm ni bkn blh dibuat lawak. Pastu sebok duk tanya kami kenapa pakai baju sampai tutup lengan segala, puas lah member aku explain supaya diorang faham.

Sblm aku buat2 tido ini antara dialog aku ngan mat salleh tu,

"What's that? Is that ipad?"

"No...it's samsung tab" lps try byk kali tak dpt jugak connect wifi free dlm train aku ambik phone nak check gambar...tujuan aku satu jer nak mengelak dari bersembang dgn dia..

"Oh, is that iphone?"

"No, it's samsung. I don't like apple!" Actually emosi aku terganggu jadi terus aku 'i hate america!!!' Hahahaha

"What?!"

"Ha ha ha ...just try to be funny" *smirk*

"Ha ha your friend is so funny..." gelak2 sambil ckp kat member aku 

Sampai jer Roma Termini, cepat2 kami blah dan cari hostel kami. M&J Hostel nama diberi. Lps settle check-in semua, kami dpt bilik yg bg aku sgt eksklusif sbb bilik kami satu2nya kat situ. Mcm loteng laa, cuma tangga utk ke bilik sgt curam dan sempit.

Lps mandi dan rehat, kami keluar utk cari mkn. Kat Rome agak senang utk cari makanan halal area Termini, kami jumpa beberapa kedai halal. Aku terus order nasi beriani ayam (weyyyyyy dah lbh 10 hari tau aku tak mkn nasik, silap2 rasa nasik pun dah tak ingat...ahakakks). Air kat sini mahal, standard Italy laaa...coke tin yg sejuk eur2 dan coke botol yg sejuk eur3. Air mineral pun eur1.5

Lps mkn kami jln2 dlm kawasan termini, byk kedai2 dan ada mall dlm ni. Ada beberapa brg yg aku dah aimed utk beli. Tp tunggu dulu, duit tak brp nak cukup ni...huhuhu

Balik hostel dan lepak kat lounge sambil layan internet. Hostel ni free wifi tp cuma area lounge shj. Hampeh betul...

Kitchen agak tidak menyelerakan. Mmg tak masak la kami kat sini. Hostel ni terletak di tingkat 1. Takder lif. Agak buruk juga lah pada pandangan aku. Selama aku berkelana, ni lah hostel yg pertama aku jumpa sgt daif. Hehehehe....even greenhouse bacpackers kat melbourne lg better.

Total expenses di Pisa:

1) ticket bus to leaning tower of pisa eur1.5
2) t-shirt (2) eur14
3) KC (4) eur4
4) FM (2) eur2
5) luggage service eur10

TOTAL : eur31.5 (cash)

Train Pisa to Rome : RM96.44 (credit card)
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Plan jugak nak ke Pisa ni...dah lama nak tgk leaning tower secara live..:)

Balas
avatar

Harus sampai sini jika dah gi italy....tak gitu...

Balas