Wednesday, October 23, 2013

EUROPE TRIP DAY 17 (ROME)

Hotel ni bagi aku bed bugs laaa....abis gatal2 seluruh badan. Tanya member aku, dia kata dia okay jer...mungkin sbb dia tido pakai baju lengan panjang....lengan aku pulak abis berbintat.

Kami breakfast kat cafe bawah (harga termasuk dlm sewa bilik), tp breakfast nya cuma coffee dan croissant shj. Dpn cafe ada flea market. Dpt lah tgk diorang jual beg kulit yang cantik tapi murah.

cafe tpt kami breakfast
flea market


Kemudian kami jalan kaki ke hard rock cafe. Aku rasa aku patut beli sehelai t-shirt utk diri sendiri. Cuaca agak nyaman, tak panas dan tak sejuk, selesa la berjalan. Jumpa lagi satu flea market, style diorang nyer flea market adalah terletak antara bangunan2. Harga agak murah, ada jual beg kulit, kasut, buah, sayur dll. Sempat beli satu handbag utk kakak aku. Genuine leather you...made in italy. Takder brand tapi mmg blh tahu kulit betul. 




Lps dah beli t-shirt hrc, kami jalan kaki ke spanish steps. Ralit tgk artis diorang duk melukis gambar potret. Mmg real abis.





Ramai betul org duk lepak2 kat spanish steps ni. Ntah apa yg best pun tak tahu. Kami jln2 sekitar tu, window shopping. Kat sini lah semua butik brg berjenama terletak. Ada LV, Gucci dan byk lagi yg aku sendiri pun tak kenal. Kami sekadar lalu dan jenguk la sikit2. Tak beli apa pun.




Hari ni mmg kami jalan tanpa arah tujuan...dah penat jln, kami naik metro. Stop kat termini utk lunch dan kemudian pegi kedai runcit india utk beli air yg murah. Kedai ni kami jumpa masa jalan2 pagi tadi. Antara yg murah la kat rome ni, air coke dlm tin cuma eur1 shj.






byk tul tiang2 mcm ni kat rome
close-up sikit
butik ferrari...nak masuk pun seriau
Jumpa magician...aku sbnrnya ralit duk tgk org jepun yg perhatikan magician tu...kelakar...berpusing2 dia nak tgk...

magik tgh2 kota rome
aku nak ambik gambar pakcik jepun tu...

Kemudian stop kat kaunter airport shuttle utk tanya time bas utk esok. Dlm hati ni mmg dah ingat nak balik dah...sabar satu mlm jer lagi...

Balik hostel terus kemas2 beg. Esok kul 11 pagi dah kena naik bas utk ke airport. Kaunter shuttle bus ni ada dpn termini station (belah via marsala). Ada beberapa company bas yg offer perkhidmatan ke airport.

Hari ni jugak lah kami berdua hampir kena seluk saku. Citer nyer mcm ni....masa beli tiket, kwn aku dahulukan duit dia. So aku pun kuarkan lah duit dan nak byr dia balik, time ni tengah tunggu metro sampai. Kwn aku bukak zip sling bag dia dan letak duit sambil tu dia seluk cari spek dia. Zip masa tu separuh dah tutup. Kwn aku ni pegang jer beg dia part yg terbukak tu. Then metro pun sampai. Aku dah aimed pintu yg belah kiri sbb nampak tak ramai org, so aku stop bagi org belakang lalu. Sekali ada budak pompuan ni langgar aku dari belakang, pastu ngomel2 konon aku dah halang jln dia, wtf...padahal org lain lalu elok jer. Dia mcm tolak2 aku suh masuk pintu dpn tu. NO!!! aku nak masuk pintu lagi satu...

Aku nampak mcm pelik dah budak pompuan ni, baru nak jerit kat kwn aku suh masuk pintu yg kiri, tp tak sempat, kwn aku dah melangkah masuk pintu yg dpn aku. Aku teruskan masuk pintu kiri, hati time tu dah rasa tak best. Aku perhatikan jer budak pompuan tu dari tpt aku berdiri, takut dia seluk beg kwn aku. Time ni aku terfikir, jika betul firasat aku dan jika aku jerit dlm train tu, org yg ramai2 tu nak tolong sapa? Aku ngan kwn aku atau warganegara diorang?

Stop yg pertama budak pompuan and geng2 dia turun, yaaaa.....ada geng budak ni. Dalam 4-5 org gak laaa. Kitorang turun kat stop kedua. Elok jer keluar, kwn aku terus jerit kat aku...

"ko nampak budak pompuan dpn aku tadi?"
"nampak....dia langgar aku dari belakang tadi pastu tolak2 aku"
"ko tahu dia seluk beg aku?"
"what?!!!"
"tapi aku sempat pusing dan pandang dia balik. Dia gelak2 sambil duk ckp ngan kwn2 dia"
"so apa yg hilang?"
"takder apa...tak sempat sbb aku dah tarik beg aku, kalau dia nak ambik pun casing spek aku jer dlm tu"
"aku duk pandang jer budak tu, bila masa dia seluk beg ko sbb aku mmg perhatikan dia"
"dia tutup tangan dia dgn sweater, dan satu tgn lagi seluk beg aku, ko tak kan perasan nya sbb takder movement apa pun, cuma aku blh rasa sbb tgn aku pun ada dlm beg tu jugak sbb aku duk cari spek aku"
"oh!!!" terdiam aku

Sgt cekap diorang ni....patut lah first day sampai Rome, masa register kat hostel, perkara pertama diorang pesan, beware of pick pocket - budak2 pompuan/lelaki atau pompuan bawa baby. Ohhh....

Alhamdulillah...kami selamat. Pengajaran : patutnya aku sabo2 lah sikit nak byr hutang pun, tak perlu kot byr dpn org ramai kat train, sbb kita tak tahu sapa yg duk perhatikan kita.


4 Comments:

Ernie Khairina said...

looks like piazza navona, but i'm not sure. bestnya berkesempatan ke italian flea market. mohon link blog ini ye. suka baca cerita europe..rindu! =)

syieda said...

Liza..apa nama hotel ni?

liza said...

yer kot...kitorang main jln jer.....salam perkenalan...

liza said...

when in rome accommodation....
naper?? psl bed bugs ker? hehehehe
org lain tak kena, saya ngan member jer kot yg kurang bernasib baik..

dont let it bring you down bebeyyy

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com