Good Bye 2014

Kenangan terindah utk diri sendiri...
~ naik pangkat
~ pegi jepun yg dah lama plan
~ cuti tambah lg 5 hari...ok ini sgt serious sbb setahu aku takde tambah cuti bila tukar jwtn melainkan naik kanan. Aku perasan baki cuti masih byk bila aku nak  wat c/f cuti. Aku start keje thn 2003, time tu cuti tahunan 25 hari. Slps 10 thn keje dpt extra 5 hari. Tp bila naik pangkat tmbah lg 5 hari rupanya. Dlm masa 2 thn aku dpt extra 10 hari. Now cuti aku 35 hari setahun. Wow..huhuhu mcm best kan...

Kenangan menginsafkan...
~ dah tentu banjir. Alhamdulillah anak sedara aku yg trputus hubungan selamat. Dia call pada ptg Sabtu 27/12 ckp dia okay cuma tak cukup mkn. Dia antara mangsa yg terperangkap atas bukit. Rupanya masa air makin naik, dia dan ramai lg org yg ada di sekolah tpt pemindahan banjir tu selamatkan diri ke atas bukit. Tak sabar nak tunggu cerita lanjut dari dia...
~ kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17. Walaupun tiada saudara mara yg trlibat tp sikit sbnyk memberi kesan kpd hati. Dan terbaru flight air asia pulak yg jatuh. Tp yg ni aku tak ambik pot sgt bkn apa...fikiran asik terarah kpd banjir.

Ni gambar2 banjir kat rumah aku...dah 20 thn duk sini...first time air sampai tangga rumah.




Akhir kalam...selamat thn baru. Kumpul azam2 byk tak salah....tertunai atau tak itu adalah usaha kita sendiri.

Sama2 lah berdoa supaya thn dpn dan seterusnya Malaysia selamat dari semua dugaan besar...

Jumpa thn dpn!!

Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

perghh banyak tu cuti.. memang syok la kalau nak travel
Happy new year.

Balas
avatar

Cantiknya umah kaler purple... I likeeee!

Balas
avatar

aha..jumlah cuti tahunan kita sama lah 35 hari..panjang langkah lah lepas nih heeee

Alhamdulillah masih lagi ke tangga rumah ..risau tenggelam je..kiranya semua family x pindah lah ye

Balas
avatar

waahh... bestnye cuti banyak... hhihi.. =D

mm.. harap air tu terus surut hendaknye.. amin...

Balas
avatar

heee... selagi ada cuti.. selagi tu nak bercuti kann.. moga 2015 ni lebih baik dari tahun lalu.. ^_^

Balas
avatar

Happy new year jgk.

Cuti byk tp duit tak brp nk byk...how?? Hihihi

Balas
avatar

Rumah tu dah jd homestay so bg kaler terang sikit bg senang org nk cari

Balas
avatar

Byk kan 35 hari...hihihi suka

Alhamdulillah semua selamat tp sedara2 yg duk tanah merah, pasir mas, tumpat teruk jugak rumah diorang. Ada yg 100% hilang rumah. Hanyut dibawa banjir...subhanallah...

Balas
avatar

Hihihi best byk cuti tp duit tak byk nak jln2 selalu....hahhaahha.

Alhamdulillah...air dah surut.

Balas
avatar

Betul..makin byk wishlist. Hahhaha

Terima kasih dan sama2 tempuh 2015 dgn seribu kenangan

Balas
avatar

comel tulisan kecil kat blog neh. hehehe.

happy new year and pray for many travels to come in 2015!

Balas
avatar

Happy new year jard. Rusia dlm next list...hehehe

Balas
avatar

Mana entry 'Bila sampai masanya"???? Mana? Mana? Mana? Tak de pon...
* Kepoh nak baca... He He He...

Balas
avatar

Mmg kepoh sgt...hahhha. tu tersilap jer...

Balas