KEMBARA DI BUMI K-POP DIMULAKAN DARI JEJU-DO

DAY 0 (25/6/2012) kuala lumpur/seoul

Setiap yg bertanya, ko ni nak gi mana sbnrnya? aku nyer explain, sila buka buku geografi masing2. hehehe...gini...cth la aku sampai klia (INCHEON)...then aku ambik flight pegi langkawi (JEJU)...stay kat sana 2 mlm....pastu ambik flight pulak pegi penang (BUSAN)....stay kat sana 3 mlm, hari kedua kat penang (BUSAN), aku ambik bas pegi kedah (GYEONGJU), balik hari, pastu baru ambik bas dari penang (BUSAN) terus ke kl (SEOUL)...gitu lerrr..

Alhamdulillah, syukur semua berjalan sempurna dan apa yg dirancang hampir 100% dpt dilaksanakan. Persiapan awal mcm biasa, booking hostel, beli tiket flight Seoul - Jeju - Busan, dan booking taxi tour utk trip kat Jeju. Menelaah apa yg patut, cari sbnyk mana info yg blh dapat.

************
Hari yg dinantikan tiba, oleh kerana flight kami awal pagi (12.20am, Selasa), aku pun terpaksa la pegi ofis hari Isnin tu, nak abiskan semua utang2 report yg perlu aku siapkan. Sampai rumah dah kul 6.30pm, isi sambal ikan bilis dlm bekas, masuk dlm beg, semayang maghrib dan isyak, lebih kurang kul 9.15pm, anak buah aku hantar pegi LCCT.

Sampai jer epot, kwn aku a.k.a my travel partner call ckp dia dah sampai. Dah lama tak jumpa dia, since form 5. Tanya kabar lbh kurang, kami check-in, dan melangkah masuk ke departure hall. Sedang syok sambung balik cerita masing2, tetiba dtg satu kumpulan makcik2 yg pegi korea ikut tour. Org kelantan la pulok, ralit duk bersembang ngan diorang. Sempat bg no.phone sbb diorang begitu berminat nak join trip akan dtg slps mendengar cerita kami yg nak pegi sendiri ke korea dan sejarah perjalanan lain yg sebelum ini. Demo ni ikut tour 5d4n RM2500 tak termasuk tiket flight. Wahhh mahal tu, kata kami. Heheeeh

Day 1 (26/6/2012)  Incheon/Gimpo/Jeju

Selamat touch down kat Incheon tepat jam 8.10am. Ambik bus ke Gimpo, harga 7,000 won. Aku rasa kalo naik arex lagi murah kot, tp krn kami dah lambat sbb kena basuh bag, yes..you read it right, basuh bag. sambal ikan bilis yg aku letak dlm bag tu abis terkeluar minyak, satu bag tauu, nasib baik bag tu cuma ada mkanan je. pastu jam pulak lupa nak tukar time korea, sedar2 dah kul 11, kelam kabut kami cari bas utk ke gimpo. first bas yg kami jumpa ialah airport limo, terus jer beli tak sempat nak pikir dah.

refer sini utk transport ke Gimpo Airport 

refer sini utk booking Eastarjet

refer sini utk booking dan view Yeha Guest House

bersila kat incheon airport - ada aku kesah org pandang ker apa...ngeh ngeh ngeh janji bag aku sudah bersih

Kami memilih untuk guna EastarJet since itulah tiket yg paling murah kami dpt.  Tiket ni dah beli siap2 masa kat malaysia lg, aku rasa 3 bulan sblm tarikh dah blh start usha tiket. Bersempena dgn tiket tambang murah, gate nya nun dihujung kampung. Penerbangan ke Jeju mengambil masa 45 minit, cam dari KL nak balik kelantan jer. Dalam penerbangan diadakan satu game, tp sepatah haram kami tak faham, so kami rasa elok kami tak join. Mcm main rock, paper, scissor laaa. Pemenang dpt voucher.

Jam 1.30pm kami sudah sampai ke Jeju. Cuaca agak sejuk wpun musim panas. Ambik barang semua, kami terus keluar untuk ambik bas ke Yeha. No.bus ada ditampal di tiang luar airport. Tak lama pun tunggu, maka muncul lah bus yg kami nak naik iaitu bas #100 dan kami berhenti di hankook hospital utk sampai ke Yeha Guesthouse. Tambang bus 1000 won.

Oleh krn bebanan bag yg hampir 13kg atas belakang plus daypack lg, aku hampir2 jatuh masa dlm bas. driver bwk laju ooo, keadaan berkabus sbb hujan baru reda, menyebabkan aku tak nampak pun hankook hosp. nasib baik driver tahu yg kami nak stop kat situ, dia yg berhenti dan bg isyarat pd kami utk turun. sebaik shj turun baru kami nampak hankook hosp. berada di seberang jln dan kami perlu jalan kaki dlm 200m utk ke lorong belakang satu famasi. Tak perlu cross jln. Ikut jer direction yg di-print dari website yeha. senang jerrr

Direction : jeju airport - hankook hospital - bus no.100. 
Tips: hankook hosp. berada di sblh kiri
Bus fare ₩1000 sehala

#100 utk ke yeha guesthouse dari jeju airport

itinerary ari ni :
  1. check-in yeha
  2. dongmun market
  3. city hall


sikit info psl yeha guesthouse:
hostel ni mmg sgt2 bagus. Semua kemudahan lengkap. ada dapur dan peralatan memasak utk muslim, ada giant tv kat living hall, ada 3 computers, free landline phone utk call back home, dan free payung. Kami booked 4-bed dorm, quite sempit but utk tido jer kan. Dalam bilik ada individual locker, tp sbb kami check-in together, dia cuma bg satu locker shj, if nak lg satu kena byr 10,000won deposit. Yes...yeha kenakan deposit 10,000 dan dpt balik masa check-out. Kami share satu bilik dgn 2 chinese from singapore, but rarely jumpa diorang since mlm jer baru semua ada kat bilik. No big deal bg aku.

Ada yang email aku tanya mcm mana nak booking yeha ni, errrr aku pun tak brp ingat dah. Tapi rasa aku mmg bayar penuh time booking dan perlu jadi members sebelum booking. Kalau skrg dah berubah tak tahu lah aku....





yg bwh tu katil aku..Hehehehe sib baik kitorang awal 10 minit, kalo tak mesti kena duk katil atas
 
bathroom

lounge/hall - yeha guesthouse

Kami settlekan solat dulu, mandi dan terus turun utk meneroka bumi jeju. Selepas mendapat sikit info dari staff Yeha, kami naik bas #502 untuk ke Dongmun Market. Boleh juga guna bas #100. Tambang bas 1000 won sehala

Dongmun market merupakan pasar yg di dalamnya ada pasar basah dan kering. Kat sini ada satu tingkat yang jual dan jahit hanbok. Gila lawa, tapi tak berani nak tanya harga....segan.. bukan nak beli pun.

Direction : yeha guesthouse - dongmun market.
Bus no.502 atau bus no.100.
Stop at dongmun traditional market bus stop atau jungangno bus stop.
Bus fare ₩1000 sehala

dongmun market

Kami cuba makanan kat sini...street food mmg kena bijak memilih, kot2 ada unsur yang tidak halal. Kami di-confirmkan oleh seorang korean yg mknan itu cuma ada sayuran sahaja, tiada daging dan cara memasak nyer cuma goreng. Rasa mcm popia tp bentuknya bulat. Street food kedua yg kami rasa semasa di dongmun market, ialah kuih kacang.

Sempat soping coklat Jeju yg ada mcm2 jenis, ada rasa bunga kaktus, oren, green tea dan mcm2 lagi. Kenyang kami sbb setiap gerai kami berhenti akan offer coklat jeju utk cuba, sekali bg hah, bkn satu dua, segenggam diorang kasi kami. Ajumma baikkkk....ada anak bujang tak?? heheheh


utk 5 kotak, harga 10,000 won. satu kotak ada 15 keping coklat

Jeju takder subway, cuma ada bas. Bas mmg sgt bagus, interval time pun pendek, masa tunggu bas, kita dah blh tahu bas tu ada kat mana sbb bas diorang guna GPS, canggih siot...masalah bahasa tidak berlaku, sbb kami cuma ckp kat driver bas nama tpt yg kami nak pergi, dan bila sampai bus driver akan bg isyarat utk kita turun, dan satu lagi, setiap bus stand akan ada tulis next bus stand tu apa, masa ni dah blh get ready utk turun.

canggih
Lebih kurang kul 6.30 ptg kami tunggu bas utk balik ke Yeha. Sama jugak, blh naik bas no.100 atau no.502. Singgap jap kat the Mart utk beli nasi segera (instant rice). first time nak beli ni, mcm2 jenis ada. aku pilih yg harga 1450 won. Balik hostel, panaskan nasi dgn bantuan staf Yeha, dia tolong masukkan dlm microwave, panaskan 2 minit. aku tgk jer, nak belajar sbnr nya, so esok2 blh wat sendiri.

Lepak2 kat lounge area, call my mum since Yeha sediakan international call for free. Dah kenyang, balik bilik, mandi, solat dan zzzzz.

tips: jika duk dorm, lebih baik bwk sesuatu cam sejadah or kain yg boleh alas utk solat, sbb tak semua yg bukak kasut bila dlm bilik. Disebabkan agak was2 dgn kebersihan lantai, aku solat atas katil jer, solat sambil duduk. tp mak aku kata tak boleh sbb boleh usaha cara lain, solat duduk utk org yg tak mampu solat berdiri shj. so peringatan utk diri sendiri....bawalah kain extra utk alas tpt solat


Previous
Next Post »
15 Komentar
avatar

Hi Liza, nak tanya, macam mana nak contact Mr. Kim tu?

Balas
avatar

Hi dewman, ni email kwn Mr.Kim : maarooii@yahoo.co.kr. nama dia Mr Won.

Sbnrnya saya booking Mr. Won tp dia tak sihat so dia arrange kwn dia, Mr. Kim

Balas
avatar

kalau nk follow itirenary ni boleh?

Balas
avatar

apa lak tak boleh....sila2

bila nak pegi?

Balas
avatar
Anonymous 9:32 AM
delete

nak tanya untuk ke jeju island dari busan ada cara lain x??selain flight...kami backpackers mau travel budget tight...tqs

Balas
avatar

dari busan ke jeju boleh guna feri...tp lebih lama dan lebih mahal..

actually kalo naik flight sbnr nya murah jer...cuma kena beli awal...boleh cuba eastarjet atau jeju air atau jin air dll

boleh refer sini http://www.lifeinkorea.com/travel2/cheju/0

Balas
avatar

saya nak tahu, kalau emel kpd mr won tu, untuk minta lebih dari 1 kereta blh ke? bila agaknya waktu yang sesuai nk emel. sebulan sebelum pegi ke?

Balas
avatar

boleh kot...nanti dia arrange ngan kwn2 dia...

sebulan sblm tu dah okay...kot2 dia tak available nanti blh cari org lain

Balas
avatar

Liza harga easterjet tu waktu choose flight dengan payment mmg lain ke?sbb waktu sy choose flight hrga bru 35700 won tp bila smpi payment hrga jdik lain jdik 53600..tax n airport pn jdik double..knpa ek..mmg mcm tu ke

Balas
avatar

Pastu cmna nk ltk num phone ek kt easterjet tu..sy taip +60 pn dy xnk?

Balas
avatar

Ya Nat Hans, eastarjet rasanya konsep mcm Air Asia jgk. Harga yg dipaparkan tu blm termasuk segala tax. Bila last nak byr baru tahu harga sbnr.

Nak senang, jadi members. Blh beli at offer price dan juga blh masukkan contact number siap2. Part contact number tu saya dah lupa. Sorry

Balas
avatar

saya nak tnya klu nk book tiket ke jeju, mmg kena byr guna credit sja ke? or debit card pn blh? tq

Balas
avatar

emzi...yg ni tak sure lah...sorry. sbb selalu saya booking guna credit card. tak pernah cuba yg debit card...

Balas
avatar

Salam saya nak tny, akak guna credit card bank apa ye? sebab saya try book ada error :(

Balas
avatar

wsalam syahirah, akak guna citibank...

Balas