BUSAN yang BOSAN

kenapa aku kata Busan ni bosan??? over tau...marah Sandara Park (2NE1) kalo dengar ni..hehehe...

sepatutnya utk ari kedua, aku nyer plan nak ambik half day tour, yes, berjaya pun ambik tp kerana cuaca yg tak best, trip pun jadi tak seronok.

pastu cadangnya, ptg pulak nak jln2 sekitar busan, but we dah buat ni pada ari pertama.

pikir punya pikir, kami decide nak ke pantai yg terkenal kat Busan iaitu Haeundae Beach, tapi...ada pulak tapi nya... since kami dua org ni dah mmg org yg selalu tgk pantai, aku tiga thn belajar kat uitm dungun yg dpn nya terbentang pantai nan indah dan kwn aku pulak mmg kampungnya tepi pantai, kami rasa mesti sama jer kan pantai kat mana2 pun, so kami tak pegi, bagi penggemar pantai dan nak tgk ala2 baywatch mungkin tak kan rasa bosan.

***********

Day 3 (28/6/2012) Jeju/Busan

Sekali lagi kekaguman melanda. Oleh krn kami takut lewat sampai airport (perasaan 'janji melayu' menebal ketika ini) sebaik shj selesai urusan check-out yg tak sampai 5 minit pun, kami minta staf Yeha call taxi. Kalau lah tahu yg org korea ni mmg punctual gila babas, tentu kami sarapan dulu, then baru mintak staf Yeha call taxi. What to do, tak sempat nak sarapan, cuma sempat lekatkan note RM1 dan tulis nama kami kat board Yeha, taxi dah hon menandakan dia dah sampai. Perjalanan dari Yeha ke airport tak sampai pun 10 minit. Tambang 3800 won. Guna meter yer...bkn mcm kat Malaysia negara terchenta niii...asik nak menipu jer keje....haissshhhh

Sebaik shj selesai urusan check-in Air Busan, dan sempat berposing dgn staf Air Busan (lawa siot pompuan tu), kami melilau cari tpt sarapan. Susah jgk nak cari tpt halal, last2 kami beli coffee segera harga 400 won.  Kami antara yg awal duk melangut kat dpn gate masuk, sempat beli coklat Jeju yg bentuk monumen kepala Jeju tu, 5 kotak 10,000 won. Dari Jeju ke Busan ambik masa 1/2 jam. kalau eastarJet, ada game, kali ni pramugari AirBusan pulak menawarkan perkhidmatan mengambil gambar.

Air Busan

Transport ke Busan dari Gimhae Airport

Pusan Inn Motel





sarapan aku dlm Air Busan (choc.bar tu sendiri punya)


WELCOME TO BUSAN!!!



Utk ke bandar Busan dari airport Gimhae, boleh pilih nak naik taxi, bus, ataupun train. Kami pilih limo bas sbb senang. Booth limo bus ada kat luar airport, beli tiket dan tunggu jer kat tepi tu, terminal 20 kalo tak silap. Tambang 6,000 won sehala. Di Busan kami akan stay kat Pusan Inn Motel., yang berada berdekatan dgn Busan Station.


aku yg sedang bertanya "the best way to busan city". jgn malu utk bertanya
dan jgn lupa ambik semua pamplet yg ko paham


inilah rupa kaunter tiket bas (airport limo) utk ke Busan

 
itinerary ari ni :
  1. check-in pusan inn motel
  2. jagalchi market
  3. BIFF
  4. gukje market
sikit info psl pusan inn motel:
lokasi : sgt best, cuma 200m jer kot nak ke Busan Station (KTX).
kemudahan : basic shj, dlm bilik ada mini fridge, tv with hundreds of channel,one comforter but aku dgn muka tak malu mintak extra comforter
bilik air : fair enough
staff : baik wpun tak begitu friendly...sempat pinjam adapter utk camera
no breakfast
no laundry
no kitchen

direction nak ke pusan inn motel : jln menuju ke escalator busan station, pandang kiri dan nampak taxi stand, jln menuju ke taxi stand, cross jln dan jln terus sampai nmpak signboard pusaninn motel..sgt2 senang...pengalaman kami: sesat bila turun dari bas limo  airport sbb kami tak jln menuju ke busan station tp jln menuju ke shoplots berhadapan busan station..



lorong menuju ke bilik...ada air free

double bed 35,000 won per nite

bilik air yg agak luas...wpun kelengkapannya agak usang


Oleh krn masih awal, kami tak dibenarkan check in, kami letak jer beg dan masuk restoran sblh motel konon2 nak lunch...aishhh wpun semua seafood tp kami agak tak yakin, terus keluar pegi busan station dan lunch kat dunkin donuts..hahaha gini lah idup berkelana...tghari pun bantai donut..

lps solat kami mula atur rancangan utk ke jagalchi market..gukje market dan BIFF square

direction busan station - jagalchi mkt (line 1). PERINGATAN!! PERLU GUNA METRO BKN KTX. SILA AMBIK EXIT 8 UTK METRO..

inilah tangga utk ke subway (exit 8) berhadapan Busan KTX


tambang utk satu sektor 1200won dan 1400won utk 2 sektor sehala


sebaik aja kuar station, kami mencari arah ke BIFF. dgn bantuan local people dan juga map, kami berjaya menjejak kan kaki ke gukje market. kalo lihat dlm map, tiga2 tpt ni semua nya satu area.

Gukje Market mcm petaling street...ada jual baju, kasut, makanan dll. Cuba street food yg kami jumpa kat sini..sotong bakar letak mayonis dan potato pusing..

Jagalchi Market pulak adalah pasar ikan dan ada byk restoran seafood. kami cuma lalu jer, tak singgah pun..









yayyy...aku dpt lg mkn potato pusing


best!!!






jln kembali lengang

lps dah penat pusing2 kat market diorang, kami memulakan perjalanan balik. kami memilih utk jalan kaki, kwn aku nyer calculation 1km=1station.oleh krn kami mulakan dari jagalchi, maka jarak utk smpai ke busan st. adalah 3km...what???

kami jln menyusuri nampo underground shopping-window shopping dan bila dah smpai hujung kena naik atas utk jln tepi kaki lima,turun balik bila jumpa jagalchi underground shopping,dan naik balik..sempat beli tshirt since baju aku semua dah abis pakai tp end up bg kat anak buah aku sbb dia nyer hadiah lupa nak beli...hehehhe

Pengalaman aku masa soping kat underground (bunyi cam mafia...huhuhu) mmg sgt dukacita. Aku ni biasala kan, sambil lalu sambil duk belek2 baju, wpun tak nak beli tp tgn ni asik duk pegang2 jer. Sekali satu ajussi tu terus tarik aku masuk dlm kedai dia dan ambik baju tu kasi aku cuba. Wife dia pun sibuk la dtg nak tolong aku cuba baju tu...apa kes suh aku bukak baju kat situ?? tidakkkkk...aku sarung jer mcm tu, dah jadi mcm pemain american football dah badan aku...ajumma tu tak abis2 ckp ipputa ipputa (cantik)...heheheh saja nak kempen aku suh beli kan?? sori naik lori lah....aku pun sekadar ambik ati tanya lah brp harga, mak aih sekali dia kasi kalkulator (alat perhubungan utk harga), gilaaaaa satu baju harga dia dah mcm RM180 kat Malaysia.... aku geleng kepala tanda tak nak sambil cepat2 tanggalkan baju. Kawan aku rilek jer duk dpn kedai sambil tunggu aku, ajussi kasi aku kalkulator tu suh aku tekan sendiri brp aku nak...hahahahaha cari nahas ajussi ni....aku pun tekan lah 20,000 won. Aku tahu sure tk dpt nyer, tapi yg paling aku terkejut, dah la marah aku, siap dia halau aku lg keluar dari kedai dia...hahahah vongoks ajussi... main2 tolak2 pulak aku...cepat2 aku tarik kwn aku sambil berlalu pergi....tp masih sempat toleh belakang dah jerit ekkkkkkk kat ajussi tu....

moral of the story : jgn lah duk belek2 baju yg tiada tanda harga

underground shopping


sempat lihat majlis perbandaran busan angkat sampah, diorangnya sistem angkat sampah guna troli pastu bila dah penuh baru hantar pegi lori, aku perasan semua yg angkat sampah baya atuk2 dah..mana pegi org muda?

jumpa police station yg sgt2 lengang...kadar jenayah tak hebat kot kat sini..

okay...tetiba aku teringat pengalaman masa pegi hongkong, nak cross jln mesti kat lintasan belang, tak leh suka2 ati nak lintas, kat korea pun sama...rakyat dia sgt behave okay..secara tak lansung kami pun jd pejalan kaki yg sgt tertib..

lps dah hampir 45minit jalan kaki plus singgah kat kedai2 jual baju, kami dah nampak busan station...fuhhhh penat tak yah citer, rasa nak pengsan kat situ jgk...dlm sambil2 nak pengsan tu kami nampak satu lorong yg tulis besar2 FOREIGNERS' SHOPPING DISTRICT...jeng jeng jeng dgn penuh tanda tanya kami melangkah masuk ke lorong tu...wow bersepah bar dan disco sepanjang lorong tu dgn aweks2 korea duk tunggu pelanggan..ada sex shop...hehehe zina mata jap...tourist mmg ramai, org kulit itam kulit putih semua ada...nak jer snap gambar tp takut...kang tak pasai2 kena rampas ngan oppa bouncer...

sedang elok kami jln menikmati pemandangan kupu2 mlm, terjumpa la pulak satu shop yg jual souvenir...harus diingat sepanjang kat jeju dan setengah hari kat busan inilah kedai pertama yg kami jumpa jual keychain korea...hahahah (kecuali satu gift shop kat trick art museum dan satu kat jeju teddy bear yg brg2 nya sgtlah mewah utk dibeli kasi kat famili dan frens)

nampak?

kami jln sampai ujung pastu pusing keluar ikut jln besar sbb terperanjat jumpa dgn ajussi2 sdg main aji (dam) sambil mabuk2...eeeuuu

last sekali berhenti kat kmart beli nasi, oleh krn motel tak sediakan kemudahan microwave maka aku panaskan nasi kat kmart jer, siap dpt sudu free lg...kamsahamnida ajussi...mkn  nasi berlaukkan sambal bilis smbil layan citer 300 kat bilik.

kami panggil citer 300 bersempena dgn channel yg kami tonton, sbb takder sub tp gigih nak tgk..maka kami bg tajuk sendiri (tajuk sbnr a gentlemen's dignity)



berakhir hari pertama kat busan...esok kami akan membuat lawatan muhibbah ke gyeongju (thanks to two days one night sbb kenalkan aku dgn destinasi ini)

2days 1night episode gyeongju



Previous
Next Post »
7 Komentar
avatar
Anonymous 10:42 AM
delete

assalam,

boleh saya dapatkan emel awak.nak tanya mengenai busan.
love to read ur blog:-)
tq

Balas
avatar

liza_anum@yahoo.com

tq

Balas
avatar
Anonymous 2:39 PM
delete

Kat Pusan Inn tu ada water dispenser/jug letrik tak utk buat air panas/makan meggi?

Balas
avatar

Jug letrik tak ingat ada ker tak tp water dispenser tu ada. Air panas dan sejuk...dpn tangga tingkat 1...

Balas
avatar

Salam.. awak nak tanya Bus Limo dari Gimhae ke Busan tu mmg last stop kat Busan Station ke? Thanks.. boleh reply kat orkid84@gmail.com

Balas
avatar

Wsalam...rasanya tak....cer refer link ni
http://www.airport.co.kr/gimhaeengm/subIndex/5150.do

Balas
avatar

Boleh dpt kan itenary busan? cidayahya@gmail.com

Balas