SEOUL.... BEST GILERRRR

SEOUL DAY 1

Pukul 7 pagi kami dah terpacak kat metro Busan Station utk pegi ke Nopo-dong, dalam metro ramai makcik2 yg naik, ada yg gaya nak pegi senaman dan ada gaya yg nak pegi temple. Dalam masa 45 minit tu sempat lah kami merakam beberapa aktivit mereka semasa dlm subway. yg muda mmg tak lepas dgn smart phone dgn telinga disumbat earphone. aku sempat bisik kat member sebelah , manusia yg paling ramai jd pekak lps ni adalah rakyat korea...heheheh. serious diorang mmg tak lekang dgn smart phone jenama samsung...hohoho sungguh loyal diorang ni.

Sebaik shj sampai kat nopo-dong station, kami ada masa lg 30 minit utk berlibur. Cari port utk breakfast iaitu Paris Baguette. Beli iced choco dan roti, kami lepak kat seat dpn pintu dgn bagpack terbaring kat lantai. Takder sapa peduli pun okayyy, peak hours semua berkejar masuk beli air pastu blah. meja sebelah dihuni sorang perempuan local, tgh study sambil telinga sumbat earphone, see aku dah ckp dah. diorang ni terlalu taksub dgn menatang smart phone tu. sekali tetiba minah tu hilang...hahhhhh dia pegi toilet rupanya dgn segala benda termasuk samsung s3 tu dibiarkan jer atas meja. kagum aku, takder sapa pun peduli, kalo kat sini....aishhhh tak sampai 1 minit sure dah hilang, magik malaysia ni.

Abis jer breakfast, kami melangkah ke terminal bas. cari terminal 15, sempat tunjuk tiket kat guard, dan dia tunjukkan pintu masuk. ya betullll, pandai ajussi, pintu tu betul2 dpn terminal 15. sementara tunggu pintu bas dibuka, kami lepak2 kat dpn bas sambl berdoa agar bas tak penuh, nanti blh duk tepi tingkap...heheehhe. sebaik shj pintu bas dibuka dan tpt simpan beg kat bwh bas dibuka, berderu2 org dtg utk naik bas tu. Ehhhh mana dtg org2 ni semua, td takder pun. tepat 8.30 pagi bas mula bergerak menuju ke Seoul.

Bas agak penuh. Seat blkg kami dihuni oleh sepasang kapel veteran. Alahai... aku tak leh tahan dgn bau kimchi. Serius weyyy, nak termuntah pun yer. Sepanjang jln ajumma ngan ajussi tu tak berhenti2 mkn. Kawan aku syok jer layan mimpi, lansung tak terkesan. Boleh pulak aku sapu perfume kat lengan baju, pastu duk hidu tu lah sepangjang jln. Seminit pun aku tak terlelap. Perjalanan dari Busan ke Seoul ambik masa 4 jam setengah. Sekali jer berhenti utk 15 minit for toilet break, tapi kami tak turun takut terlajak masa.

Busan Bus Terminal
RnR

dlm bas...kwn aku lena tul tido...hehehe

Sepanjang perjalanan takder apa yg menarik sbb bas melalui highway, so lebih kurang je dgn malaysia. bila bas mula memasuki seoul, bas mula bergerak perlahan. keadaan trafic agak sesak tp bas tetap sampai ke express bus terminal tepat masanya. sebaik shj turun dari bas, aku dgn gelabah nyer mencari direction nak ke chungmuro. alahai kertas tu letak dlm bag pastu kat bwh baju2 la pulak. tak kan nak punggah brg2 kat situ, aku dgn muka penuh yakin menyakinkan member aku yg aku ingat camner nak ke chungmuro. jom kita ambik line oren, aku tak sure line no.berapa tp aku yakin kaler oren. ngeh ngeh ngeh....dari terminal, kena berjalan hampir 200 m utk sampai ke eskalator yg membawa kami ke subway. ini kali pertama kami nak menggunakan perkhidmatan subway kat seoul, kami mencari mesin tiket, dan pilih destinasi chungmuro. senang nyerrr... pastu ikut jer direction yg di kalerkan oren utk naik line yg betul.

Express bus terminal station ni ada 3 lines dan utk sampai ke chungmuro ada 7 stops. sampai jer kat chungmuro, sekali lg cabaran kami, nak ambik exit mana. aku tawakkal lg sekali, mencuba exit 4. yahoo...betul pun. keluar jer terus nampak hotel sejong dari jauh. aku yakin betul, aku mengemudi perjalanan ke ips hostel. jalan 3 minit sampai ke Astoria Hotel dan IPS Lounge Hostel kat lorong belakang Astoria Hotel. (note utk diri sendiri, lain kali simpan semua tu dlm daypack, senang nak ambik).

Lps check in, rehat jap, bincang mana nak pegi. Mintak tolong staf hostel call dan booking seat utk kami ke Nami Island esok. Lps semua settle dan duit pun dah bayar, kami keluar utk pegi ke namsangol hanok village (kalau dari IPS, lorong sblh kanan sblm exit 4). Tak sampai 5 minit pun jln. Dekat sgt2.

Itinerary ari ni ialah:
  1. namsangol hanok village
  2. namsan tower
  3. myeong-dong
 IPS Lounge Hostel

sikit info psl IPS Lounge Hostel:
Newly renovated aku rasa, so semua peralatan mcm baru. agak selesa cuma ada beberapa yg slack sikit. Lounge ada kat tkt 2, which is kami perlu naik ke tkt 2 just utk makan. Lounge ni ada microwave, toaster, PC, dan makanan free - mee segera dlm cup dan roti. Free breakfast jugak. Lounge open from 7am until 10pm.

Dlm bilik air takder sinki dan dalam bilik takder tpt yg cukup utk gantung pakaian. Dalam bilik ada mini fridge, tv, air-cond dll. quite okay la

Staff dia sgt baik, siap tlg laundry-kan baju kami, aku kehabisan baju sbb kat Busan, motel tu tak sediakan laundry (note : Kebaikan jika duk guesthouse/youth hostel, kemudahan laundry mmg disediakan, paling best it's free).


entrance, agak tersorok, sbb betul2 berada blkg Astora Hotel

twin room : 70,000 won per nite

bilik air yg comel


pintu masuk ke namsagol hanok village

nampak namsan tower dari namsagol hanok village

Kebetulan ada show taekwando dan tarian tradisional korea masa kami sampai kat namsangol hanok village. Layan jap sblm kami ke Myeongdong.  Masa kat namsangol, jumpa satu kapel cina dari malaysia, diorang dtg semata2 nak pegi Expo 2012 Yeosu Korea. diorang naik ktx utk sampai situ, kos train pun dah hampir mencecah belanja kami selama 4 ari kat korea, huhuhu....kami destinasi bajet jerrr. pasrah dgn itu, kami tak rasa pun nak pegi festival tu.









kwn aku ambik gambar yg sedang ambik gambar....

Dari namsangol, kami jln kaki ke myeondong. Ambik masa lbh kurang 15minit. Ohhh gini rupanya myeongdong. kami jln2 sekitar sambil mata mencari tpt mkn yg halal. org mula ramai, peniaga pun dah start bukak meja jual barangan masing2, kami lalu satu kedai jual brg2 kpop. menjerit sekejap kat situ tanda seronok sgt2, set dlm kepala nak beli stokin2 yg printed kpop artist utk anak2 buah yg kemaruk kpop.

Aku berjalan tak pandang kiri kanan dah, tetiba dengar kwn aku jerit. rupanya dia jumpa kfc yg ada jual shrimp burger. ya walle walle...blh mkn burger. lps order, kami diberi satu benda alah berbentuk bulat dan disuruh tunggu kat mana2 utk ambik pesanan. aku pandang kwn aku, tanya apa benda ni? nombor giliran ker apa? kwn aku geleng tanda taktahu. kami pilih utk duduk jer kat bangku tepi tingkap sambil tunggu order. tetiba benda bulat kat tgn aku tu vibrate. hahahah rupanya itu adalah signal yg order kami dah siap. waaaaa jakun kah aku??? ambik order dan kami mkn kat tkt atas. kejap jer licin, lapar kan since dari pagi belum mkn.


myeong-dong, kat sini aku cuma beli dua buku kecik (memo pad) kwon sang woo oppa dgn so ji sub oppa...hehehhe

suka tul kwn aku ambik gambar aku dari blkg....aishhh

mcm best...tp agak ragu2 nak mkn

Dari myeongdong, kami patah balik ke chungmuro utk ambik yellow bus to NAMSAN. ni aku take note dari forum, ada bas dari daehan theater (chungmuro exit 2) ke namsan tower. hahahah sepatutnya blh jer ambik bas tu dari myeongdong. takper...jalan lebih sikit dgn niat utk kurus....hahahah. yellow bus caj kami 900 won sehala. masing2 byr 1000 won dan dpt baki 100 won duit siling.  ingat bas tu terus sampai atas, rupanya kena mendaki gak sikit, semput weyyy 

Kami just lepak2 kat gazebo, ambik gambar, naik tpt kunci byk2, ambik gambar lg, last sekali ambik la gambar wajib, namsan tower waktu senja..


org ramai dah mula ramai..emmmm ramai nya org ramai









Utk balik kami tunggu bas kat stand yg tulis 03 iaitu bas yg sama kami dtg. Aku org ketiga yg naik, member aku kat blkg, naik jer bas dgn yakin aku terus masukkan note 1000 won dlm mesin tu. rupanya ajussi driver tak nampak aku masukkan duit, dia still hulur tgn mintak aku byr. aku tunjuk kat mesin tu, dia marah2 suh byr. kwn aku kata byr jer, dia tak nampak ko letak tu, aku tarik lg satu duit 1000 won dan kasi pakcik tu dan dia kasi balik 100 won. jem sekejap kat pintu masuk ekoran aku yg tak puas hati duk bertekak dgn pakcik tu. Aishhh geram nya aku. tak pasal2 aku dah byr 1900 won utk balik. kwn aku pandang aku yg tak abis2 mengomel, kata takper nanti kita kongsi 500 won sorang. hehehehe aku bkn kesah pun Ja...tp geram. mcm lah aku nak menipu sgt.

Berhenti kat tpt sama gak, dpn daehan theater, dan jln kaki balik hostel. singgah beli instant rice, dan cpt2 naik tkt.4 utk panaskan nasi lps tu seludup bwk keluar mkn kat bilik. (note: hostel ni tak menggalakkan mkn kat dlm bilik, kena mn kat lounge area jer, mana bleh....aku kan nak tgk citer 300).

Berakhir sudah ari pertama kat seoul.

Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

baru nk baca entri ni :-)
Ritu g namsan naik cable car pastu balik naik bas..naik bas yg sama No 03 sbb nk turun di Seoul Station. Time naik tu touch je T-Money tak perlu bayar cash like Liza mention dalam 900won kalau x salah.

Bab gagjet tu mmg betul,,dorang masuk je tren HP dh ada di tangan x kira yg berdiri or duduk..earphone di pasang

Balas
avatar

ehh..lupa nka tanya berapa tambang bas dari Busan ke Seoul ye Liza?

Ritu JM naik KTX from Seoul tu Busan dalam 43,200 Won tempoh masa lebih kurang 3 jam

Balas
avatar

22,000. Tp kena naik dari nopodong. Lbh kurang setengah jam dari busan

Balas
avatar

Ai xguna t money sbb bila kira balik byr cash lg jimat sbb we all naik cuma brp kali jer..

Kan...diorang gila gajet betul

Balas
avatar

Askum. Nk tnye. Dri busan nk ke nopodong tu mcm mne ye. ? Naik ape?

Balas
avatar

Wsalam. Naik metro sampai ke nopodong stn. Terminal bus adalah sekali dgn nopodong stn.

Balas
avatar

salam, sy nak tanya, dr busan ke seoul naik bus mcm mn nak beli tiket ya..? dah cari tapi x jumpa..one site ckp online ticket, bila buka web dia, semua korea susah nak faham..x tau camna nak book... harap dpt membantu :) tq..

Balas
avatar

salam...
kami tak beli online utk tiket busan ke seoul, tapi beli kat kaunter. Sorry tak dpt nak bantu, mungkin ada cara utk beli online

Balas