Friday, July 6, 2012

GYEONGJU THE OPEN MUSEUM

Day 4 (29/6/2012) Busan/Gyeongju/Busan

Itinerary ari ni ialah ke Gyeongju, the open museum, org kata. Untuk ke Gyeongju dari Busan, kami guna metro (subway) dan bas. Perjalanan ambik masa lbh kurang 2 jam..

Destinasi ni aku tahu sbb terpengaruh dgn rancangan variety Korea, 2 days 1 night...

refer sini utk bas ke Gyeongju

Busan St. - Nopo-dong St. (line 1)
Busan Bus Terminal(Nopo-dong St) - Gyeongju (bus)

Nopo-dong St adalah last stop utk line 1 yg akan menghubungkan kami ke Busan Bus Terminal dimana kat sini nanti kami akan naik bas utk ke gyeongju dan juga mana2 destinasi lain di korea. Kaunter tiket ada tulis dlm english, jgn susah hati, just approach kaunter yg betul utk beli tiket. wpun english diorang tak sehebat mana, but just simple hello, sebut destinasi dgn betul, and number of ticket(s) yg nak dibeli mmg diorang akan faham. Tiket pun dicetak in english, so semak tiket dulu sblm beredar.

Bas ke gyeongju sgt selesa dgn kami yang cuma 4 org penumpang shj. Aku kejap pegi belakang, kejap pegi depan. Kwn aku mengelamun ntah kemana, tido aku rasa. hehehehe....

Sepanjang perjalanan, dpt lihat rumah2 org korea, taman2, kebun2 dll. Tp aku tak sempat nak snap gambar sbb bas sgt laju okayy...kalo ambik pun sure tak cantik.

[metro] : Busan Station to Nopo-dong Bus Terminal
[bus] : Nopo-dong Bus Terminal to Gyeongju
tiket bas
gyeongju

Kami pilih one day tour yang bermula kul 11am dan tamat 6pm.  Bayaran 15,000 won dan entrance 11,500 won. Kami walk-in jer utk tempah, tourist information betul2 bersebelahan dgn station bas gyeongju. Tourist guide berbahasa korea, tak paham sepatah haram pun. Bagi aku, tour ni sgt bagus sbb in one day, blh cover hampir semua tpt yg famous kat Gyeongju.

refer sini utk ----> Gyeongju Tour 

Sempat sarapan di Rumorpang Cafe sementara tunggu tour bermula...harga mmg standard korea laa. Cafe ni best, cozy. Rasa cam nak duk lama2 jer kat sini. Disebabkan masih pagi dan hari bekerja, hanya kami berdua jer yg menjamu selera. Owner seorang perempuan, aku agak jer sbb dia jer yg ada..hehehe. Nak bersembang pun kami mempunyai masalah komunikasi yg sgt hebat. Nak order makan pun dah guna isyarat, ada ati nak bersembang??? Muncul lah dlm kepala, kenapa kat UiTM dulu takder kelas belajar bahasa korea?

Rumorpang Cafe, gyeongju


dekorasi dalam Rumorpang cafe

notes dari pelanggan rumorpang, kami pun ada menyumbang sikit kata2..hehehe

air cekelat+rotiboy = 6000 won


Now, let me strory about the one day tour...

Tourist guide kami sgt excited bercerita psl sejarah2 setiap tpt, dari memek muka dan gaya bahasa yg dia guna aku rasa dia ni mmg A++ dlm sejarah...sorry we are not historical person, but anyway rasa kagum dgn kesungguhan dia bercerita wpun kami tak paham.

Tpt yg di-cover dlm tour;
  1. Poseokjeong - dlm satu taman kecik
  2. Cheonmachong - kubur raja2 diorang
  3. Cheomseongdae - oldest astronomical observatory
  4. Anapji pond - indah
  5. Seokguram groto - nak sampai ke tpt patung buddha perlu jalan naik bukit, pemandangan sgt cantik
  6. Bulguksa temple - jumpa satu prof dari Pakistan, tumpang dgr tourist guide dia yg blh berbahasa english
  7. EXTRA - Bas berhenti kat satu kedai jual gyeongju bread. kami tak beli pun, tp satu famili se-tour kami offer roti tu dan suruh kami cuba sambil tunjuk ibu jari tanda sedap. aku makan dan rasanya mcm bun kacang ataupun kuih jepun (masa kat kelantan selalu mkn ni), sedap la jugak.



POSEOKJONG 

Tpt pertama yg kami stop ialah poseokjong. dari apa yg aku faham, tpt ni merupakan taman mini dimana raja2 akan duduk beristirehat sambil berpuisi atau bersajak. denai air atau longkang kecil  itu digunakan utk laluan teh. best kan kehidupan raja, bersajak sambil minum teh...




Tpt nyer kecik jer...bersih dan terjaga..


tour guide gigih bercerita. aku? sepatah haram tak faham






CHEONMANCHONG

Tpt kedua pulak ialah cheonmanchong atau kubur raja. bentuknya mcm pusu, keadaan lembap serta sejuk bila masuk kat dalam serta bau tanah lembap bercampur rumput agak kurang selesa pada aku dan sblm aku pengsan sbb fobia berada kat dlm tpt terkurung, aku cepat2 keluar. jumpa satu kapel dgn dua anak kecil, so comelllll.....pandai pulak tunduk hormat bila nak balik.


cheonmachong

Sama mcm poseokjung, taman kat dalam ni pun terjaga. Sgt bersih...










CHEOMSEONDAE 

Tpt ketiga ialah cheomseondae. mengikut sejarah tpt ini adalah tpt pencerapan bintang yg terawal di timur asia.






 Pemandangan bukit2 yg sgt indah...mcm lukisan...






ANAPJI POND 

Seterusnya kami dibawa ke anapji pond, satu tasik yg sgt tenang dan cantik. Tasik ni terletak dalam kawasan istana masa zaman silla.














SEOKGURAM GROTO 

Dari anapji pond kami dibawa ke seokguram groto yg perjalanan nya mengambil masa hampir 1/2 jam.

Untuk sampai ke patung budha yg berada dalam seokguram groto, kami perlu berjalan hampir 1km dan pemandangan tepi lereng bukit tu sgt cantik. jln sgt bersih. agak kepenatan, kami tak naik pun ke puncak bukit yg terletaknya tokong budha yg sgt femes itu. rupanya tour guide ada cari kami, panik dia sbb takut kami hilang, dan nampak dia gembira bila tgk kami muncul dgn selamat dlm bas. dia ada citer sesuatu dalam bas, again dlm bahasa korea, tp sikit2 aku blh faham apa yg dia duk citer, aku rasa dia citer kan pengalaman dia dlm mengendalikan pelancong luar mcm kami.

Sbb2 kami tak join ke puncak bukit tu, 1)sekadar nak tgk patung budha kan, kat kg.siam lg besar okayyy budha duduk tu. tak jauh beza mana pun aku rasa. 2)penat 3)kalo naik pun, sekadar nak dgr pompuan tourist guide tu duk citer dlm bahasa korea yg kami tak faham. keputusan kami muktamad, just lepak bawah jer.



anak tangga utk naik ke patung budha, aku tak naik pun....just lepak kat bwh ni jer

Semua kena jalan kaki....kenderaan semua parking luar....bersih sgt2...nak baring pun lalu...














 

BULGUKSA TEMPLE
Tpt terakhir ialah bulguksa temple yg jarak nyer tak jauh dari seokguram groto. kat sini kami jumpa satu pelancong dari pakistan dan dia murah hati ajak kami join dia sbb dia nyer tourist guide blh berbahasa english.


bulguksa temple
susahnyanya nak snap gambar yg lansung tiada manusia


menyambut kami masuk...hehehehe

















 Mercu tanda yang aku sendiri tak tahu apa maksudnya...



Bulguksa Temple : aku pun sebok nak gi beratur time ni...sengal....sib baik kwn aku tanya...ko nak gi mana?? ekeekekek

Secara keseluruhannya, aku puas hati dgn tour ni, berbaloi lah dgn caj yg dikenakan. Tour ni berakhir jam 5ptg lebih kurang. Last stop adalah tpt sama masa tour bermula iaitu gyeongju tourist centre.

Kami ke stesen bas dan beli tiket utk balik ke busan. sama jugak, bas akan berhenti kat busan bus terminal yg terletak kat nopo-dong st. dan kami perlu naik metro utk smpai ke busan st. kali ni tiket bas murah by 400 won, perbezaan ni sbb bas ni double seat means dua seat kiri dan dua seat kanan. Berbeza dgn bas ke Gyeongju, harga tiket 4500won dan seat dua kiri dan satu kanan.

Bas penuh tak mcm bas kami dtg, kami jumpa satu famili yg sama2 ikut tour gyeongju, rupanya diorang nak balik busan jugak.

Sebaik shj sampai kat busan bus terminal, kami decide nak terus beli tiket ke seoul utk ari ahad nanti. khuatir takder tiket kalau nak beli on the spot . Siap lukis gambar lg utk mintak seat dgn bantuan tulisan hangul yg petugas kaunter kat gyeongju tour tu tuliskan, kami hulur kat penjual tiket. dia paham apa yg kami nak, tp malangnya seat single cuma ada kul 8am dan 9am. berfikir dan mencongak2 sekejap, kami beli tiket pukul 8.30am, double seat dgn harga 22,000 won. kalo nak bas kul 8 atau 9 harga tiket ialah 32,800 won.  Time wisely and save money, hahahahah.

Dlm subway ke Busan St, kami memilih utk duduk kat seat paling hujung dalam gerabak tu. Konon2 tak nak bercampur dgn org korea yg duk tgh2 gerabak. Bila sorang masuk pandang kami, dua masuk pandang kami. Rasa semacam dah, pastu baru kami perasan tpt tu khas utk warga emas, so sblm kamu warga emas, jgn harap nak dpt duk situ...hahahah. pelan2 kami bangun dan berdiri dpn pintu metro.

**************

Gyeongju, sesuai dgn jolokannya, a museum without walls, tpt ni mmg sejarah. gyeongju adalah sejarah, dan sejarah adalah gyeongju. bandar nya agak historical, tak ada bangunan tinggi, cuma deretan kedai dan beberapa hotel lima bintang yg berada di kawasan Bomun Tourist Zone. Aku difahamkan, di gyeongju tidak dibenarkan membina bangunan yg melebihi 5 tingkat dan stiap bangunan perlu mempunyai ciri2 bumbung pagoda. bila berada kat sini, seolah-olah kita berada 1000 thn kebelakang. oleh krn aku aku ambik tour, maka tidak berkesempatan utk meronda sendiri. Jumpa station minyak, tapi lupa nak snap gambar, sbb station minyak dia pun unik sbb bumbung berbentuk pagoda.


deretan kedai berhadapan gyeongju bus station

pintu pagar rumah di gyeongju

0 Comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com