JEJU DAY 2

27/6/2012

itenarary ari ni :
  1. taxi tour (blh email Mr.Kim : kimi9461@hanmail.net)
  2. city hall

Kami ambik taxi tour for one day, 120,000 won utk 8 hours. Dari pukul 8 pagi sampai 4 ptg. Aku cuak gak sbb hanya confirmed melalui email without paying anything, buat nyer tak muncul, haru aku nanti. Masa tu nanti barulah org jeju leh jumpa anak cucu hang jebat.

Lps jer breakfast (yeha sediakan free breakfast berupa roti, jem, cereal, susu dan kopi), kami keluar untuk tunggu Mr.Kim, dan kat sinilah kami merasai org korea sgt punctual. Kagum kagum. Mr.Kim dah sedia menunggu kami di tepi taxi nya yg kaler silver wpun jam masih menunjukkan pukul 7.50 pagi. Kami mula2 nak pinjam payung dari hostel, tp Mr.Kim kata tak pyh sbb dia ada sediakan rain coat. Masa ni hujan renyai2. Masuk jer kereta, kami mula berbincang mana tpt nak pergi.  Kalau ikut perancangan, kami akan pegi 6 tpt, tapi atas nasihat Mr.Kim, satu tpt terpaksa cut krn masa tak cukup. Kami pegi west dan juga east. Satu tpt yg agak membazir bg aku lah, ialah teddy bear museum, mungkin sbb umur dah cam gini, interest utk patung2 ni dah kureng...hahahahaah faktor usia kah???


taxi Mr Kim

Ini adalah turutan tpt yang kami pergi:
  1. Manjanggul cave - nice
  2. Seongsan sunrise peak - indahnya ciptaan Tuhan
  3. Trick art museum - gila posing kat sini, mmg takder rasa malu ker apa sbb semua org pun buat benda sama
  4. Teddy bear museum - *sigh*
  5. Cheongjeyeon falls - sbb dah lambat, masuk ambik gambar jarak jauh dan blah. tak sampai 15 minit pun kami kat sini

Utk lunch Mr.Kim bawak kami makan kat satu restaurant jepun. Dia tolong pilihkan menu utk kami, dan suggest apa yg patut kami cuba. Restaurat tu terletak dkt2 dgn teddy bear museum, satu set makanan 15,000 won. Kami order 2 lauk, semua sekali 30,000 won utk 2 org. Ikan bakar tu sedap...freshhh

Mr Kim sgt bagus,dia tolong kami belikan tiket since agak susah utk berkomunikasi, dia arrange kan satu unni utk kami masa kat manjanggul cave yg blh berbahasa english, so this unni tlg explain apa yg ada kat dlm cave tu, aku tak ambik pot sgt sbb gua tu kan gua, aku bkn ahli arkeologi, harap maklum. tp mmg lama kami kat dlm gua ni, hampir sejam....ntah tak tau apa yg menarik...

Mr kim tolong tangkap gmbar kami berdua, stop kat tepi pantai yg belakang nya seongsan peak, sgt cantik okayyy....stop kejap jer, 5 minit pas ambik gambar, sambung balik perjalanan. tp yg pasti mr kim sgt2 korean, very punctual, very the kalut one..

Jarak antara satu tpt dgn yg lain agak jauh, contoh nya dari manjaggul cave ke seongsan lebih kurang 25 minit (masih lg berlegar dlm kwsn east), seongsan sunrise peak (east) ke trick art museum (west) mengambil masa lbh kurang 1 jam setengah. Sempat tertido lah aku. Dari trick art museum nak ke teddy bear museum pun agaj jauh, 1/2 jam gitu, cuma dari teddy bear museum ke cheongjeyeon falls shj yg dekat. tak sampai 10 minit. Patutlah kalo ambik yeha tour, dia cuma cover satu bhg shj utk satu hari, contoh hari ni cover east, esok cover west.

Pemandangan kat sini mmg lawa, sepanjang jln kami jumpa pokok2 bunga liar tepi jln. Bunga nya mcm sejambak2, ada kaler purple, oren, pink, biru. Nak jer mintak Mr.Kim berhenti sbb nak ambik gambar, tp ingatkan jumpa lah bila sampai kat mana2, hemmm hampeh.

Camera aku bateri kong sebaik shj sampai kat trick art museum, blh bayangkan betapa geramnya kat diri sendiri. Berbekalkan hp kawan aku, kami masih blh bergambar wpun muka dah kelat...



 Manjanggul Cave


diberi penerangan secara free oles staf bertugas..


Seongsan Sunrise Peak










Teddy Bear Museum




Trick Art Museum




Cheongjeyeon falls



Mr Kim hantar kitorang kat city hall (last stop) without any extra charges. Saja nak pusing2, kat sini byk bar, tpt lepak student dan org2 muda. Masuk satu lorong dan terjumpa Backpackers in Jeju. Quite good jgk dia nyer hostel, utk sapa2 yg nak suasana happening, blh consider utk menginap kat sini, sbb Yeha cam outskirt sikit.

Mengingatkan yg kami blm lagi solat zuhur dan asar, kami terus jalan kaki balik hostel. Dari city hall tu jln terus jer, tak pyh belok2, senang gila. Lbh kurang 20minit, sampailah kami kat yeha.

Lps mandi dan solat, kami ambik bas ke City Hall semula sbb nak tgk suasana malam, jalan2 tanpa arah tujuan, masuk lorong keluar lorong, jgn bimbang, tpt ni mcm selamat...hehehe. Dah penat jln, kami balik ke hostel dgn bas. Dah tak larat dah nak jln. Bus no.#100 dan byr 1000 won sehala.

Berakhir sudah perjalanan kami di Jeju dan esok pagi2 kena gerak ke epot sbb flight ke Busan pukul 9.15am.

jeju at night

**********
Jeju - pulau honeymoon. Itulah yg ada dlm kepala aku sejak zaman berzaman aku mengenali dunia hiburan korea...wakakakak. Tapi sepanjang 3 hari aku kat sini, takder pulak aku nampak kapel2 yg dtg honeymoon, mungkin diorang stay kat hotel mewah kot...sengal..tak kan nak duk Yeha, yer dop??

Masyarakat Jeju mcm slow motion sikit, tak terkejar2 mcm org seoul. Cool and steady. Subway takder kat Jeju, cuma ada bas dan taxi shj.  Byk tempat2 yg menarik kat sini, pada sapa2 yg suka keindahan alam, sgt sesuai utk lepak lama2.

Aku lupa nak cari t-shirt saranghae Jeju. Actually tak jumpa pun tpt jual souvenir cam key-chain, FM dll kecuali kat gift shop trick art museum dan teddy bear museum.

Kat Jeju blh aja utk stay lebih dari 3 hari. Sgt berbaloi, byk tpt blh cover, dan byk makanan blh cuba. Untuk tempoh 3 hari 2 mlm (kalau ikut jumlah jam cuma 44 jam shj termasuk waktu tido), mmg tak cukup. Byk tpt tak sempat nak pergi. Ada reason utk repeat...hehehehhe

  • mode of transport : bas dan taxi
  • bus fare : 1000won per ride. Jeju menerima t-money.
  • taxi : they used meter, no need to worry
  • makan : for us, we do not worry much about the food, because we can still survive with instant rice. just once we tried seafood dishes, not so bad but if we offered again, I will say no thank you
  • accomodation : quite good with extra-basic facilities, highly recommended to book yeha guesthouse
Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

boley tau bape upah taxi yang digunakkan?

Balas
avatar

120,000 utk 8 jam. Bayaran tak termasuk lunch dgn tiket masuk tpt2 dilawati.

Balas
avatar

kecik je dunia ni..bila baca entry ni, pastu tgk gamabr mr kim pakai baju biru tu....teringat masa 1st time jumpa dia, dia ambil di airport...masa tu malam 27 June 2012!dia ada ckp br selesai tour dgn 2org perempuan malaysia...tuan empunya blog ni rupanya.... =D

Balas
avatar

hahahaha yer ker??? best kan mr kim wpun org nya agak kelam kabut...heheheh

sbnrnya saya booking org lain, tp org tu tetiba demam pulak...so mr kim ganti...

Balas
avatar

Assalamulaikum. Macam mana ya nak booking Mr. Kim ? kami agak gi korea pada 15/11 nie

Balas
avatar

blh cuba email maarooii@yahoo.co.kr (mr.won). saya takder email mr.kim

Balas