SEOUL DAY 4

Itinerary ari ni:
  1. soping kat nandaemun
  2. cari cafe oppa lagi sekali
  3. ambik bas ke airport
Last time soping, pagi2 lps check-out, kuar pegi nandaemun. Beli brooch dan beberapa brg lain. Byk benda lg nak beli ni, duit tinggal 15,000 won (simpan utk tiket ke airport dan mkn), terpaksa pinjam ngan member utk soping....hahahaha.

Ambik airport limo dpn sejong hotel. Sampai jer epot, ingat nak terus check-in, tp kaunter lum bukak. Yg bukak utk yg sudah ada boarding pass. Waaaa kena tunggu lagi. bosan nyer, dah la lapar ni.

Elok jer kaunter bukak, kami antara yg paling awal beratur. Sempat sembang ngan satu mat chinese, early 40 aku rasa, dia pun dtg korea secara solo dan terjah jugak, tukar2 cerita, share pengalaman masing2. Best...pastu soalan dia, where's your next destination? any plan? Kawan aku dgn confident jer terus ckp, Greece. Aku hanya mampu tersenyum. Duit babe...mana mau cari, dgn rumah aku yg tak tahu akan ada penyewa ker tak lps ni..adoi masalah kat Malaysia yg tetiba muncul dlm kepala.

Dan yg paling tak leh aku lupa, bag dia sama ngan aku, kaler, design sebijik. Dia pandang bag aku, aku pandang bag dia. Aku tahu apa dia pikir, terus aku ckp, dont worry, i a have ribbon tagging on my bag, see, you can know which one is yours..

Lps jer check-in kami tak buang masa terus cari port utk makan. Jumpa McD, tp no fish o fillet burger. Kami decide mkn kat Burger King dan order onion rings shj. boleh la wat alas perut since kami dah pre-booked nasi lemak dlm AA.

Dah naik train bagai utk ker departure hall, aku terjumpa satu shop yg ada jual merchandise kpop. Yeahhh jumpa cd big bang, offer offer...sbb tak kena tax kan, so consider murah laaaa. Pinjam lg duit member aku...hehehehe

Sempat charge hp sbb again aku ulang kat sini, charger aku tertinggal kat malaysia...utk senang nak berkomunikasi dgn driver setia yg menunggu aku kat LCCT nanti, aku gigihkan jugak guna charging station kat airport sambil tunggu boarding..

inilah rupa charging station...KLIA ada??? hahahhah you wishhhhh

Tepat jam 5.30, kami meninggalkan bumi korea. mata aku terus terlelap sebaik saja duduk, sedar2 dan ada kat atas awan.

Bye bye korea....until we meet again.

**********
  • hostel : was good
  • transportation : train and bus. very reliable
  • foods : tak byk pun kami cuba masa kat seoul
  • tips : souvenir lebih murah kat nandaemun atau dongdaemun. brg2 kpop lebih murah kat myeongdong
  • tips : kami tak guna t-money because lps wat calculation, lebih berbaloi byr biasa sbb kami cuma guna train tak sampai 10 kali. 10x1150 = 11,500 won. jika beli t-money, 10x1050 = 10,500 + 2,500 won harga kad + 500 caj = 13,500 won. ada beza 2,000 won di situ. hehehe. Tp kalo nak guna lebih dari 12 kali train, mmg berbaloi tu baru untung 1,900 won shj. Do the math please...
Previous
Next Post »
1 Komentar
This comment has been removed by the author. - Hapus