Hotel : none
Place : Murano Island, Burano Island, Piazza San Marco
Mode of transport : Waterbus (€18 for 12hrs)
CNL yg membawa kami dari Munich tiba di Venezia Santa Lucia Station lebih kurang jam 8.30 pagi. Turun jer train kami terus cari tpt simpan beg. Wah...terkejut tgk tpt simpan beg...takder locker tapi ada baggage office (deposito bagagli). Caj dikenakan ikut pieces. eur5 per piece for 5hrs. Mahal tuuuu. Welcome to Venice everbody. Kat sini semua mahal. Aku terpaksa letak 2 beg dan satu beg lagi ikut aku...hahahahaha

Keluar jer dari train station, kami mula mencongak2 mana nak pergi. Harus diingat, tanpa mandi kami terus menerpa kaunter tiket utk waterbus (vaporetto). Harga utk sehari (12jam) ialah eur18. Utk 60minutes, harga tiket adalah eur7.
Plan kami ialah :
1) ---> Murano (1 trip)
2) ---> Burano (1 trip)
3) ---> Piazza San Marco (1 trip)
4) ---> Train station (1 trip)
Lebih jimat jika ambik yg €18 utk 12hrs. Cukup la kot memandangkan kami akan ke Florence ptg ni.
Lebih jimat jika ambik yg €18 utk 12hrs. Cukup la kot memandangkan kami akan ke Florence ptg ni.
Tpt pertama kami tuju ialah Murano Island. Pulau ini terkenal dgn tpt pembuatan kaca atau dikenali dgn Murano Glass. Sempat lihat secara dekat pembuatan beberapa jenis goblet dan vase. Tapi harganya sgt mahal....tak mampu aku...Tengok jer lah. Acara pembuatan kaca ni free of charge tp boleh jer kalau nak menyumbang sikit, sekadar menghargai kemahiran mereka.
glass factory |
Lupa nak berkongsi kegembiraan...jumpa hero italy yg hensem sgt2...kerja dia jaga petrol pump utk bot...dia mcm perasan yg kami nak ambik gambar dia...dan hasilnya...muka dia kami tak blh nak capture abis...hishhhh asik2 pusing kepala...kami pulak tak nak lah nampak obvious sgt nak ambik gambar dia kan...snap jer lah mana dpt....
Aku mcm biasa...mabuk laut. Ubat novomin tertinggal dlm beg, terpaksa lah menapak sepanjang pulau ni utk cari farmasi. Adoiii susah sungguh berkomunikasi dgn diorang. Terpaksa buat lakonan pendek adegan aku pening dan muntah sblm beli ubat.
Perjalanan diteruskan ke Burano Island. Pulau ini pulak terkenal dgn lace. Sana sini org jual lace, dari alas meja sampai lah ke payung. Harga nya agak okay memandangkan lace ini dibuat secara handmade. Boleh lihat ada beberapa org nenek yg mengait lace dalam kedai. Sampai luka jari jerami diorang.
Dari Burano Island kami ke Piazza San Marco. Di sini pun ada lace dan murano glass, harga lebih kurang sama dgn kat pulau2 tadi. Sempat lah kami merasa the famous gelato di Venice. Dua kali aku beli sbb haus. Air minum kat sini mahal, tp kami bernasib baik jumpa satu kedai kat Burano yg jual air tin Sprite yg sejuk dgn harga eur1. mana nak cari weyyyy di dunia Venice yg serba mahal ni... tp cara membeli air ni sgt unik. Sample air tin ni diletakkan kat luar kedai, dan kita cuma ckp kat owner kedai kita nak air apa. Tak boleh masuk kedai tu, owner akan ambik air tin dari dlm peti sejuk dan bg kat kita dan bayar. Apa la kan...kedekut gila...kedai pun tak bg masuk. Croissant yg kami jumpa pun murah jugak, eur1 shj.
Kat Venice semua mahal yer...toilet pun sekali masuk eur1.5. Ko gila apa setakat nak masuk kencing pun kena byr hampir RM7. Huhuhu aku rela menahan pundi kencingku, harus dibuang bila naik train nanti.
Cuaca sgt panas ditambah lagi kami tak mandi seharian, badan rasa melekit2. Lepak duduk2 di dataran Piazza sambil melihat burung2 merpati kat sini yg jinak...sambil aktiviti usha jejaka hensem kat Venice diteruskan...hahahaha
Sedikit sejarah berkenaan org yg sgt glamer di Venice iaitu Giacomo Casanova. Dia berasal dari Venice dan pernah dipenjarakan di Venice atas kesalahan gambling dan hutang2 yg sgt byk. Dari sini lah Casanova melarikan diri ke Paris seterusnya diberi pengampunan setelah membantu Paris menangani masalah kewangan mereka. Tapi ramai yg tak tahu psl ini, kecuali ceritanya berkaitan dgn perempuan. Sbb tu sampai sekarang jika lelaki tu asik tukar2 pompuan akan dicop kasanova.
Bangunan2 kat sini semua mcm dah lama...cat pun dah kopak2...mungkin sbb cuaca. Pernah aku baca a few blogs yg ckp bau air laut kat sini busuk, tp tak pulak aku bau busuknya, mungkin sbb aku sendiri pun dah lbh 24jam tak mandi...hehehehe
Gondola...ramai yg tanya aku naik tak gondola. Jawapan nya tidak. Satu sbb mahal dan satu lagi panas weyyyy. Kalo setakat nak dengar pendayung gondola tu nyanyi lalalalala baik aku duk lepak kat Piazza jer, kat situ lg best dengar org nyanyi2. Mungkin jika aku bermalam kat sini, then aku akan consider utk naik gondola waktu dah petang2, kurang sikit panas.

nampak tak payung yg pompuan tu guna...itu lah yg aku beli utk mak aku...tp yg size kecik...halus buatannya |
Satu lagi org selalu tanya, tak makan pizza ker gi Italy? hehehe jwpn aku tidak. Sekali pun aku tak cuba pizza kat sini. Buang karan jer kan dtg Italy tapi tak nak mkn pizza?? Tapi aku tak menyesal pun...
Ada lg soalan yg selalu ditanya...tak sesat ker kat venice? hahahaha mahu tak sesat. ada gak la tiga empat kali pusing tpt sama. Time tu kitorang cari Basilica di San Marco. Tanpa segan silu kami masuk jer tanya kedai2 kat situ, nasib baik ada yg nak menolong. Tak kurang jugak kami tanya org2 yg lalu lalang...dan ada jugak kami selamba pinjam map dari tourist lain utk cari jalan. Map kat venice kena beli, bukan dpt free mcm tpt lain.
lorong yg kami jumpa masa sesat...hentam jer jln selagi blh jln |
Pada aku...cukuplah sehari kat Venice. Kos sara hidup kat sini mahal. Makan minum mahal, brg2 pun mahal. Mmg kena ketuk abis lah...
Kami kembali semula ke train station dan terus menuju ke baggage office. Huh...utk tak sampai 10 jam, aku kena caj sampai eur17 utk 2 beg. Mahal gilaaaaa
dlm waterbus |
jeti kat Burano Island |
jeti lagi |
Menyumpah sikit2 dlm hati sbb semua benda mahal, kami berjalan cari platform ke Florence. Kami bercadang utk bermalam di Florence sebelum ke Rome memandangkan sewa hotel di Venice sgt mahal.
Naik jer train, bergegas kami ke toilet. Seharian menahan pundi kencing. Ambik wudhuk dan terus solat dlm train.Qasar jamak Zuhur Asar dan terus Isyak dan Maghrib.
Sampai ke Florence sejam kemudian. Kalo dari Venice akan sampai di terminal 5-16, so keluar jer train terus ke pintu belah kanan utk ke hotel. Kalau keluar dari pintu utama train stn. ni kena buat pusingan separa bulat utk sampai ke hotel.
Dari train station Firenze S.M ke hotel cuma 2 minit jln kaki.
Mcm aku ckp sblm ni, harga air kat sini sgt mahal. Kalo yg sejuk harga lain. Kat Florence aku terpaksa beli air mineral botol besar utk jimatkan kos. Boleh simpan dan guna utk 2 hari. Owner kedai ni pun kedekut gak, sama mcm kat Burano Island, dia tak bg bukak peti sejuk tu. Ckp jer kat dia nak air apa, then dia yg akan ambik kan. Tp yg ni ok sikit la sbb bagi kami masuk kedai dia, takder lah tunggu kat pintu kedai. Mcm2 style diorang kan. Pada diorang kami yg pakai tudung ni mungkin penjenayah kot....hahahaha
Nota:hotel di Italy akan kenakan city tax. Tax ni biasanya tak termasuk dalam harga hotel. Kena prepare cash dan bayar masa check-in dan tax dikira per person bukan per room.

Total expenses di Venice:
1) vaporetto (12 jam) eur18
2) locker eur17
3) ubat tahan mabuk eur5.5
4) t-shirt (2) eur14
5) KC (2) eur2
6) murano glass eur4
7) payung lace eur6
8) KC (2) eur5
9) mkn minum eur6.5
TOTAL : eur78 (cash)
Total expenses di Florence
1) hotel Delle Nazioni 1mlm (pp) eur46.33
2) city tax eur3
3) mkn minum eur6.6
4) train to Pisa eur7.9
TOTAL : eur63.83 (cash)
CNL Munich to venice RM328.87 (credit card)
4 Comments:
Wah venice!!! Idaman kalbu ni.
Mahal tak payung tu? Memang tengah cari yg cengitu.
yg kita beli tu eur6. tu pun puas duk tawar menawar. kalo yg besar tu dlm eur12 kot. ada byk size.
venice okay lah...cuma mahal sikit la kat sini...den tak mampu nak duk lama2
suka jelajah blog u ni...mmg excited utk baca seterus n seterusnya :D
hai...tima kasih. sekadar berkongsi pengalaman travel yg huru hara..tp bila ingat balik satu benda yg best dlm hidup
Post a Comment