Thursday, October 3, 2013

EUROPE TRIP DAY 8 (LAUTERBRUNNEN)


Sebaik saja sampai Zurich HBF, kami cari locker utk letak beg. Locker berada di tingkat bawah dan caj sehari chf 9.

Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland manakala ibu negara Switzerland ialah Bern. Zurich hbf adalah train station yg terbesar di Switzerland. Aku suka station ni sbb dia tak bertingkat. Semua platform di ground floor. Tak perlu susah2 utk naik turun tangga jika tersalah pilih platform.

Lps settle tukar beg dan ambik baju utk 3 hari, kami ke kaunter utk beli Swiss Pass. Discuss lebih kurang, kami ambik Swiss Flexi Pass utk 3 hari (seorang €184 / chf221). Passport diperlukan utk memastikan kita ni betul2 bkn rakyat swiss. Jika stay lebih dari 3 hari, ada promo utk Swiss Pass (3 days + 1 day free). Tapi kami cuma 3 hari di Switzerland. Thn lps promosi nya lain sikit iaitu buy one free one. Itu lg best...byk sgt blh jimat.

Another option ialah beli Bernese Oberland Regional Pass tp pass ini tak cover seluruh switzerland. Oleh krn aku akan start guna dari Zurich (luar kawasan), maka Swiss Pass yg terbaik.

Staff di kaunter sgt membantu, dia tolong tgk kan pass yg terbaik utk kami dan juga tolong printkan kami jadual train dari zurich ke lauterbrunnen. Siap ada no.platform semua, mmg senang sgt.

Blh refer sini utk swiss pass

Utk yg berminat utk cover bernese oberland region shj, blh refer sini utk dptkan idea http://www.regiopass-berneroberland.ch/excursion-ideas/

Nyawa kami selama 3 hari kat swiss. chf 221 utk 3 hari, means sehari chf73.67. Tiket train kat swiss mmg mahal, aku harap berbaloi dgn pass ni. Yg penting guna sehabis byk...
Zurich ke Bern dan tukar train ke Interlaken OST dan tukar lagi train ke Lauterbrunnen (chf 37.20). Pemandangan sgt cantik sepanjang perjalanan. Penat semalaman dalam train hilang tiba2.





Train dari Interlaken OST ke Lauterbrunnen...mcm train mainan...



Lauterbrunnen terletak dalam daerah Interlaken-Oberhasli. Apa yg menarik kat Lauterbrunnen ni? Sudah tentu gunung2 nya spt Jungfrau dan juga Schilthorn. Ramai yg ke sini utk hiking.Ada juga air terjun yg sgt unik spt Trummelbach Falls dan Staubbach Falls.

Utk dua malam di Lauterbrunnen kami memilih Valley Hostel. Harga bagi 2 mlm utk twin room (double decker) ialah chf 132. Bilik sgt best. Siap ada balkoni lagi. Bukak jer tingkap terus nampak Staubbach Falls.

bilik kami di tingkat 1
view dari balkoni bilik kami

view dari garden valley hostel
coop berhadapan train st
Kami ke coop yg berhadapan dgn train station, beli makanan utk stok dua hari. Survey2 souvenirs. Ada swiss knives yg pasti.
inilah coop...tpt membeli belah barangan makan dan minum

Kami jln sampai ke kaki bukit Staubbach Falls dan mendaki sampai ke atas. Best sgt2 walaupun sandal yg aku pakai tidak menepati syarat pendakian.
mcm car boot sale - jual barangan terpakai dan baru....masa kami sampai diorang dah kemas2


berjalan menuju staubbach falls

dah dekat dah

pengsan tgk trek

tidakkkkkk

stop kejap ambik napas

masuk tunnel pulak,,,,,sejuk dan lembab

dah nampak cahaya...

yay...alhamdulillah sampai atas

clap clap clap...kami berjaya sampai atas..
dpt rasa air tu tepercik

pemandangan dari lookout point staubbach falls..

Balik semula ke hostel, panaskan roti dan makan mlm di balkoni mengadap keindahan alam. Sgt cantik. Serius weyyy Subhanallah....

Tamat hari pertama di Switzerland.

10 Comments:

syieda said...

Bestnya liza...jelsnya
Kalau stay kat interlaken..jauh tak nak ke jungfrau tu? Swiss pass beli dari mlaysia ke kat sana?

Jari Manis said...

Wooww...one of my dream..Switzerland..arghh.jelez nyan gan org dh sampai sana,,,kalau lah JM ni byk duit kan..mau all round the world huhhu

Hannan Hanarbek said...

Liza,

Naik CNL masok German ada Polizei periksa pasport?

liza said...

tak sure la syida...sbb saya tak pegi jungfrau....rasa mcm ada train dari lauterbrunnen...tp kalo dari interlaken tak tahu...

swiss pass blh beli kat malaysia dan juga blh beli kat sana...saya beli kat sana sbb mcm complicated sikit pass ni...takut tersilap beli...sbb tu wat bodo jer tanya staf kat kaunter....hehehe

liza said...

hehehehe.....swiss negara seterusnya yg jadi pilihan jika nak migrate esok2....hahahaha...mmg best tpt ni...transport....local people....semua best

liza said...

masuk german tak ada....cuma periksa tiket sahaja....

tp kalo nak masuk italy kena bg passport kat pekerja yg dtg check tiket....nanti bila nak sampai tpt kita nak turun baru dia bg balik passport tu...

Hannan Hanarbek said...

Begitu, pemeriksaan secara rawak barangkali.
Haritu naik CNL pergi Prague ada polizei nak tengok pasport masa masok German.

liza said...

betul...mungkin secara rawak...sbb ada member pun pernah polis naik mintak passport....tp lupa route dia dari mana ke mana

feeza fauzi said...

cantiknye!!!
mesti nyaman gile kan..

liza said...

The best!!

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

My Blog List

Social Share Icons

About us

Home Ads

Popular Posts

Blog Archive

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © ^solo traveller ^ | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com